ABU ALI lancar mortar, 35 zionis cedera hidap selsema babi
16 Disember 2010
Berita asal:
كتائب أبو علي تقصف موقعا وسط القطاع
_________________________________________
Laporan rasmi ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit pertahanan ABU ALI berjaya mengebom pos kawalan zionis dilengkapi kamera dengan melancarkan 2 serangan peluru mortar 90mm pada jam 8.00 malam tadi, waktu Palestin/Mesir.
ABU ALI dalam laporannya turut mempastikan bahawa pejuang berpegang teguh dengan jalan penentangan dan akan menghadang sebarang tentangan. Jelas lagi, ABU ALI akan membalas jenayah yang dilakukan penjajah dan pejuang ABU ALI sentiasa berada di barisan untuk melindungi penduduk Palestin dan tanahair Palestin.
Tentera rejim zionis hidap selsema babi
Sementara itu, agensi berita 'Safa' turut mengenengahkan berita mengenai 35 tentera rejim zionis yang sedang mengikuti kursus latihan pegawai hari ini menghidap selsema babi(influenza H1N1).
Berita asal:
إصابة 35 جنديًا إسرائيليًا بانفلونزا الخنازير
_________________________________________
Jelas sumber, virus selsema babi itu dikesan setelahmana aduan-aduan yang diterima menyatakan tentera-tentera rejim zionis merasai lemah seluruh tubuh badan dan demam.
Sebaik sahaja pemeriksaan dijalankan ke atas beberapa orang tentera, lalu dikesan mereka menghidap selsema babi tetapi kesihatan mereka masih ditahap rendah dan boleh lagi diubati.
Menurut sumber dari web berita 'Yediot Ahronout' Israel versi hebrew, jurucakap tentera mengesahkan hal tersebut, dan Agensi Perubatan Awam Tentera telah mengarahkan agar tentera yang dikesan hidap selsema babi diperiksa lebih mendalam bagi mengetahui punca dan tahap penyakit. Berikutan itu, mereka tentera zionis yang cedera menghidap selsema babi telah dibawa ke hospital Hadassah Ain Karem di Baitul Maqdis(Al-Quds).
Susulan itu, tentera-tentera tersebut tidak diperintahkan menjalani kuarantin di hospital, bahkan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pada minggu lepas, seorang penduduk Arab Palestin di Al-Quds meninggal dunia akibat menghidap virus influenza. Sumber 16/12/2010, web berita safa.ps