الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis bom lagi Gaza, 2 pejuang AL-QASSAM syahid

16 Mac 2011

Laporan jam 05.12 petang, Palestin/Mesir
Jam 11.12 malam, waktu Malaysia

GAZA - Selepas waktu asar petang tadi, meriam zionis dilaporkan mengebom sebuah kawasan yang mengelilingi dari arah timur tanah perkuburan 'As-Syuhada', timur bandar Gaza.

Menurut pemberita 'Safa', jentera perang zionis yang berkumpul dalam garisan sempadan melepaskan tiga serangan artileri(meriam) ke arah lokasi terbabit.

Serangan kedua yang dilaporkan hari ini dari pihak rejim zionis itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah di kalangan penduduk Palestin di Gaza.

Sebelum itu, sumber melaporkan(jam 10.39 pagi, Palestin/Mesir) serangan udara zionis yang menyasarkan lokasi Abu Jarad di selatan bandar Gaza mengakibatkan dua pejuang Palestin syahid, manakala beberapa orang lagi cedera.

Safa menjelaskan pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan peluru ke atas lokasi tersebut. Berikutan itu, kedengaran letupan yang amat kuat malah kepulan asap memenuhi lokasi yang dibom.

Sasaran zionis ke atas lokasi Abu Jarad itu adalah lokasi latihan ketenteraan sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Memetik laporan dari web berita AL-QASSAM, dua pejuang AL-QASSAM iaitu Adnan Yusuf Ashtiyah, 28 dari Masjid Abu Hurairah, Hayyu Zaitun dan Ghassan Mehnad Abu Amru, 25 dari Masjid Mahmud Abu Hayyin, Hayyu Shujaieyah telah pergi menemui Allah Subahanahu Wa Ta'ala pada pagi Rabu, 16/03/2011. Jelas web tersebut, kedua-dua pejuang AL-QASSAM syahid berikutan pengeboman zalim rejim zionis di selatan bandar Gaza.

Sebagaimana dinyatakan, sejak beberapa minggu terakhir ini, lokasi Abu Jarad telah dibom sebanyak lebih 5 kali oleh pesawat tempur zionis.

Berhubung serangan di Gaza, sumber dari tentera zionis mengakui melancarkan operasi sedemikian. Turut disebutkan, operasi tersebut adalah serang balas ke atas serangan roket yang dilancarkan pejuang Palestin ke arah barat Naqab(barat Negev, tanah jajahan 1948).

Sementara itu, Safa melaporkan lagi, seorang nelayan Palestin di Gaza tercedera akibat terkena tembakan dari bot laju tentera zionis yang dihalakan ke arah pelabuhan Gaza. Sumber 16/03/2011, web berita safa.ps dan web rasmi pejabat penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS