الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

ALWIYAH serang tentera zionis di Khan Yunus

03 Januari 2011

Laporan asal jam 02.06 petang, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Kumpulan bersenjata yang merupakan sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH telah mensasarkan serangan dua peluru mortar 100mm ke atas satu unit tentera pejalan kaki zionis yang menceroboh timur Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Sayap tentera tersebut, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata dalam laporannya hari ini, sekumpulan dari pejuang ALWIYAH telah membedil tentera pejalan kaki zionis di Khuza'ah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, pejuang-pejuangnya dapat kembali dengan selamat.

Laporan pejuang itu turut menyatakan bahawa operasi ini adalah bagi menghadang sebarang tentangan dari zionis malah mengesahkan lagi pilihan jihad dan penentangan adalah jalan untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin.

Penduduk cedera akibat letupan di utara Gaza

Sementara itu, kejadian yang berlaku selepas zohor hari ini, satu objek yang mencurigakan meletup lalu mengakibatkan seorang penduduk Palestin di Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza mengalami kecederaan.

Berhubung kejadian, Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mangsa berkenaan cedera sebaik sahaja mendekati satu objek yang mencurigakan itu meletup.

Menurut laporan Safa, tentera rejim zionis telah meninggalkan banyak objek yang mencurigakan ketikamana melakukan pencerobohan di kawasan-kawasan yang bertentangan dengan sempadan. Objek tersebut akan meletup apabila didekati. Sumber 03/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Ceroboh Gaza, rempuh di Khalil

Laporan asal jam 09.03 pagi, Palestin/Mesir

TANAH PALESTIN - Sepasukan tentera zionis menceroboh dengan jarak terbatas ke dalam tanah Gaza di timur Khuza'ah, Khan Yunus pagi ini.

Pemberita 'Safa' melaporkan bahawa beberapa buah jentera perang zionis menceroboh ke dalam tanah Gaza sejauh puluhan meter dari garis pemisah sempadan. Di samping itu, tentera zionis turut melepaskan tembakan ke arah para petani.

Sementara itu, kejadian lain awal pagi tadi, desa As'Samu' yang terletak di selatan wilayah Khalil, Tebing Barat turut dirempuh masuk oleh tentera rejim zionis.

Sumber keamanan berkata, sepasukan tentera zionis merempuh ke desa terbabit, namun berundur keluar setelah berada di situ tidak sampai sejam tanpa memberikan apa-apa notis penangkapan.

Pada petang semalam, tentera zionis yang merempuh masuk ke desa Husan telah menyerahkan notis kepada beberapa penduduk Palestin agar pergi berjumpa dengan perisikan zionis. Selepas itu, tentera zionis menangkap seorang penduduk dari desa berkenaan dan membawanya ke arah yang tidak diketahui. Sumber 03/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

CARAVAN ASIA masuk Gaza

Konvoi 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' telah tiba di Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah menjelang detik tengah malam semalam.

Sumber dari badan Kerajaan Palestin, Jawatankuasa Penerangan Pematah Sekatan dan Penyambut Delegasi menjelaskan para relawan asia akan berada di Gaza sehingga hari khamis ini.

Foto: Seyyed Mostafa Ahangarha - AsiaForGaza Carvan(facebook). Kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan.

Dinyatakan, petang semalam, Pihak Berkuasa Mesir telah membuka laluan perlintasan di sempadan Rafah bagi membenarkan 112 anggota relawan asia yang tiba di 'Arish setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damshik pada waktu asar semalam.

Sebelum mendapat kebenaran dari Mesir untuk masuk ke Gaza, para relawan yang tiba di Lapangan Terbang 'Arish cuba untuk mengadakan mogok lapar dan berkumpul di dalam Lapangan Terbang 'Arish, Mesir.

Kini, konvoi asia 1 yang telah tiba di Gaza sedang menunggu baki dari anggota relawan yang datang dengan kapal Salam, yang membawa barang-barang bantuan. Seperti yang dijadualkan, barang-barang bantuan yang dibawa dengan kapal salam akan dipunggah turun di pelabuhan El-'Arish hari ini.

Kapal Salam dengan kibaran bendera Republik Sierra Leone terlewat hampir 12 jam tiba di destinasi seperti yang telah ditetapkan ekoran laluan pelayarannya dihadang bot-bot laju tentera zionis di perairan laut antarabangsa.
__________________________________________________
Baca lagi:

1. Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'
2. Kapal bantuan CARAVAN ASIA dalam perjalanan ke 'Arish
__________________________________________________

Konvoi asia dalam misinya mematahkan sekatan zionis di Gaza membawa empat buah ambulan dan barang-barang bantuan sekitar yang mencapai berat 1000 tan. Bantuan yang dibawa berupa bantuan perubatan, kemanusiaan, pakaian, susu kanak-kanak dan peralatan untuk orang kurang upaya serta bantuan kelengkapan untuk mangsa-mangsa perang dan seumpamanya.

CARAVAN ASIA TO GAZA adalah konvoi asia pertama yang dilancarkan untuk menitikberatkan permasalahan yang dihadapi Palestin, khususnya sekatan zionis yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza. Anggota-anggota relawan yang bergabung dalam konvoi asia ini terdiri dari berbagai latar belakang agama dan status. Mereka yang terlibat dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti, peguam, wartawan, ahlijawatankuasa NGO-ngo masyarakat dan pelajar-pelajar universiti. Sumber 03/01/2011, web berita Al-Jazeerah.net dan web berita safa.ps

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(8)

3 Januari 2009
HARI KE-8: SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Serangan Setelah Sekatan)
Serangan darat bermula
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)
3. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)
4. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(7)

_______________________________________

Amru Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab menyatakan sebab utama berlakunya serangan di Gaza adalah berpunca dari penaklukan dan sekatan. Adapun permasalaan-permasalahan lain yang dibangkitkan hanya cabang dari permasalahan.

- Sumber dari HAMAS mengesahkan salah seorang anggotanya, Abu zakaria Jamal syahid dalam satu serangan Israel awal pagi tadi.

Rundingan dan diplomasi

- Semalam, pertemuan antara Penasihat Keamanan Kebangsaan Iran, Said Al-Jalili bersama Khaled Mash'al, Ramadhan Abdullah Suluh(JIHAD ISLAMI) dan beberapa lagi kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Syria.

- Khaled Mash'al, Ketua Biro Politik HAMAS: Peperangan yang dilancarkan Israel ini bukan untuk menjatuhkan HAMAS sahaja, malah kesemua umat Islam.

- Mash'al mengingatkan Israel agar tidak bertindak seperti orang bodoh apabila merempuh Gaza dengan serangan darat. Mengulas tentang sempadan Rafah, Mash'al menyatakan sempadan Rafah Gaza adalah hak Palestin, Israel tidak ada kaitan dengan sempadan tersebut.

- Sementara itu, Mash'al menjelaskan pihaknya telah mengemukakan tujuan dibukakan sempadan Rafah kepada Mesir setahun yang lalu, tetapi tidak ada perkembangan hingga sekarang.

- Beliau menyatakan kepada seluruh dunia bahawa HAMAS tidak akan kalah dan tidak akan tunduk kepada syarat-syarat musuh.

- Dari sudut diplomasi dan politik, hari ini Perdana Menteri Turki berada di Arab Saudi bagi membincangkan kedudukan dan keadaan yang berlaku di Gaza.

- Inisiatif Turki-Arab sedang berusaha menghentikan serangan Israel di gaza.

- Pertemuan peringkat Menteri-menteri Luar OIC(Organisation Of Islamic conference) hari ini di Jeddah. Menurut sumber, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan keadaan di Gaza. Juga resolusi untuk bertindak.

Israel terus menyerang Gaza

- Israel menyerang kawasan di Timur dan Selatan Gaza.

- 6 serangan terbaru Israel di bandar Gaza. Menurut sumber, pesawat tempur F-16, helikopter apache dan kapal perang Israel melakukan serangan di bandar Gaza. Kelihatan kepulan asap tebal di udara.

- Di selatan bandar Gaza pula, pesawat tempur Israel mensasarkan beberapa serangan.

- Semenjak bermulanya serangan Israel di Gaza, sebanyak 10 buah masjid hancur dibom Israel.

- Kapal perang Israel, kapal selam Israel mengebom pelantar/pelabuhan nelayan Gaza yang berhampiran dengan bandar Gaza.

- Tentera Israel telah memulakan operasi ketenteraannya di darat. Disertai tentera pejalan kaki yang disokong kereta kebal dan meriam peranti roket.

Tindakan pejuang Palestin

- Menurut sumber, awal pagi tadi 2 serangan roket pejuang Palestin gugur di Sderot dan Ushdud, Israel.

- Beberapa penduduk Israel parah akibat serangan roket jenis grad yang dilancarkan pejuang Palestin di Ushdud, Israel.

- Sumber HAMAS mengesahkan 10 di antara tentera Israelunit khas) terbunuh, cedera di Hayyu Zaitun apabila tentera Israel memasuki Gaza.

- Menurut sumber, laporan ini adalah dipermulaan serangan darat di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem, Gaza-Israel sentiasa dibuka bagi kemasukan bantuan-bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sebelum ini, 150 trak muatan bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza melalui perlintasan ini.

- Sumber menyatakan, tujuan Israel membuka dan membenarkan kemasukan bantuan adalah tidak mahu bertanggungjawab di atas hal yang berkaitan kemanusiaan sepanjang serangan ini.

- Terkini, rombongan bantuan kemanusiaan dari Jordan menuju ke Gaza.

Provokasi dan psikologi

- Memo pekeliling untuk penduduk Gaza digugurkan dari pesawat pengintip Israel. Arahan dari memo tersebut meminta penduduk Gaza mengosongkan rumah.

- Menurut sumber, respon penduduk Gaza mengatakan ke mana kami hendak pergi kerana tidak ada tempat perlindungan.

Mereka tidak akan meninggalkan atau mengosongkan rumah kerana:

1) Tidak ada tempat perlindungan selain rumah mereka.
2) Kesemua tempat, kawasan dan keseluruhan di Gaza terancam dengan serangan Israel.


- Petikan dari majalah Time: Antara sebab Israel belum melaksanakan serangan darat adalah kerana menyelediki terlebih dahulu sasaran dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, serangan udara Israel yang memasuki hari ke lapan adalah untuk melemahkan HAMAS dan memberi tekanan. Apabila HAMAS mulai lemah, ketika itu serangan darat akan bermula.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS