Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH Karikatur di atas simbolik kepada penutup tahun 2011 yang menyaksikan peredaran angin revolusi di beberapa buah negara Arab. Bermula dengan Tunisia tanpa disangka-sangka, Mubarak juga tidak kebal dari takhtanya dan hari ini perbicaraan ke atas Mubarak dan dua anaknya disambung semula. Namun, sehingga kini masih ada beberapa buah negara Arab yang diselubungi angin tersebut masih berhempas-pulas berjuang membebaskan tanahair dari pemerintahan rejim diktator, khususnya di Syria, rakyat-rakyatnya dibantai membuta-tuli, kecil atau berusia tetap menjadi sasaran. Baru-baru ini, rejim zionis pula melihat suasana di Syria ada 'satu' perubahan sehinggakan rejim ini tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan, jika Asad jatuh, maka Israel akan melakukan serangan di Dataran Tinggi Golan.
Di sebalik tiupan angin ini, wujudnya sebuah harapan sebagaimana petanda-petanda awal dari keputusan pilihanraya Mesir yang kini masih berbaki pilihanraya peringkat ketiga, pilihanraya Majlis Shura dan Presiden. Pastinya, tahun 2012 merupakan detik-detik menzahirkan sebuah harapan. Tidak di Mesir sahaja, malahan meliputi keseluruhan negara Arab di Timur Tengah.
0 comments:
Catat Ulasan