Presiden Palestin, Abu Mazen(Mahmoud Abbas yang telah berakhir tempoh penggal jawatan Presiden menurut HAMAS) menyatakan akan menerima diadakan semula rundingan damai dengan Israel beberapa hari lagi mengikut cadangan dan perantaraan Amerika.
Abu Mazen bersedia untuk mengadakan rundingan tersebut dengan syarat Israel membekukan kerja-kerja pembinaan penempatan yahudi dan mengiktiraf garisan sempadan 1967 hak Palestin sebagai asas penyelesaian. Selain itu, penetapan mekanisme dan jadual masa sebagai lanjutan dari rundingan damai.
Beliau menjelaskan ketika ditemubual akhbar 'Guardian' Britain, bahawa akan diadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin Arab sebelum mengambil sebarang ketetapan berhubung rundingan dengan Israel.
Berikutan kerja-kerja pembinaan penempatan Yahudi masih berterusan di Tebing Barat menandakan penyelesaian konflik perdamaian hanya dengan idea 'sebuah Negara'.
Abu Mazen dalam temubual membantah secara mutlak penentangan bersenjata ke atas Israel. Beliau mengungkapkan bantahan tersebut adalah kerana tindak balas ataupun kesan yang sebaliknya ke atas tanah-tanah Palestin. Malah beliau turut menyebut bahawa HAMAs juga menghentikan penentangan ke atas Israel di Semenanjung Gaza.
Rentetan dari usaha perdamaian yang tidak menatijahkan sebarang kemajuan, Abu Mazen mengancam dengan tekad untuk meletakkan jawatan.
Sumber dari HAMAs pula mengecam keras kenyataan Abu Mazen yang mengumumkan penerimaan diadakan semula rundingan damai dengan Israel dengan syarat Israel membekukan kerja pembinaan selama 3 bulan, malah turut berjanji tidak akan membenarkan penentangan bersenjata. HAMAS menyifatkan pendirian Abu Mazen yang sedemikian itu 'mudah mengaku kalah'.
HAMAS memberi peringatan "seruan ke meja rundingan adalah sia-sia kerana mengikut kehendak Amerika dan menjaga kepentingan zionis-Israel yang mahu menutup kerja pembinaan penempatan secara berterusan dan me'yahudi'kan Al-Quds."
Sumber menyatakan HAMAS dalam kenyataan akhbar berkata, "Abbas tidak lagi mewakili penduduk Palestin kerana telah mengubah harapan dan cita-cita Palestin."
"Abu Mazen menzahirkan dirinya yang mudah mengalah, manakala pandangannya juga menandakan yang sebaliknya seolah-olah bersikap mengecuali tidak sepertimana kecenderungan FATAH yang menginginkan penentangan", jelas HAMAS.
Akhbar 'Guardian' dalam terbitannya menyatakan, realiti Mahmoud Abbas adalah di bawah tekanan Amerika supaya memulakan perbincangan berhubung perdamaian dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Dijelaskan, Abbas dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan Menteri Luar Britain David Miliband melahirkan kehairanan dengan sikap pentadbiran Amerika berikutan permintaannya mahu Israel membekukan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds.
Menurut 'Guardian', Abbas akan menghubungi sekutunya Arab sebelum memberi jawab balas pada hari Khamis akan datang kepada Utusan Khas Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell mengenai usaha mengadakan semula perbincangan dengan Israel.
(kemaskini, 03/02/2010)Menurut sumber lain, bahawa Abbas akan memberikan jawab balas dalam beberapa minggu lagi. Sumber 02/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan suratkhabar al-Ahram
Read more...