Marmara dikunjungi Haniyeh
02 Januari 2012
Jam 02:02 petang, waktu Istanbul
Rakaman video ini dipetik dari wafdchannels, 02/01/2012 yang menukil klip berita BBC dari sidang media Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin sewaktu mengadakan kunjungan menjenguk sebuah kapal pembebasan yang menjadi mangsa serangan tentera laut rejim zionis ketika dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza pada pertengahan tahun 2010.
Baca lagi:
[Rakaman] Haniyeh tetamu Erdogan
Haniyeh tiba di Turki
___________________________________________________
Dari petikan ini, kenyataan Haniyeh menyentuh kaitan perang Gaza(Operation Cast Lead) di Gaza pada akhir tahun 2008 - awal tahun 2009 dan situasi rempuhan zionis ke atas marmara, kata beliau, perang ini bertujuan untuk memusnahkan kerajaan Palestin yang dipilih(pilihanraya Palestin 2006) serta memadamkan suara-suara orang yang bangun menentang(المقاومة الفلسطينية) dan menghancurkan semangat orang-orang Palestin, juga bertujuan mengambil Shalit tanpa mahu membayar sebarang nilai.
"Kejahatan tangan-tangan rejim zionis juga sehingga membunuh mereka-mereka yang bersimpati terhadap Gaza dan Palestin sebagaimana yang berlaku di atas kapal marmara ini, apa yang ditunjukkan oleh lanun ini adalah kebengisan sikapnya, mesejnya adalah untuk menakutkan dunia serta memutuskan hubungan Palestin dengan penduduk dunia," jelas Haniyeh.
Namun pada kali ini saya bercakap dari sini, pinggiran laut, "kapal ini telah menjadi sebahagian dari lembaran sejarah dalam sejarah umat Islam dan Palestin," ujar beliau lagi.
Tambah beliau, kami mengumumkan bahawa kemuliaan darah-darah para syuhada' marmara adalah kemenangan ke atas penjajahan dan sekatannya di Gaza.
Kata beliau lagi, "darah-darah ini telah tiba di pantai Gaza dan menghuni dalam jutaan jiwa-jiwa anak Palestin, bahkan turut bercampur dengan ribuan darah syuhada' Palestin, malahan negara ini(Turki) telah mengembalikan peranan sebuah negara muslim yang telah dikenali."
Kami juga ingin berkata kepada pemimpin penjajah, "bilamana kamu berjaya menghalang kapal marmara tiba ke Gaza, maka Palestin dan Gaza telahpun tiba kepada marmara," ujar beliau dengan nada kemenangan. Sumber 02/01/2012, klip berita BBC dan web berita Paltimes.net
Read more...