الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Obama akan bertemu Lieberman di Washington - Yediot

10 September 2010

AL-QUDS, - Beberapa sumber di Washington menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat(US), Barack Obama akan bertemu Menteri Luar rejim zionis(Israel), Avigdor Lieberman dalam satu kunjungan ke Washington yang dijadualkan pada minggu hadapan. Sedemikian dari susulan itu adalah untuk merapatkan lagi usaha damai.

Memetik salah sumber dari web berita Israel "Yediot Ahronot" versi hebrew berkata, kemungkinan Obama juga akan menyertai beberapa pertemuan antara Lieberman dengan beberapa wakil US di White House.

Sumber melaporkan, ketika kunjungan Lieberman ke Washington, Menteri Luar rejim zionis itu turut akan bertemu dengan Naib Presiden US, Joe Biden dan Penasihat Keselamatan Negara US, James Jones.

Seperti yang dinyatakan, Lieberman berkata dengan berterus-terang akan tarik diri dari kabinet Kerajaan Israel jika Benjamin Netanyahu, Perdana Menterinya membuat keputusan memanjangkan lagi tempoh pembekuan bina penempatan haram Israel. Ancaman Lieberman itu setelahmana pelancaran rundingan damai secara langsung yang diadakan semula antara perunding Palestin dengan Kerajaan Israel di Washington pada 2 September yang lalu.

Tembak kawasan pertanian Gaza

Sementara itu, laporan berita malam ini menyebut, beberapa buah jentera perang rejim zionis yang berpengkalan sementara di dalam garisan sempadan di utara Gaza telah melepaskan tembakan artileri ke arah tanah pertanian di Bet Lahiya.

Setakat ini, laporan menyebut tembakan tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah. Sumber 10/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket ke barat Naqab

AL-QUDS, - Sumber dari radio am Israel melaporkan satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di barat Naqab pagi ini.

Roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza mensasarkan sebuah penempatan haram Israel 'Sha'ir Henegev' yang terletak di barat Naqab. Bagaimanapun roket yang gugur di kawasan berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Sehingga kini, belum ada mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan itu. Sumber 10/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS