الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label karikatur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karikatur. Papar semua catatan

[Minda MAP] Wajar simpati terhadap penempatan haram?

04 Mac 2012

Sumber karikatur, JPOST(Jerusalem Post)

Mungkin gambaran dari karikatur ini boleh menimbulkan rasa simpati bagi meraih sokongan terhadap warga-warga haram Israel yang menduduki tanah-tanah Palestin secara zalim khususnya di Tebing Barat, jajahan tahun 1967.


Kartunis ini cuba membayangkan kepada pembaca bahawa sekiranya kerajaan rejim penjajah/zionis masih mahu menutup lubuk-lubuk penempatan(perumahan kecil bakal menjadi penempatan haram Israel), maka apakah pula nasib yang diterima oleh generasi warga haram Israel pada masa akan datang?. Lebih-lebih lagi, sinopsis karikatur ini menunjukkan seorang ibu(Israel) bersama tiga anaknya yang mana pada tahun-tahun tersebut, anak-anaknya bakal menjawat profesion penembak tepat, doktor perubatan tentera, dan juruterbang pesawat tempur F-35.

Realitinya, penempatan-penempatan haram Israel yang membiak aktif menjadi penghalang utama perdamaian antara PLO(Palestin) dengan perunding damai Israel, bahkan penempatan haram ini juga merupakan permasalahan asas yang tidak akan dapat diselesaikan dengan jalan rundingan semata-mata. Selagi rundingan damai berjalan, maka lebih bertambah lagi tanah-tanah Palestin tergadai.

Semoga tidak tersimpang dari isu sebenar, maka ini adalah hak Palestin dan sewajibnya dikembalikan kepada mereka yang lebih berhak(Palestin) bukannya menutup dengan isu yang lain.

Read more...

[Karikatur] Perangai sebenar zionis di sebalik laungan damai

12 Januari 2012

Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH

"Inilah perangai sebenar rejim zionis yang menjajah tanah Palestin meskipun seringkali melaungkan perdamaian, namun laungan tersebut hanyalah untuk menutup kezaliman dan jenayahnya di tanah Palestin."

Read more...

[Karikatur] Harapan dari sebuah tiupan

02 Januari 2012


Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH


Karikatur di atas simbolik kepada penutup tahun 2011 yang menyaksikan peredaran angin revolusi di beberapa buah negara Arab. Bermula dengan Tunisia tanpa disangka-sangka, Mubarak juga tidak kebal dari takhtanya dan hari ini perbicaraan ke atas Mubarak dan dua anaknya disambung semula. Namun, sehingga kini masih ada beberapa buah negara Arab yang diselubungi angin tersebut masih berhempas-pulas berjuang membebaskan tanahair dari pemerintahan rejim diktator, khususnya di Syria, rakyat-rakyatnya dibantai membuta-tuli, kecil atau berusia tetap menjadi sasaran. Baru-baru ini, rejim zionis pula melihat suasana di Syria ada 'satu' perubahan sehinggakan rejim ini tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan, jika Asad jatuh, maka Israel akan melakukan serangan di Dataran Tinggi Golan.

Di sebalik tiupan angin ini, wujudnya sebuah harapan sebagaimana petanda-petanda awal dari keputusan pilihanraya Mesir yang kini masih berbaki pilihanraya peringkat ketiga, pilihanraya Majlis Shura dan Presiden. Pastinya, tahun 2012 merupakan detik-detik menzahirkan sebuah harapan. Tidak di Mesir sahaja, malahan meliputi keseluruhan negara Arab di Timur Tengah.

Read more...

Karikatur: Sepakat lindung-melindungi

27 November 2011

Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH

Read more...

Karikatur: Penempatan haram bebani perdamaian

31 Oktober 2011

Sumber web berita The Egyptian Gazette

Read more...

Karikatur: Veto Amerika

29 September 2011

Bagaimana Palestin akan berhadapan dengan veto Amerika?

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Karikatur: Palestin dan revolusi Arab

13 September 2011

Usaha Mewujudkan Negara

Bagaimana Palestin membawa usahanya bagi mendapatkan pengiktirafan sebuah tanah yang layak tertegaknya sebuah Negara? Namun, adakah wujud strategi lain sekiranya pengiktirafan tersebut ditendang 'veto' Amerika Syarikat iaitu bapa emas kepada anak haramnya, pengganas rejim zionis.


Taufan revolusi Arab

Sehingga kini, apakah kesannya terhadap rejim zionis?

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

[Karikatur] Zionis ancam batalkan Perjanjian Oslo

31 Julai 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga .. kita akan terus di meja rundingan, jika gagal, kita akan beralih ke PBB pada September akan datang untuk mengadu permasalahan dan bagi menuntut hak kita, iaitu mendapatkan pengiktirafan 'Palestin' sebuah negara merdeka ," kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Negara Palestin merdeka sebagaimana yang dituntut oleh Palestin adalah mengikut garis sempadan tahun 1967 yang meliputi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Genting Gaza, Jalur Gaza). Sehingga kini, menurut Presiden Abbas, 122 buah negara telah menyatakan bersedia mengiktiraf Negara Palestin, namun Amerika Syarikat(AS) dan Negara Eropah, antaranya Britain tidak bersedia memberi pengiktirafan tersebut. AS dan negara-negara Eropah yang berkenaan terus menekan Palestin agar tidak bertindak sebelah pihak tanpa mendapat restu dari rejim penjajah untuk menubuhkan negara Palestin. Malahan AS juga mengancam untuk tidak memperuntukkan lagi pembiayaan kepada PBB, pada masa yang sama Pemerintah Palestin di Ramallah bergelumang dengan krisis ekonomi/kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada para pekerja ekoran bantuan kewangan luar yang terbantut.

Keadaan ini terus ditekan oleh rejim zionis supaya Palestin tidak bertindak sebelah pihak sambil menyeru untuk adakan semula rundingan damai, namun tanpa syarat. Bagaimanapun, Palestin memberi jawab balas supaya hentikan terlebih dahulu pembinaan perumahan dan penempatan warga zionis di Tebing Barat dan di Baitul Maqdis Timur. Melihat kepada nekad Palestin, rejim zionis mengancam lagi dengan pembatalan perjanjian damai Oslo. Pun begitu, wujud suara-suara lain yang meminta agar mengutamakan prioriti, iaitu melaksanakan terlebih dahulu perjanjian baik pulih hubungan dalaman Palestin, antara gerakan HAMAS dan FATAH sebelum menuntut penubuhan sebuah negara merdeka kerana melihat penting kepada paduan kekuatan dalaman.

Peta Palestin

Tanah-tanah yang berbaki kepada Palestin

Read more...

[Karikatur] : Sindir boikot

15 Julai 2011


Sumber karikatur, Jerusalem Post

Sindir boikot

Karikatur di atas dipetik dari sebuah web berita Israel yang memaparkan betapa boikot tidak kena pada waktunya. Bagaimanapun, ianya boleh digambarkan satu sindiran sinis kepada kempen boikot yang masih berterusan hingga saat ini.

Kempen boikot yang digerakkan oleh beberapa NGO antarabangsa, sama ada dalam atau luar tanah Palestin bertujuan untuk menentang dasar kezaliman dan penjajahan rejim zionis ke atas tanah-tanah Palestin malah taklukan ini meliputi setiap aspek hidup rakyat Palestin. Tambahan pula, sekatan zionis di Gaza terus mewajarkan kempen boikot ini dilakukan dan disertai oleh semua pihak yang mengambil berat tentang hak asasi manusia. Kempen tersebut walaupun disindir secara sinis oleh media zionis, namun ia mampu membuatkan rejim zionis tergamam dan terus memikirkan tindakan bagi menghalang kempen boikot mendapat sambutan.

Lebih menyakitkan zionis, apabila kempen ini bukan sahaja disuarakan oleh umat Islam bahkan ia dipopularitikan oleh mereka-mereka bukan muslim, khususnya aktivis-aktivis Eropah yang bersimpati terhadap Palestin. Sejauhmana ia berkesan? Tanya diri kita, jika kita menerima sepenuh hati, maka itulah kesannya. Mungkin dari sudut politik agak sukar mengajar zionis, apa itu boikot, lagi menyakitkan apabila melihat kapal-kapal 'flotila 2' terperangkap di pelabuhan-pelabuhan Greece, namun medium yang ada boleh digerakkan dengan lancar melalui NGO dan insan ke insan. Jika bukan muslim pun tidak redha tindakan jahat zionis ke atas hak penduduk Palestin, apatahlagi kita yang mempunyai tautan akidah, sejarah di tanah Palestin.

Boikot tetap ada kesannya, bahkan zionis juga mempelajari dari kempen boikot. Baru-baru ini, rejim penjajah terpaksa mengusulkan dalam parlimen berhubung gesaan pemulauan atau boikot ke atas mana-mana Badan-badan atau Yayasan-yayasan di Israel yang menyambut hari Nakbah Palestin.

Tuntasnya, zionis mengambil pengajaran dari kempen boikot meskipun mereka menutup mata sambil memberikan sindiran sinis terhadap usaha-usaha ini. Lagi mereka berterusan melakukan keganasan ke atas penduduk Palestin, boikot akan terus menghantui mereka. Maka, kerja kita bukan sahaja melihat sindiran, namun yang penting..adakah kita menerima kempen boikot sebagai tugas dan kerja kita meskipun tidak mendapat apa-apa imbuhan ?

......................
semaklah ia
......................


Read more...

Karikatur: Jauhi perangai ini

06 Julai 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Baik pulih hubungan Palestin

Ikatan HAMAS - FATAH tidak akan terputus kerana tidak ada sesiapa yang akan meredhainya. Namun, apa yang berlaku, kedua-dua pihak ini masih belum dapat memperbaiki hubungan sesama mereka ekoran perselisihan yang terlalu mendalam. Tidak dinafikan, faktor lain iaitu tangan-tangan luar turut memberi saham agar mereka tidak sependapat dan asyik dengan kebuntuan dan kejumudan. Hal baik pulih hubungan ini telah jelas diancam rejim zionis dan sekutunya. Mungkin pihak Palestin yang asyik menanti janji AS perlu berani melepasi halangan ini demi dapat berbaik dengan saudaranya biarpun tangan-tangan itu sering mengganggu.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Musim revolusi

Kata encik bertopi: "sapa-sapa yang dok sembelih rakyat dia, maka kuasa pemerintahannya mesti akan hilang punya".

Kita: Ohh! kalau encik bertopi buat takpa nohh, bagusla..boleh diteladani cara ni. Patutla teruk sangat yang dok jadi kot Negara-negara Arab, bukan takat lebam, mati pun ada..dah la mati, kena pijak2 pulak..hebat contoh encik ya..ramai orang ikut!

Read more...

[Karikatur] Dasar mereka

09 Jun 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Bela hak Palestin

Palestin sendirian tidak berdaya malah kerap sangat ditipu, siapakah lagi yang akan membela hak-hak Palestin ketika sedang berhadapan dengan sikap zionis dan kekasihnya yang terlalu buas lagi menipu?

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Demokrasi mereka

(kanan): Aku kagum benar dengan dasar demokrasi kamu my friend
(kiri): Aku pun kagum cara kamu..hehe


Kasihan umat Islam di Iraq, Palestin dan mana-mana lagi zon yang terlibat. Hakikatnya, dasar pendemokrasian jahiliah telah menjajah kita tanpa kita sedar yang kita memang sedang dijajah waktu ini. Lebih menyakitkan hati, apabila umat Islam bangkit dengan dasar keadilannya, maka hak itu tidak menyebelahi umat Islam malah dipaksa mengikut cara jahiliah mereka. Amat malang lagi, kita telah ada dasar yang kukuh iaitu apa yang disarankan oleh agama Islam, namun kenapa kita masih mencari dasar lain dari Islam.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka(yang telah terpesong itu). Katakanlah(kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya(wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah(sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu" - Surah Al-Baqarah, ayat 120.

Read more...

[Karikatur] Kuartet Timur Tengah

01 Jun 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Kuartet Timur Tengah

Kuartet Timur Tengah diasaskan bertujuan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Gagasan penubuhan ini wujud dari bekas Perdana Menteri Spain, José María Alfredo Aznar López. Ruangan ini sengaja mahu membangkitkan bahawa benarkah kuartet ini mengamalkan sikap double-standard terhadap Palestin sedangkan Israel telah memperolehi hak yang bukan haknya?


Read more...

[karikatur] watak perdamaian

30 Mei 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Watak-watak utama suara perdamaian


Read more...

[Karikatur] Telah bergenerasi rayu 'hak pulang'

25 Mei 2011

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Saban tahun, desakan dan rayuan 'hak pulang' atau 'hak kembali' ke tanah-tanah yang dijajah tidak pernah sunyi selagimana hak mereka tidak dikembalikan kepada mereka. Berbalik kepada karikatur di atas, dari tahun 1948 sehinggalah tahun 2011, mereka tidak jemu menuntut hak untuk pulang ke tanah-tanah Palestin. Biarpun generasi awal mereka telahpun tiada, tugas itu tetap mereka pikul. Tanggungjawab itu bukanlah pada mereka sahaja tetapi ia seakan-akan terpundak di atas bahu-bahu kita untuk menolong, sekurang-kurangnya kita juga turut merasai keperitan yang mereka rasa waktu ini. Apa tidaknya, tragedi Nakbah Palestin telah menafikan keseluruhan hak-hak mereka. Masalah mereka juga masalah kita.

Semalam, Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan yang menjajah tanah Palestin telah menafikan hak pulang kepada pelarian-pelarian Palestin dalam ucapannya di hadapan kongres Amerika. Sungguh tidak ada rasa malu, sudahlah perompak yang merampas tanah, kemudian geran tanah tersebut digazetkan menjadi hak perompak. Lebih memalukan lagi, memberi ucapan kepada dunia bahawa pelarian-pelarian Palestin tidak ada hak untuk kembali ke tanah-tanah mereka.

Sejak rundingan-rundingan damai yang dijalankan, sehingga kini ada beberapa permasalahan asas yang tidak mencapai keputusan, bahkan tidak selesai. Antara permasalahan asas ialah berhubung pelarian Palestin yang dinafikan hak pulang. Mengikut ketetapan 194, perjanjian Geneva pada tahun 1984, kem-kem pelarian yang ada waktu ini di Lubnan, Syria, Jordan dan mana-mana tempat yang disebut kem pelarian hanyalah kediaman sementara sebelum diberikan hak untuk pulang ke tanah-tanah yang dijajah. Pihak yang menguruskannya tidak lain adalah PBB yang disubkan kepada UNRWA. Namun, bilakah mereka akan pulang ke tanah-tanah yang dijajah sedang ucapan hipokrit jahiliah terus diagung-agungkan serta menjadi dambaan sama ada ucapan itu dari penjajah atau pihak pelakon utama pendamai?

Read more...

Karikatur: Musim pulang

18 Mei 2011

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Nakbah tahun ke-63, musim kepulangan pelarian Palestin ke tanah-tanah yang dijajah rejim zionis..

Read more...

صوت الحرية

05 Mei 2011

لا حرية فوق حرية الله-محمد بديع


We won't give up and we won't go back again
Long live Egypt

And we won't abandon any claim
Long live Egypt

Our human right is all we want
Long live Egypt

Social justice and bread to eat
Long live Egypt

We will no longer be quiet
and will not hide what we think
Enough unjustice and poverty
and enough that happened to us
Long live Egypt
ang long live freedom
Revolution until victory
in Egypt, the mother of the world
Long live Egypt
and long live freedom
Revolution..revolution until victory
Long live Egypt

Egypt's youth is brave
Long live Egypt

And her people are heroes
Long live Egypt

Wi will not forget the blood of our martyrs
Long live Egypt

which has fetched back our pride from the system
Long live Egypt

No pain, no tyranny and corruption
neither in Egypt nor elsewhere
Long live Tunis, Palestine and Arab unity

Long live Egypt
and long live freedom
Revolution until victory
in Egypt, the mother of the world

Long live Egypt
and long live freedom
Revolution..revolution until victory

What our ancestors started
We build our lives on dignity
Because Egypt is our homeland
and we will build it up for our children
What our ancestors started
We build our lives on dignity
Because Egypt is our homeland
and we will build it up for our children

Long live Egypt
and long live freedom
Revolution until victory
in Egypt, the mother of the world

Long live Egypt
and long live freedom
Revolution..revolution until victory

Long live Egypt

Sumber: youtube.com

Read more...

[Karikatur] Terlalu lembap

08 April 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah.net

"Sepatutnya laporan Goldstone mengenai perang Gaza(akhir 2008- awal 2009) boleh menghukum kepala-kepala rejim zionis. Walaupun ada pihak yang menggesa agar dipercepatkan mengemukakan laporan tersebut ke Badan-badan antarabangsa untuk menghukum zionis, namun ada pihak yang menangguh dan teragak-agak kerana memikirkan kepentingan lain yang lebih menguntungkan. Tak dinafikan, laporan Goldstone hanya menjadi isu semata-mata mengutuk kekejaman rejim zionis ataupun rejim penjajah tetapi hanya sekadar mengutuk, tiada apa-apa tindakan perundangan yang sewajarnya perlu. Lebih cerdik lagi, Britain melindungi penjenayah perang dengan peruntukan undang-undang terbarunya.

Kini, yang melepas dan terlepas adalah Arab yang asyik dengan lamunan mimpi perdamaian yang tidak menjanjikan apa-apa erti, tambahan pula mengundang kutukan dan kritikan serta tohmahan. Mungkin tsunami Jepun boleh mengajar mereka setelah angin revolusi sedang ditiup pergi, itupun jika Arab terlalu lembab, kesannya yang sengsara terus disengsarakan".

حسبي الله و نعم الوكيل

Read more...

[Karikatur] Antara dua pilihan

31 Mac 2011

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948

Antara dua pilihan

Situasi kedudukan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin kini berada dua pilihan. Beliau hanya diberi kata dua oleh Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri rejim zionis, sama ada meneruskan semula rundingan damai dengan Israel atau sepakat dalam usaha pemulihan dalaman Palestin dengan gerakan HAMAS.

Read more...

Karikatur: Dari Tunisia ke Palestin

16 Januari 2011

Sumber karikatur, 16/01/2011

Dari Tunisia ke Palestin dan juga kita


Hanya 29 hari, pemerintahan Ben Ali di Tunisia telah disepak-terajang rakyatnya, lalu terpaksa lari membawa diri dan keluarganya ke Arab Saudi. Agak menarik Ben Ali sempat memberi janji kepada rakyatnya agar bertenang, namun ia tidak lagi menjadi manis setelah rakyat Tunisia hilang percaya terhadap Ben Ali. Tentangan rakyat ini turut diisokong bala tentera Tunisia. Menurut media, keluarga Ben Ali terjebak dalam skandal merompak kekayaaan Negara, malah rakyat Tunisia tertekan dengan sistem yang digunakan Ben Ali. Ini baru kekangan dari pemerintah sendiri, tetapi bagaimana dengan perompak dan pengganas sebenar yang tidak malu mengakui tanah-tanah dan hak suci Palestin milik mereka? Relevan, jika cara ini dicontohi penduduk Palestin.

Mungkin agak sukar penduduk Palestin untuk bertindak sedemikian kerana pengganas utama di dunia adalah dari kalangan bijak menipu dan memperdaya. Lebih-lebih lagi, pengganas utama ini juga ada penyokongnya yang setia. Amat menyedihkan, ada pula yang mahu berdamai dengan pengganas, di samping itu sanggup pula mengawal keamanan pengganas biarpun terpaksa menuruti kehendak pengganas dengan menangkap pejuang-pejuang Palestin. Mereka berbangga dalam media kononnya gagasan keselamatan yang dibawa memberi keamanan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat. Pemberita yang buta siarkan laporan atau mereka itu yang menipu? Rasanya tidak ada pemberita yang menyiarkan mengenai gagasan keselamatan Palestin di Tebing Barat melindungi penduduk Palestin dari kuku karat pengganas. Nampaknya, penduduk Palestin mesti berhadapan juga dengan gagasan tersebut sebelum atau selepas melanyak pengganas.

Mudah pengganas ini jatuh tersembam jika yang mengasaknya bukan dari Palestin sahaja, tetapi melibatkan asakkan dan dokongan yang berterusan dari umat pelusuk dunia. Acapkali dikatakan sedemikian tetapi ada penghadangnya yang akan membentengi pengganas.

Saat ini, seorang menteri pengganas telah menyuarakan kebimbangan berikutan apa yang berlaku di Tunisia turut mengembalikan kuasa Islam(parti/kumpulan). Tidak mustahil, akan wujud perancangan lain bagi memintas kehendak rakyat yang sewajarnya perlu diutamakan.

Kesan Tunisia turut melebar ke Syria dan Mesir apabila pemerintah di Negara tersebut mengumumkan mekanisma bagi meringankan bebanan hidup yang dihadapi rakyat.

Mungkin ini cara selayaknya menuntut janji dari pemerintah yang sanggup membolot kekayaan Negara dan mengenepikan hak-hak rakyat yang mesti diutamakan. Sudahlah malang terpaksa lari, bertambah pula hina mendapat bayaran 'cash' dari rakyatnya. Kini, satu dunia telah tahu dan tidak perlu pendedahan dari wikileaks. Inilah pengajaran kepada mana-mana pemerintah, insyaAllah di akhir khidmat kepada rakyat mendapat balasan mulia jika menuruti cara Islam.

"Lain kali nak buat gheja, buat gheja cara Islam," ungkapan peringatan dari seorang Menteri Besar.

Read more...

Karikatur: Gaza 2011

30 Disember 2010

Jenguk nasib mereka ...

2011 bakal tiba, namun masih adakah harapan mengubah keadaan mereka tatkala sekatan zalim pada tahun 2010 membedil kebebasan mereka hatta ketika merangkak di dalam terowong juga tidak terlepas. Ketika mencari cahaya keluar, datang peluru menghinggapi lubang-lubang terowong bawah tanah. Agak bernasib baik jika terlepas, paling menyedihkan 'garisan merah' pula menanti di hadapan. Jika jirannya di sempadan tidak menolong, siapa lagi?

Tak mengapalah jika tidak mahu menolong, biarkan Gaza sebegitu..peganglah dengan janji-janji penipu. Kelak nanti, generasi pada masa depan bertanya, siapa yang menyekat saudara kita di Gaza? Moga kita(pembaca-pembaca) jawablah dengan jujur dan jangan mencari helah untuk menipu.


Bahagialah mereka dengan janji

Ketika rancak mengingati ulangtahun ke-2 serangan ganas zionis di Gaza, mereka di Gaza tetap gelak ketawa membuktikan mereka tabah hadapi perang sambil menyahut bahawa kami tak gentar untuk menghadapi serangan terbaru zionis. Dari sayap-sayap tentera pejuang hinggalah ke pemimpin utama mengakui mereka bersedia hadapi. Biarpun, ada yang kehilangan keluarga, anggota tubuh dirampas apache zionis, ada yang dibenam dengan kereta kebal..tetapi mereka tidak mengungkit janji-janji yang dinyanyikan penuh merdu ketikamana perang berlabuh pergi masa lalu. Apa yang selalu penduduk Gaza sebut adalah mohon sekatan dibuka, dibuang, bebaskan sekatan, patahkan sekatan dan seumpamanya. Nampaknya, nyanyian merdu itu tidak lagi kedengaran tetapi nadanya pula berbunyi tika dondangan lagu dari zionis bergema.

Tidak henti-henti nyanyian 'melonggarkan sekatan' ke atas Gaza dimainkan, namun senyap kembali, kesannya sekatan masih menyelubungi Gaza. Semua orang tahu zionis itu sering menipu dan melanggar janji. Jadi, janji-janji untuk membangungkan semula Gaza yang dipersetujui US, EU, PBB, dan Negara-negara Arab termasuk lain-lain Negara juga menipu?

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS