Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
27 Disember 2010
Catatan peristiwa di Gaza
Jun 1967
Israel menakluki Semenanjung Gaza yang sebelum ini dikuasai oleh Mesir.
Disember 1987
Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS.
September 2005
Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 8500 pendatang haram Yahudi dari Gaza.
Jun 2007
HAMAS menguasai sepenuhnya Gaza.
Sejak 2007, Israel telah mengenakan sekatan zalim ke atas Semenanjung Gaza. Berikutan itu, sekatan ini telah mencetuskan tragedi kemanusiaan yang amat parah. Antara sektor yang terjejas teruk akibat sekatan:
1. Makanan/kebuluran
2. Bekalan air
3. Khidmat kesihatan/perubatan
4. Perdagangan(aktiviti perekonomian)
5. Sektor perkilangan
6. Bekalan tenaga, minyak dan seumpamanya.
Sepintas lalu
- Wilayah Palestin yang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa
- Luas kawasan : 363 km persegi.
- Penduduk ~ 1.5 juta(perangkaan Julai 2007), termasuk 1 juta pelarian.
- Bersempadan dengan:
a. 11 km daratan(Mesir).
b. 51 km daratan dengan tanah jajahan 1948.
c. 40 km pinggir pantai.
d. Israel menduduki Gaza dengan cara mengawal pergerakan darat, laut dan udara.
Setelah penutupan sempadan/perlintasan
1. Hukuman secara menyeluruh, mengepung, menutup sempadan dan sebagainya. Kesemua ini bukan perkembangan baru dalam amalan biadap Israel.
2. Sekatan jalan, kawalan sempadan, laut, bekalan air, mengebom lapangan terbang, membedil loji bekalan air, stesen janakuasa, pasar dan kilang sentiasa menjadi modus operandi rejim zionis.
Tetapi keadaan lebih parah, setelah:
1. Setelah kemenangan HAMAS dalam pilihanraya 2006.
2. Setelah HAMAS mengambil alih Gaza sepenuhnya.
3. Hari ini penutupan sempadan begitu ketat dan kepungan begitu dahsyat sehingga barang-barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih sangat berkurangan(fakta ini sebelum perang Gaza).
Januari
Gaza terus dikepung Israel
Februari hingga Mac
Serangan Israel terhadap Gaza telah membunuh seramai 120 orang
Jun
Genjatan senjata(bertenang) selama 6 bulan.
November
Serangan Israel telah memaksa HAMAS melancarkan semula serangan roket dari Gaza.
Disember, 19
HAMAS tamatkan gencatan senjata.
Disember, 27
Serangan udara Israel terhadap Gaza dan perang 'operation cast lead' bermula.
Disember, 29
Israel mengumpulkan kereta kebalnya disempadan Gaza dan mengerahkan 6500 orang askar simpanan.
HARI PERTAMA SERANGAN
Sekitar jam 11.00 pagi, waktu Palestin/Mesir, Rejim zionis telah melancarkan serangan udara ke atas lokasi-lokasi keselamatan dan Kerajaan Palestin di Gaza.
HARI KE-2: SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS.
Jumlah kategori penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan:
Cedera: 700 orang
Kritikal: 180 orang
- Menurut sumber, pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang dilaporkan telah gugur di Askalan, Ushdud dan Sderot.
- Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel bertegas akan meluaskan lagi serangan ke Gaza bagi menjatuhkan HAMAS.
Bantahan penduduk dunia
- Demonstrasi jalanan diadakan di negara-negara Arab juga penduduk Eropah bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.
- Penduduk Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Beirut, Lubnan.
- Beberapa buah Bandar di Iraq juga mengadakan tunjuk perasaan menghujum serangan Israel walaupun negara tersebut ditakluki Amerika.
Bantuan kemanusiaan
- Israel membenarkan 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem.
- Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan tiba di Lapangan Terbang 'Arish, Mesir. Walaubagaimanapun, Mesir tidak membenarkan bantuan-bantuan tersebut dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza.
Serangan
- Telah berlaku serangan di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.
- Menurut sumber, serangan Israel itu mensasarkan lokasi-lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) yang dilabelkan pengganas.
Respon politik dan diplomasi
- Kenyataan Menteri Luar Mesir, Aboul Gheit yang mengatakan HAMAS tidak membenarkan penduduk Palestin yang mengalami kecederaan melintasi sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan.
- Walaubagaimanapun, HAMAS menafikan kenyataan Aboul Gheit itu.
Amerika dan Israel menyatakan syarat-syarat bagi menghentikan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah:
1) HAMAS dan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin Gaza mesti kembali kepada persepakatan 'gencatan senjata' mengikut asas undang-undang antarabangsa.
2) HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin di Gaza mesti menghentikan serangan roket dan apa jua bentuk serangan ke atas Israel.
- Jurucakap HAMAS menyatakan bahawa mereka tidak akan mengangkat bendera putih dan akan terus pertahankan Gaza.
- Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin juga menegaskan bahawa mereka tetap dengan pendirian mereka sekalipun mereka terbunuh, dimusnahkan dan seumpamanya.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang telah digesa untuk mempertahankan Gaza dan menyerang balas zionis/Israel.
HARI KE-3 SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
Jumlah kategori penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan:
Cedera dan kritikal: 1650 orang
- Menurut sumber, 15 penduduk Palestin parah akibat tindakan pihak penakluk (tentera Israel) yang bertindak melepaskan tembakan peluru hidup ke arah mereka.
- Dilaporkan berlaku pertempuran di antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di Selatan Khalil, Tebing Barat. Sekurang-kurangnya 2 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh. Di jajahan 1948, 15 penduduk Palestin ditangkap tentera Israel.
- 4 pejuang Palestin dari kumpulan bersenjata SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah syahid dalam serangan Israel di Khan Yunus, selatan Gaza.
Bantahan penduduk dunia
- Protes besar-besaran di hadapan kedutaan Israel di London.
- Para penunjuk perasaan di Maghribi meminta Negara-negara supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel.
- Di Jordan, para penunjuk perasaan membantah serangan Israel yang secara terang-terangan membunuh penduduk Palestin Gaza, mereka menuntut agar duta Israel ke Jordan dihalau keluar.
- Di Qatar para mahasiswa-mahasiswi Universiti Qatar mengadakan demonstrasi sebagai protes serangan Israel.
- Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan, sebilangan besarnya turun di jalanan bagi mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.
- Di Turki, para penunjuk perasaan meminta supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel, sementara itu Perdana Menteri Turki turut mengecam Israel. Beliau mengatakan, tidak ada faedah untuk menghubungi Israel.
- Di Denmark, Norway dan Sweden juga mengadakan tunjuk perasaan membantah dan memprotes serangan Israel ke Gaza
- Serangan Israel yang diibaratkan 'bencana perang' tidak sahaja mendapat kritikan, kutukan dan kecaman dari masyarakat arab, Eropah bahkan China juga meminta Israel menghentikan segera serangannya ke atas Gaza.
- Di Mesir, satu tunjuk perasaan mengutuk kekejaman Israel, malah mendesak kerajaan Mesir memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel dan membuka sempadan Rafah.
- Penduduk Palestin di Tebing Barat juga bertindak mengadakan demonstrasi sehinggakan bertempur dengan tentera Israel yang menyebabkan 30 dari penunjuk perasaan parah akibat tembakan dari tentera Israel.
- Di Oslo, tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Israel mengecam serangan-serangan Israel ke Gaza.
Serangan ganas zionis
- Israel telah menyerang Jabaliya yang merupakan benteng terkuat bagi pejuang Palestin di Gaza.
- Sementara itu, di Khan Yunus, Selatan Gaza, Israel mengebom sebuah bangunan. Menurut sumber, Israel melakukan serangan udara ke atas beberapa buah bangunan yang dihuni oleh salah seorang pimpinan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), beliau syahid dalam serangan tersebut.
- Masjid juga dibom. Menurut salah seorang tentera Israel, mereka telah mendapat maklumat yang mana masjid itu digunakan oleh pejuang Palestin bagi menempatkan senjata dan kegiatan 'pengganas'. Masjid itu telah hancur dibom malah ditemui 7 jasad penduduk Palestin yang syahid di bawah runtuhan masjid tersebut.
- Selain itu, Yayasan Kebajikan yang didakwa bawah seliaan HAMAS turut dibom.
- Menurut sumber dari tentera Israel, mereka telah menyerang 300 tempat dan kawasan yang ada kaitan dengan HAMAS di Gaza.
Bantuan kemanusiaan
- Israel telah membenarkan 72 trak muatan barang-barang keperluan ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem.
- Mesir telah bersedia menerima kemasukan mana-mana bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza.
Tindakan pejuang palestin
- Menurut sumber, sebanyak 60 roket pejuang Palestin telah dilancarkan ke atas Israel.
- Pendatang Israel di sebuah penempatan haram zionis terbunuh manakala 12 lagi cedera akibat serangan roket pejuang Palestin ke Israel. Sumber tentera Israel menyatakan, serangan roket jenis grad tersebut menyerang Ushdud dan Nehal Auz. Sementara itu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) turut melancarkan serangan roket ke Askalan.
Rundingan
- Ahmad Qorei, penasihat Presiden Palestin di Ramallah mengatakan sukar untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel ketika Gaza masih diserang Israel.
- Persidangan telah Teluk bermula hari ini bagi membincangkan kedudukan di Semenanjung Gaza berikutan serangan Israel yang berterusan.
- Menteri Luar Turki, Ali Baba Jan ketika mengulas rundingan damai Syria-Israel, beliau mengatakan sukar kerana serangan Israel ke Gaza. Tambah beliau, Kita tidak boleh berpeluk tubuh sementara Israel terus menyerang Gaza.
- Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Ramallah) mengatakan Kerajaan Palestin mengajak kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin untuk mesyuarat dan perbincangan termasuk HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Bagaimanapun jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum menjawab perbincangan dan mesyuarat hanya akan diadakan setelah dihentikan serangan Israel ke Gaza.
- Jurucakap White House, US : Jumlah mangsa dari pihak Palestin dalam serangan Israel tidak perlu dipertikaikan. Israel ada haknya untuk mempertahankan diri dan melindungi penduduknya dari 'pengganas' HAMAS.
- Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel mengadakan mesyuarat keamanan bersama pegawai-pegawai tentera Israel. Menurut sumber, pertemuan itu adalah bagi membincangkan peringkat-peringkat yang seterusnya, juga untuk memutuskan ketetapan berhubung serangan ke Gaza.
Lain-lain
- Menurut sumber, setelah pertemuan Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel) dengan pegawai-pegawai keamanan Israel, telah dinyatakan beberapa peringkat yang telah ditetapkan bagi menghentikan serangan roket dari pejuang Palestin dan memaksa HAMAS menerima syarat-syarat gencatan senjata yang ditetapkan oleh Israel.
- Bagaimanapun, HAMAS dan JIHAD ISLAMI menyatakan bantahan untuk kembali kepada gencatan senjata berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Israel.
- Mengulas dialog sesama Palestin, sebelum ini kedua-dua pihak HAMAS dan FATAH telah bersepakat untuk bertemu dan berbincang tetapi mesti mengikut syarat-syarat, iaitu tidak boleh ada sebarang penangkapan politik dan yayasan-yayasan bawah HAMAS atau FATAH dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, sebelum tiba waktu dialog (di Kaherah), pasukan keamanan Palestin telah menangkap pimpinan HAMAS di Tebing Barat.
- Berdasarkan sebab dan hal yang disebutkan, HAMAS memutuskan tidak hadir ke Kaherah. Begitu juga gerakan JIHAD ISLAMI. Tambah Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS juga mengatakan sukar selagi tidak dihentikan serangan Israel.
- Hospital-hospital Gaza : Kekurangan alat-alat rawatan dan ubat-ubatan di bawah tahap yang membimbangkan.
- Pesawat tempur F-16 Israel berlegar-legar diruang udara Gaza. Di Gaza bekalan elektrik juga terputus sama sekali.
HARI KE-4 SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
Serangan Israel di Gaza masih berlanjutan malah berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan dan tempat pergantungan selama-lamanya.
>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.
1750 orang: Cedera, kritukal
Serangan
- Beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan kerajaan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara). Turut diserang Universiti Islamiah Gaza untuk kali kedua serta beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran juga terancam dengan serangan, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri Palestin di Gaza/Pemimpin Tertinggi HAMAS).
Bentuk serangan
- Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16.
Bantahan penduduk dunia
- Penunjuk perasaan merempuh bangunan konsul Mesir di Aden, Yaman sambil membawa bendera Palestin.
- Kesatuan Afrika mengutuk serangan Israel di Gaza.
- Forum Pemuda Islam Sedunia menyeru seluruh umat Islam agar tampil membantu penduduk Palestin di Gaza.
- Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.
- Pertubuhan Islam Amerika mendesak dan berharap Presiden Amerika menghentikan serangan Israel di Gaza.
- Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Ramallah sebagai bantahan dan protes atas serangan Israel. Mereka juga mendesak agar Israel hentikan serangan di Gaza. Menurut sumber, beberapa pemuda Palestin ditangkap tentera Israel.
Bantuan kemanusiaan
- Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel.
- Menurut sumber, al-Karamah dilanggar di bahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel.
- Kapal terbang Arab Saudi dan Qatar dengan muatan bantuan-bantuan telah mendarat di Lapangan Terbang 'Arish, Mesir. Sumber menyatakan, kedua kapal terbang tersebut tiba dengan muatan barang-barang bantuan untuk penduduk Palestin di Gaza.
Rundingan
- Perdana Menteri Qatar melakukan lawatan rasmi ke Ankara, Turki hari ini bagi membincangkan keadaan dan kedudukan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Qatar meminta wakil Amerika supaya menghentikan serangan Israel di Gaza. Semalam, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit ke Turki bagi membincangkan keadaan yang sama dengan Perdana Menteri Turki.
- Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.
- Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza meskipun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak.
Politik dan diplomasi
- Presiden Mesir, Housni Mubarak mengatakan pihaknya tidak akan membuka sempadan Rafah selagi tidak ada pemerintah(kerajaan) dan pengawal dari pihak Eropah sebagaimana perjanjian sempadan yang telah dimeterai pada 2005. Bagaimanapun, beliau menyatakan Mesir tidak akan menambahkan lagi perpecahan sesama Palestin sebaliknya akan sentiasa bersama Palestin. Ketika Presiden menyampaikan ucapan, beliau meminta Israel supaya menghentikan serangan dan tentangannya di Gaza. Mesir akan terus memainkan peranannya dari bentuk diplomasi antara Palestin-Israel.
1. Semenanjung Gaza tidak seperti Tebing Barat. Gaza bagi Israel adalah seumpama wilayah musuh.
2. Serangan dan rempuhan ke atas Gaza kerana Israel kehilangan selatan Lubnan ketika perang 2006.
3. Untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS, Perdana Menterinya Ismail Haniah di Gaza bagi menggantikan dengan kerajaan Palestin Ramallah yang mana presidennya adalah Mahmoud Abbas.
4. Politik dalaman Israel kerana pilihanraya Israel akan diadakan beberapa bulan lagi.
5. Harapan yang besar untuk menang dalam peperangan kali ini di Gaza setelah jeneral tentera Israel sekarang mengkaji lebih mendalam kesan peperangan yang lalu dengan HIZBULLAH pada 2006.
6. Jaminan bagi meraih kemenangan dalam pilihanraya Israel antara parti-parti Israel.
7. Melobi Tsipi Livni, menteri luar sekarang untuk calon perdana menteri menggantikan Ehud Olmert, perdana menteri Israel.
1. Sememangnya Israel memusuhi dan menentang Palestin.
2. Menjatuhkan kerajaan HAMAS di GAZA yang diketuai oleh Ismail Haniah.
3. Sebagai pelemah dan menjatuhkan hak penentangan/perlawanan(muqawamah) terhadap Israel.
Tindakan pejuang Palestin
- Menurut sumber, semenjak pagi tadi pejuang-pejuang Palestin berterusan melancarkan serangan roket ke Israel. Sebanyak 20 serangan roket telah dilancarkan ke atas Israel. KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)melancarkan 2 serangan roket jenis grad ke Selatan Israel(Wilayah Naqab/tanah jajahan 1948). Salah satu dari serangan gugur ke atas sebuah bangunan.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dalam kenyataannya mengancaman akan meluaskan lagi serangan roket ke Israel jika Israel melaksanakan serangan darat ke Gaza. Jelas jurucakap AL-QASSAM, tentera AL-QASSAM tidak terjejas dengan serangan-serangan Israel malah AL-QASSAM berjanji akan membalas serangan Israel dengan serangan roket jarak jauh.
- Safwat Zayat, pakar bahagian ketenteraan mengatakan roket jenis grad yang dimiliki AL-QASSAM mampu mencapai jarak 20km.
Berdasarkan ancaman roket jarak jauh ke Israel, Zayat berkata AL-QASSAM memiliki roket jenis grad yang memiliki keupayaan menyerang sejauh 40km, pasti akan membimbangkan lagi Israel.
- Roket pejuang Palestin menyerang Sderot, Israel.
0 comments:
Catat Ulasan