الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel ceroboh Gaza

18 Februari 2010

Sumber menyatakan, sepasukan tentera Israel yang diiringi beberapa buah jentera perang telah menceroboh sebuah kawasan di Semenanjung Gaza. Dijelaskan, pencerobohan Israel mengakibatkan berlaku pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. Bagaimanapun, pertempuran tersebut meletus dalam jangka masa yang pendek.

Menurut sumber, selepas pertempuran itu, buldozer Israel meranapkan 3 buah rumah penduduk Palestin dan meratakan tanah pertanian Palestin. Sumber 18/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Israel bantah 250 ribu pasang pakaian masuk ke Gaza

Penyelaras Bantuan Palestin dari Kesatuan Perubatan Arab, Mustafa Mohammad At-Taayah berkata, 'Israel membantah 250 ribu pasang pakaian dibawa masuk ke Gaza'.

Menurut beliau, bantuan pakaian itu adalah dari Kuwait dan sekarang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.

Sumber 'Islam Online' melaporkan At-Taayah dalam kenyataannya, walaupun perkara ini telah diselaraskan dengan pihak Mesir, iaitu Bulan Sabit Merah tetapi Israel sengaja melengah-lengahkan kemasukan bantuan itu semenjak sebulan lalu bahkan Kesatuan Perubatan Arab terpaksa menanggung bebanan kos harian akibat bantuan yang tidak dapat disampaikan dengan segera ke Gaza.

Beliau menjelaskan pihaknya menerima untuk membawa masuk bantuan pakaian itu dari mana-mana sempadan; sama ada Aujah di pertengahan Sinai atau sempadan Karem Salom di Rafah. Kemudian, Mejar Ilhami Arif yang mengetuai Bulan Sabit Merah mengutuskan surat permohonan kepada Israel melalui Pihak Keselamatan untuk membawa masuk pakaian ke Gaza tetapi Israel sengaja melengah-lengahkan.

"Dari semasa, Israel menanyakan tentang jumlah pakaian, kemudian tanya lagi tentang saiz pakaian, selepas itu tanya lagi jenis pakaian dan pertanyaan yang tak munasabah dan tidak berperikemanusiaan seolah-olah sengaja menyukarkan usaha membawa masuk ke Gaza sehingga kos perbelanjaan Kesatuan meningkat beribu-ribu pound Mesir", jelas beliau lagi.

Beliau menyatakan lagi, bantuan ubat-ubatan yang berjumlah hampir 15 juta pound Mesir telah dibawa masuk ke Gaza minggu lepas. Dan sekarang, sedang bersiap sedia untuk membawa masuk beberapa buah ambulan melalui sempadan Rafah Mesir-Semenanjung Gaza.

Sementara itu, sumber melaporkan sempadan Rafah Mesir masih dibuka untuk hari yang kedua bagi laluan 250 penduduk Palestin. Sebagaimana dinyatakan, pada hari pertama, seramai 25 pesakit Palestin telah memasuki Mesir melalui sempadan tersebut. Sumber 18/02/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

22 anggota FATAH dibebas, tangkap 5 anggota HAMAS

Menurut sumber, Kerajaan Palestin di Gaza telah membebaskan tengahari tadi 22 orang tahanan FATAH dari sebuah penjara 'ansar', barat bandar Gaza.

Pembebasan tersebut hasil dari janji Perdana Menterinya, Ismail Haniah dengan kunjungan delegasi Arab ke Semenanjung Gaza.

Petikan kenyataan Ismail Haniah, baca di sini

Kes yang melibatkan anggota FATAH

Ihab Ghasin(gambar: kanan), jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza berkata, 12 individu daripada jumlah yang dibebaskan kerana menggugat keamanan dengan menubuhkan kumpulan serta menghantar laporan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. 10 individu yang lain pula kerana melakukan jenayah.

Ghasin menjelaskan, pembebasan ini adalah 'menghormati' delegasi Arab dan lawatan Nabil Sha'at ke Gaza.

"juga untuk bina kepercayaan antara kami dengan gerakan FATAH di Tebing Barat, malah memperbaiki keadaan agar lebih positif", ujar Ghasin.

Beliau menyatakan, pembebasan ini bukanlah kali pertama dan bukan yang terakhir kerana setiap langkah yang dilakukan Kerajaan Palestin Gaza adalah bertujuan meredakan keadaan supaya usaha pembaikan Palestin(dalaman) tercapai.

Ghasin turut berharap adanya langkah yang sama dari gerakan FATAH di Tebing Barat berikutan beratus-ratus anggota HAMAS yang telah ditangkap kerana 'menentang penjajah(Israel)' dan memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang miskin dan memerlukan bantuan, namun balasan yang diterima lagi banyak anggota HAMAS yang ditangkap dan tekanan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, salah seorang pemimpin FATAH, Faisal Abu Shahla(gambar : di bawah) menafikan kepada al-Jazeerah bahawa anggota FATAH yang ditahan dalam penjara HAMAS tidak berkait dengan masalah keselamatan atau jenayah tetapi kerana mereka menganggotai FATAH.

Abu Shahla berkata, langkah pembebasan ini 'baik' tetapi tidak memadai bagi meleraikan masalah tahanan politik secara keseluruhan.

Beliau menjelaskan, langkah yang betul dan penting bagi mengakhiri perpecahan dalaman Palestin adalah HAMAS perlu menandatangani dokumen pembaikan Palestin yang dicadangkan oleh Mesir. Maka langkah tersebut dapat menyelesaikan perpecahan dan mengakhiri permasalahan.

Berhubung tahanan politik yang telah dibangkitkan, Ihab Ghasin menafikan wujudnya tahanan politik dalam penjara Kerajaan Palestin di Gaza yang ditadbir HAMAS.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap bukannya kerana menganggotai gerakan FATAH tetapi mereka telah kesalahan yang menentang undang-undang Palestin.

Di Tebing Barat, sumber melaporkan bahawa 5 pendokong HAMAS telah diculik Pihak Keamanan Palestin(agensi Al-Aqsa melabelkan Pihak Keselamatan FATAH). Dijelaskan, 5 pendokong HAMAS yang diculik adalah dari Qalqiliah, Nablus dan Tulkram. Bagaimanapun, selepas itu Pihak Keamanan Palestin melepaskan semula 2 pendokong HAMAS yang ditangkap di Qalqiliah. Sumber 18/02/2010, web berita al-Jazeerah dan web berita aqasatv.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS