الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

10,000 berhimpun untuk Shalit di Netanya

02 Julai 2010

Liputan ini adalah terjemahan dari web berita Yediot Ahronot Israel. Kami paparkan di sini bukan bertujuan untuk menarik simpati kepada Israel atau menyakiti hati umat Islam, khususnya di Palestin tetapi untuk melihat sensitiviti Israel terhadap isu-isu yang berlaku ke atas mereka. Walaupun hanya seorang tentera yang ditawan tetapi mereka tidak malu untuk menarik simpati dunia terhadap isu ini. Jika Israel berhempas-pulas mahu membebaskan seorang penduduknya yang ditawan, maka umat Islam lebih lagi wajib bertindak membebaskan ribuan penduduk Palestin yang berada dalam penjara penjajah.

Sehari selepas Perdana Menteri Israel menjelaskan bahawa beliau tidak akan menerima apa-apa permintaan dari Hamas, rakyat meneruskan untuk mengiringi keluarga tentera yang telah diculik ke Jerusalem. Petang Jumaat, perhimpunan untuk membawa Shabbat keluar dari kediaman peribadi Netanyahu di Caesarea.

Gambar: Noam Shalit, bapa kepada Gilad Shalit yang berada di barisan hadapan perarakan itu.

Polis berkata, seramai 10,000 orang mengiringi sanak saudara tentera yang diculik, Gilad Shalit, ke Sharon iaitu salah satu tempat di bandar Netanya pada pagi Jumaat yang merupakan lokasi keluarga Shalit mengadakan protes selama 12 hari menuju ke Jerusalem(Al-Quds). Mereka disambut dengan tepukan oleh penduduk Netanya di bandar utama, Herzl Street. Menurut penganjur perhimpunan itu, seramai 17,000 yang mengambil bahagian dalam perarakan.

Ketika di bandar, mereka dijangka untuk berkumpul di Independence Square. Pada pagi Jumaat, mereka merancang untuk membawa Shabbat keluar dari kediaman peribadi Benjamin Netanyahu di Caesarea.

Selepas hujung minggu, mereka akan berehat di Kibbutz Shefayim sebelum menuju ke Tel Aviv pada pagi Ahad.

"Semakin ramai yang faham bahawa apa yang kita lakukan sebelum ini adalah tidak mencukupi", ucap Shimshon Liebman yang mengetuai kempen.

"Ia berlaku apabila Perdana Menteri tidak menerima apa yang ingin disampaikan oleh rakyat kepadanya", Kata Shimson kepada agensi berita Ynet.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku di sini, tiada kenyataan yang melawan Perdana Menteri, hanya orang ramai yang mengatakan bahawa inilah masanya untuk mengembalikan Gilad. Kami mahu berikan kuasa kepada Perdana Menteri dan tunjukkan kepada beliau bahawa ada rakyat yang akan memberi kekuatan kepada beliau dalam membuat keputusan yang betul."

Ayah Shalit, Noam, berkata pada petang Khamis bahawa semua yang Netanyahu buat adalah “mengitar semula(bekas Perdana Menteri Ehud) ucapan dalam persidangan akhbar Olmert’s dari 2009.” Sebaliknya daripada membebaskan Gilad, dia menyambung, Perdana Menteri menghuraikan senario yang mengerikan tentang pengganas yang dibebaskan dan kemudiannya membunuh rakyat Israel, “seperti tiada apa yang berubah selepas itu”.

Noam memberi respon mengenai ucapan Netanyahu kepada rakyatnya seawal Khamis yang lalu, yang mana Perdana Menteri telah mengemukakan kedudukannya tentang rundingan untuk penukaran pembebasan banduan dengan Hamas. Kami semua mahu Gilad kembali, tapi saya memikul tanggungjawab umum,” katanya lagi.

Nilai untuk membayar apa-apa harga adalah tangisan semulajadi daripada hati ayahnya, ibunya, datuk dan neneknya, abang dan kakaknya,” dia menyambung. “Sebagai seorang abang, ayah, dan anak, saya faham tangisan ini jauh di lubuk hati saya. Tetapi sebelum ini saya lihat, seperti setiap Perdana Menteri Israel lakukan adalah untuk keselamatan warganegara sendiri", kata Noam.

Negara Israel sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk membebaskan Shalit, tetapi ia tidak berkata ‘berapa harga’, Apa yang saya perkatakan sekarang ini adalah benar. Kami akan meneruskan usaha untuk membawa pulang Gilad kembali secepat yang mungkin. Tetapi ia akan dilakukan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keselamatan warga Israel”, ujar Noam lagi.

Menurut Liebman, kebanyakan peserta perhimpunan memberitahu bahawa Netanyahu gagal mengemukakan sebarang alternatif. “Kata-katanya menunjukkan bahawa dia tidak berani menanggung risiko seumpama tidak mahu Gilad dibawa pulang. Adakah hukuman mati yang sesuai,ini mengingatkan tentang risiko yang disampaikan oleh perdana menteri. Ayatnya bermaksud untuk membunuh Gilad dan nilai untuk tidak membiarkan seorang tentera."

Peserta perhimpunan ini bukan hanya memprotes. Saya rasa mereka mahukan sesuatu yang lain, supaya kerajaan keluar daripada keasyikkannya. Semua apa yang Netanyahu beritahu telah pun diberitahu sebelum ini”, jelas Liebman.

Ela Hefetz, kawan kepada keluarga Shalit dan salah seorang daripada penganjur perhimpunan, memberitahu Ynet berikutan daripada kata-kata Netanyahu, ”Kami merasakan bahawa Perdana Menteri telah terpisah daripada rakyat dan keluarga. Jika dia begitu, maka ia adalah seperti orang ramai, semua rakyat Israel bersama kami, kecuali Perdana Menteri.” Sumber 02/07/2010, web berita Yediot Ahronot 'Israel'

Baca lagi:

Read more...

Netanyahu dan Lieberman sahkan pertemuan dengan Oglu satu kesilapan

AL-QUDS, - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman bersetuju bahawa pertemuan antara Menteri Perusahaan dan Perdagangan Israel, Binyamin Ben-Eliezer dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu adalah satu kesilapan.

Gambar: kiri, Ahmad Davutoğlu dan kanan, Binyamin Ben-Eliezer

Ben-Eliezer yang telah berjumpa dengan Ahmad Davutoğlu di Switzerland pada hari Rabu yang lalu tanpa mendapat persetujuan dari Kementerian Luar Israel.

Semasa Benjamin Netanyahu bertemu dengan Menteri Luar Israel bertemu di kediaman Netanyahu, kedua-duanya bersepakat bagi meneruskan kerjasama yang lebih sempurna.

Kata Menteri Luar itu kepada Netanyahu, 'ucapan yang dikeluarkannya tidak menyentuh tentang masalah peribadi', namun Lieberman menyatakan keputusan untuk bertemu dengan Menteri Luar Turki menuntut penelitian yang lebih rapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terbabit dalam hal itu.

Tambah Lieberman(gambar) lagi, kedudukan Israel di peringkat antarabangsa akan terjejas teruk apabila Israel memohon maaf atau membayar ganti rugi kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan yang berakhir dengan penguasaan ke atas konvoi freedom flotilla.

Peristiwa ini menggambarkan keresahan Ben-Eliezer tentang hubungan dua hala negaranya dengan Turki yang hampir runtuh selepas serangan yang dilakukan oleh unit komando tentera laut Israel ke atas 'armada pembebasan'.

Menurut Menteri Luar Turki menyatakan Kerajaan Israel yang meminta diadakan perjumpaan pada hari Rabu lalu di Switzerland.

"Perjumpaan ini adalah permintaan dari Israel", ujar beliau.

Turki meminta kepada Israel agar memohon maaf dan bayar ganti rugi, malah meminta Israel bersetuju siasatan serangan ke atas armada pembebasan dilakukan oleh PBB dan juga membebaskan Gaza dari sekatan.

Sementara itu, Washington menyambut baik pertemuan yang di antara Menteri Perusahaan dan Perdagangan Israel, Binyamin Ben-Eliezer dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu yang tidak diumumkan bagi menyelesaikan perselisihan. Sumber 02/07/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

5 penduduk Britain dibebaskan dari pertuduhan merosakkan perkakasan kilang senjata

LONDON - Mahkamah Britain telah membebaskan 5 penduduk Britain(aktivis keamanan) yang mengakibatkan kerosakan sebuah kilang persenjataan di Britain meskipun mereka mengakui melakukan perbuatan untuk menghalang perang yang berterusan ke atas Gaza.

Akhbar 'Guardian' Britain melaporkan 5 individu telah membuat kerosakan di sebuah kilang yang mengakibatkan kerugian bernilai £ 200,000 ribu semasa akhir perang di Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009(27 Disember 2008-18 Januari 2009).

Justifikasi kes yang mereka lakukan berikutan kilang syarikat EDO MBM melanggar akta-akta pengeksportan yang mengeluarkan peralatan perang dan membekalkan kepada tentera Israel yang digunakan memerangi penduduk Palestin.

Berikutan tindakan itu, mereka berusaha untuk melengahkan pengeluaran di kilang terbabit untuk menghalang jenayah perang yang berterusan di Gaza.

Memetik dari akhbar tersebut, hakim mahkamah, George Bathurst-Norman telah membebaskan Osmond, dari Brighton, East Sussex, dan Smith, dari Bristol pada hari Jumaat yang lalu dari pertuduhan yang menyebabkan kerosakan di kilang berkenaan.

Pada awal minggu ini juga, Simon Levin, 35, dari Brighton, Tom Wooderahead,, 25 Ornella Saibene, 50, Bob Nicholls, 52, dan Harvey Tadman, 44, semua dari Bristol, turut dibebaskan dari kes yang sama.

Seorang lagi yang didakwa terlibat dalam kes itu, Rossa Bellamy, 23 dari Brighton juga dibebaskan kerana kes itu tidak dapat membuktikan dia terlibat.

Salah seorang aktivis yang merupakan bekas tentera Britain, Elijah Smith dalam kenyataan akhbar berkata, 'perang ke atas Gaza telah mendorongnya melakukan apa saja yang boleh bagi menghentikan penjenayahan perang ataupun sehinggalah dapat menghalang pembunuhan.'

Bekas tentera itu berubah kepada aktivis keamanan setelah di dapati bom-bom dan peluru yang dikeluarkan oleh kilang EDO telah membekalkan pesawat tempur F-16 dan helikopter Apache Israel dengan persenjataan EDO yang menghancurkan Gaza.

Smith, 42 mengambil keputusan pergi ke bandar Brighton yang terletak di bahagian selatan Britain, lalu memecah masuk ke Kilang persenjataan EDO pada bulan Januari 2009.

Bekas tentera tersebut yang ditemani 5 aktivis keamanan yang lain bertindak memecahkan alat-alat dan perkakasan dalam kilang EDO yang mencecah nilai lebih dari USD376 ribu sebelum pihak polis tiba dan menangkap mereka.

Smith yang ditahan selama 18 bulan dalam penjara menyatakan, apa yang dilakukannya itu adalah benar dari sudut undang-undang dan moral. Tambah beliau lagi, 'kami semua rasa kesal kerana kami tidak berupaya menambahkan kerosakan dalam kilang itu.'

"Kilang EDO ITT menimbulkan masalah yang besar dan bahaya kepada manusia selama 90 tahun..kami tahu mereka masih membekalkan senjata kepada tentera-tentera seperti tentera Israel untuk membunuh kanak-kanak", ujar Smith.

Saksi perang

Seorang penduduk, Hebah Abdouh yang melihat perang di Gaza berlaku telah membuat penyaksian di mahkamah. Hebah menceritakan secara terperinci mengenai perang yang berterusan selama 22 hari ke atas Gaza, malah Hebah dapat menyebut keadaan manusia ketika berlakunya perang.

Hebah yang menetap di bandar Manchester bersama anak dan suaminya sekarang ini menceritakan lagi kepada hakim mahkamah, 'kebanyakan penduduk Palestin yang terbunuh tanpa sebab kerana bekalan perubatan tidak dibenarkan masuk ke Gaza malah Kerajaan Israel juga tidak membenarkan penduduk Gaza beredar keluar untuk menjalani rawatan.'

Beliau turut menyaksikan beberapa buah pesawat tempur Israel berbagai-bagai model mengebom penduduk, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yayasan pendidikan.

Hebah Abdouh turut menyifatkan Gaza seperti sebuah penjara yang besar dan sesiapapun tidak dibenarkan datang dan pergi sekalipun melalui laut. Berikutan itu, keperluan asasi yang berkurangan mengakibatkan kesemua penduduk terhukum sehinggakan paling jelas penduduk yang kehilangan rumah akibat musnah teruk dalam serangan Israel tidak akan dapat membinanya semula kerana bahan-bahan binaan telah kehabisan. Sumber 02/07/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

>> 9 warga Britain didakwa kerana pecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO

Petikan dari laporan, sebagaimana dinyatakan, mereka yang memecah masuk ke kilang tersebut kerana membantah pembekalan senjata dari EDO kepada Israel yang mengebom Gaza dalam perang tahun lalu. Kilang EDO menerima kontrak bagi meningkatkan keupayaan persenjataan pesawat tempur F-16 Israel. Selanjutnya baca di sini

Pautan lain:

>> Two activists accused of plotting to cause thousands of pounds of damage to a weapons factory have been cleared after claiming to be preventing Israeli war crimes.

Christopher Osmond, 30, Elijah Smith, 42, and six other anti-war campaigners admitted they broke into the Brighton headquarters of EDO MBM in the early hours of January 17 last year and sabotaged equipment in the region of £200,000. Selanjutnya baca di sini.

Read more...

Karikatur: Pilihan damai dan isu tawanan-tahanan

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Nasib Arab 'kabur ' meskipun mereka memilih jalan perdamaian sebagai strategi yang berkesan bagi menghadapi tentangan zionis. Lebih menyedihkan lagi, pihak tertinggi di Palestin meletakkan syarat kepada HAMAS supaya menyatakan persetujuan ke atas sebahagian agenda pelan damai 'road-map', inisiatif perdamaian Arab dan persepakatan PLO dalam agenda perdamaian untuk mencapai pembaikan dalaman Palestin. Jika tidak berbuat demikian, konflik dalaman Palestin tidak akan selesai, menurut suara itu.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Samakan isu? Dunia hanya melihat seorang tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Gaza tetapi dunia tidak mengendahkan jumlah ribuan penduduk Palestin dari kalangan golongan tua, muda, wanita dan kanak-kanak yang berada dalam penjara-penjara Israel. PBB dan EU juga susah untuk mengeluarkan kenyataan menghentam operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin tetapi terlalu mudah membangkitkan tentang seorang tentera Israel yang ditawan. Mana keadilan dunia?

Read more...

Angkatan Tentera Israel batalkan kunjungan luar pegawai tentera

AL-QUDS, - Akhbar 'Yediot Ahronot' Israel mendedahkan bahawa Angkatan Tentera Penjajah(Israel) terpaksa membatalkan kunjungan pegawai tinggi tentera Israel ke London. Pembatalan tersebut berikutan penelitian yang dibuat wujudnya kekhuatiran berlaku penangkapan atas dakwaan terjebak di dalam jenayah perang di tanah Palestin.

Yedit Ahronot menyebutkan, pegawai tertinggi tersebut adalah Kolonel Audi Ben Moha yang telah selesai menjalankan misinya di Khalil(Hebron).

Sebelum ini(13/06/2010, masrawy.com), Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak(gambar kiri) turut membatalkan kunjungannya ke Perancis sempena pembukaan pameran senjata EUROSATORY 2010 di Paris. Barak terpaksa membatalkan kunjungan ke luar kerana khuatir akan ditangkap setelah beberapa orang dari sukarelawan Perancis yang menyertai konvoi laut 'freedom flotilla' membuat dakwaan ke atasnya.

Sebagaimana dilaporkan, Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Gabi Ashkenazi(gambar atas, sut tentera warna hijau) turut menangguhkan lawatan ke luar Israel bagi menghadiri satu perjumpaan Ketua-
ketua Turus Angkatan Tentera NATO di Belgium kerana bimbang dengan penangkapan itu. Sementara itu, poster-poster yang ditampal di Polland mendesak supaya menangkap Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel dan Tzipi Livni(gambar kiri), bekas Menteri Luar Israel yang terlibat dalam jenayah perang yang memerangi penduduk Palestin. Sumber 02/07/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS