الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Projek pembinaan kediaman baru di selatan BaitulMaqdis

06 September 2011

Laporan jam 03:00 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:00 petang, waktu Mesir
Jam 08:00 malam, waktu Malaysia

BAITULMAQDIS - Jawatankuasa Pembangunan dan Pembinaan tempatan bawah Majlis Perbandaran Penjajah di BaitulMaqdis hari ini telah meluluskan projek pembinaan baru di kawasan perbandaran di BaitulMaqdis berhampiran kawasan perumahan yang dinamakan "Giv'at Misoah", selatan bandar BaitulMaqdis.

Menurut siaran radio Israel, projek ini menggabungkan 80 unit perumahan yang baru. Setengah dari jumlah unit tersebut diperuntukkan untuk disewakan khusus kepada pasangan-pasangan muda Israel bagi tempoh yang lama.

Menjelang awal bulan Ogos lepas, Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yisyai telah meluluskan pembinaan 4300 buah unit perumahan baru di beberapa kawasan perumahan di BaitulMaqdis.

Walaupun rejim penjajah(Israel) mendapat kritikan-kritikan dari pihak antarabangsa, projek-projek pembinaan ini terus dijalankan kerana disebabkan memang Israel berhasrat membina unit-unit perumahan baru di beberapa kawasan perumahan yang wujud di sebalik tanah jajahan 1948. Lebih-lebih lagi, kedudukan penempatan zionis dalam bandar suci yang dijajah menjadi satu penghalang tanpa diadakan semula rundingan antara Pemerintah Palestin dengan rejim zionis sejak dari September tahun lepas. Sumber 06/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang ALWIYAH syahid, awam cedera di Khan Yunis

Laporan jam 07:30 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:30 petang, waktu Mesir
Jam 12:30 pagi(waktu Malaysia, 07/09/2011)

GAZA - Seorang pejuang dari unit pertahanan sayap tentera ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, Khaled Ahmad Samhud, 23 telah syahid dalam satu serangan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu di kawasan 'الزنة', sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Selain itu, seorang warga tua serta dua anaknya turut tercedera ekoran terkena tembakan tentera zionis yang menceroboh timur Khan Yunis. Menurut sumber, pencerobohan zionis disokong oleh beberapa buah jentera perang, termasuk helikopter dan pesawat pengintip tanpa pemandu.

Berhubung kejadian, pemberita Safa berkata, jentolak zionis melancarkan operasi meratakan tanah secara meluas, sementara itu, kereta kebal dan helikopter melepaskan tembakan tidak putus-putus di kawasan yang diceroboh.

Sayap tentera Palestin, ALWIYAH berkata, pejuangnya terlibat dalam pertempuran berbalas tembakan dengan skuad tentera zionis yang menceroboh, kemudian ALWIYAH melepaskan peluru mortar 'hawn' serta menembak tepat ke atas sebilangan tentera zionis di lokasi terbabit.

Demikian itu, sumber media zionis pula berkata, 2 peluru mortar gugur di Naqab. Bagaimanapun tidak menjejaskan nyawa dan harta benda.

Ceroboh terbatas

Sebelum itu, Safa menjelaskan bahawa pada petang tadi, sekumpulan tentera zionis yang menceroboh secara terbatas di timur daerah Qararah, sebelah utara bandar Khan Yunis telah meranapkan tanah-tanah pertanian penduduk Palestin. Di samping itu, pencerobohan diiringi tembakan dari helikopter Apache dan menara-menara kawalan tentera.

Pemberita Safa memperincikan, 4 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal menceroboh secara terbatas di samping sokongan jentera udara. Berikutan itu, jentera perang zionis melepaskan tembakan tidak terputus-putus ke arah rumah-rumah penduduk. Sumber 06/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Gaza Tengah dibom balas serangan roket

Laporan jam 12:15 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 11:15 malam(05/09/2011), waktu Mesir
Jam 05:15 pagi(06/09/2011), waktu Malaysia

GAZA - Pesawat tempur zionis mengebom sebuah sasarannya di Gaza Tengah awal pagi tadi.

Menurut pemberita 'Safa' dan 'Maan' Palestin, pesawat zionis telah mengebom sebuah rumah tidak berpenghuni yang berada di sebelah utara Syarikat Bekalan Elektrik, sebelah barat Mukhayyam Nuseirat, wilayah Tengah Gaza.

Tambahan dari pemberita, serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang luka parah, bagaimanapun menggemparkan penduduk di kalangan wanita dan kanak-kanak ekoran sebelum serangan pesawat tempur meluncur rendah di ruang udara Gaza. Malahan, beberapa bom cahaya turut dilepaskan di kawasan tersebut.

Berikutan serangan ke atas sebuah rumah, pasukan bomba berhempas-pulas memadamkan api yang marak di lokasi serangan.

Menurut radio penjajah yang mendakwa, pesawat tempur dari Angkatan Tentera Udara Israel(IAF) telah menyerang sebuah bengkel pembuatan logistik peperangan di Gaza Tengah.

Sedemikian itu, jurucakap tentera zionis menjelaskan bahawa serangan ini bagi membalas peluru roket yang dilancarkan oleh Palestin ke sebuah penempatan zionis petang semalam.

Roket gugur

Sumber dari Safa(09:36 malam, 05/09/2011) menukil dari sebuah web berita versi hebrew 'Yedioth Ahronoth'(Ynet) berkata, satu peluru roket telah gugur di sebuah kawasan di Majlis Penempatan Sha'ar Henegev, sebelah barat Naqab(tanah jajahan 1948).

Menurut Ynet, sejurus serangan roket, sepasukan dari pihak polis Israel dan pasukan bomba bergegas ke lokasi yang diserang roket.

Tembak rumah-rumah Palestin

Sebagaimana yang dilaporkan pada awal pagi 04/09/2011, tentera-tentera rejim zionis yang berada di dalam menara kawalan di sebelah timur daerah Khuza'ah telah melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin yang berhampiran garisan sempadan dengan tanah jajahan 1948.

Menurut saksi kejadian, tentera zionis menghujani tembakan ke arah rumah-rumah Palestin sejak beberapa jam di awal pagi. Berikutan kejadian, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan di kalangan penduduk. Sumber 04-06/09/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS