الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis hala serangan di utara Gaza

02 Februari 2012

Laporan jam 08:27 pagi, waktu Palestin
Jam 08:27 pagi, waktu Mesir

GAZA - Angkatan tentera udara rejim zionis(IAF) melancarkan serangan udara ke atas sasarannya di Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan berkata, pesawat tempur zionis melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan peluru misil menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang berada di sebelah timur Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Tambah lagi sumber yang sama, serangan dari pesawat tempur zionis turut diikuti satu tembakan peluru meriam kereta kebal zionis ke arah lokasi yang sama. Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada makluman mengenai sebarang kecederaan. Menurut SAFA, sekitar jam 10:30 malam(waktu Palestin/Mesir) semalam, 01/02/2012, kereta kebal zionis melepaskan tembakan meriam ke Bayt Hanoun.

Berhubung serangan ini, siaran radio zionis versi hebrew menghebahkan bahawa taklimat ringkas telah dikeluarkan kepada warga zionis yang mendiami penempatan-penempatan setentang dengan Semenanjung Gaza agar sentiasa berada berdekatan kawasan-kawasan yang selamat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran sebarang keadaan cemas.

Radio zionis mendakwa lagi, sewaktu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengadakan lawatan ke penempatan zionis yang setentang dengan Semenanjung Gaza, Palestin telah melepaskan 8 serangan roket, namun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan. Jelas lagi, serangan-serangan roket ini gugur di kawasan-kawasan yang tidak diberikan perlindungan sepenuhnya.

Demikian itu, SAFA turut menukilkan berita mengenai serangan roket dari web berita Israel versi hebrew "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) yang menyebut 7 serangan roket gugur di beberapa kawasan lapang di sebelah barat Naqab.

Pihak berkuasa zionis mengumumkan langkah berjaga-jaga selepas serangan roket kerana dibimbangi berlaku serangan roket yang baru.

YNET menukil dari sumber keselamatan zionis berkata, penilaian yang diungkapkan bahawa penyerang-penyerang roket dari Gaza mengambil peluang dari faktor cuaca, angin kencang semasa melancarkan serangan roket. Sumber 02/02/2012, web berita Paltimes.net dan 01/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Lanjut lagi 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas ahli parlimen

Laporan jam 01:06 pagi, waktu Palestin
Jam 01:06 pagi, waktu Mesir

GAZA - Kementerian Hal-Ehwal Tahanan dan Pembebasan di Gaza menjelaskan bahawa pihak berkuasa rejim penjajah telah melanjutkan lagi tahanan tanpa bicara(الاعتقال الإداري) buat kali kedua berturut-turut ke atas seorang ahli parlimen Palestin, Muhammad Jamal An-Natshah(Taghyir Wal-Islah mewakili gerakan HAMAS) berasal dari bandar Khalil, Tebing Barat.

Keterangan rasmi kementerian yang disampaikan kepada agensi berita SAFA semalam(Rabu, 01/02/2012) berkata, pihak berkuasa rejim penjajah yang menangkap An-Natshah pada 31 Januari 2011 telah memaklumkan semalam bahawa An-Natshah dilanjutkan lagi enam bulan tahanan tanpa bicara.

Kementerian menyelar dasar tahanan tanpa bicara yang dilakukan oleh rejim penjajah ke atas ahli parlimen, An-Natshah. Sedemikian itu, kementerian mengungkapkan bahawa tindakan ini jelas melanggar hak asasi dan kekebalan parlimen yang merupakan hak istimewa ahli parlimen terbabit.

Kementerian ini mendesak kesemua badan-badan hak asasi dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa agar bertindak bebaskan kesemua ahli-ahli parlimen Palestin yang diculik penjajah, terutamanya Speaker Majlis Legislatif Palestin, Dr. Aziz Duweik. Tambahan pula, kesemua ahli parlimen ini ditangkap bawah akta tahanan tanpa bicara bahkan tidak ada sebarang pertuduhan malah cara sedemikian mewajarkan pihak penjajah terus menangkap mana-mana Palestin.

Sebagaimana disebutkan, An-Natshah telah ditangkap pada tahun 2002, beliau dikenakan hukuman penjara selama 8 tahun 6 bulan, sepanjang 6 tahun, beliau telah dikenakan kurungan seorang diri. Beliau dibebaskan pada 12 September 2010, kemudian rejim penjajah menangkap semula An-Natshah pada 31 Januari 2011.
________________________________________
Baca lagi:
Lagi 4 Palestin ditangkap, ahli parlimen dilanjutkan 5 hari tahanan

________________________________________

Sehingga sekarang, rejim penjajah masih mengurung 27 orang ahli parlimen Palestin dalam penjara-penjaranya. Seramai 24 ahli parlimen dari jumlah terbabit adalah mewakili gerakan HAMAS(كتلة التغيير والاصلاح) dan dua ahli parlimen lagi dari gerakan FATAH, sementara seorang lagi mewakili JABHAH SHA'BIAH. Sumber 02/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS