الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penjajah bebaskan ahli parlimen HAMAS

20 Mei 2010


Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah


_________________________



Awal pagi tadi, Pihak Berkuasa Israel telah membebaskan seorang tahanan Palestin. Beliau adalah ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin dari parlimen Al-Quds, Muhammad Abu Thair(gambar) yang ditangkap sejak 4 tahun yang lalu.

Sumber melaporkan, Penjajah menangkap Abu Thair bersama 60 anggota Majlis Legislatif Palestin dan pemimpin HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية) di Al-Quds dan Tebing Barat. Penangkapan ahli-ahli parlimen itu setelah mereka membentuk Kerajaan Palestin yang sah.

Sebaik saja dibebaskan dari tahanan, Abu Thair membawa 'mesej yang mewakili para tahanan iaitu perlu berusaha bagi menyatukan kesatuan sesama Palestin'.

Beliau yang berusia 59 tahun mengakhiri tempoh tahanan selama 43 bulan. Diungkapkan, beliau adalah simbol penting bagi HAMAS di Tebing Barat dan menduduki tempat kedua dalam senarai calon Islah wa Taghyir(الإصلاح والتغيير) yang mewakili HAMAS dalam pilihanraya parlimen 2006.

Baca lagi:


Bagaimanapuun, Israel masih menahan 16 anggota ahli parlimen yang lain, 13 di antaranya adalah anggota HAMAS, 2 dari gerakan FATAH dan seorang lagi dari parti Barisan Rakyat.

Namun, sekitar jam 5.30 petang tadi(waktu Mesir), sumber dari berita melaporkan, Badan Perisikan Israel memanggil ahli parlimen HAMAS, Muhammad Abu Thair yang baru sahaja dibebaskan beberapa jam sebelum itu untuk siasatan.

7 Palestin ditangkap

Sementara itu, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 7 penduduk Palestin pada jam 1 pagi tadi. Mereka ditangkap ketikamana tentera penjajah menjalankan operasi penggeledahan di Tebing Barat.

Memetik sumber dari akhbar 'Yediot Ahronot' Israel melalui web beritanya menyatakan, 7 penduduk Palestin yang ditangkap itu atas dakwaan 'dikehendaki'. 5 dari yang ditangkap itu berasal dari Bet Lehem. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Obama bincang dengan 40 anggota 'demokratik' Yahudi


Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. 20/05/2010, berita Al-Jazeerah
_________________________


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat(US), Barrack Obama telah mengadakan pertemuan dengan 40 anggota kongres Amerika dari barisan demokratik yang juga merupakan Yahudi.

Menurut pentadbiran US, perbincangan Obama dengan anggota demokratik yang berlangsung selama satu sejam 30 minit melibatkan rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin-Israel serta isu yang menyentuh keselamatan Israel dan hukuman ke atas Iran. Berikutan itu, perbincangan tersebut seiring dengan kunjungan George Mitchell, utusan US ke Timur Tengah bagi rundingan damai di Palestin.

Baca lagi:


Berhubung dengan pertemuan itu, satu 'bengkel kerja secara sulit' turut diadakan dalam bilik yang tertutup melibatkan bahagian dan jabatan-jabatan hal-ehwal Timur tengah dalam agensi pentadbiran US; politik, keselamatan dan ketenteraan.

Presiden Obama percaya dengan hasil bengkel kerja itu berupaya mendapatkan cetusan idea bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Memetik dari laman 'Al-Manaar' menyebut sumber dari Amerika berkata, baki dari perbincangan bengkel kerja itu hanyalah kepada pentadbiran Obama untuk menerima penjelasan berhubung natijah rundingan yang menyamakan keputusan rasmi. Bagaimanapun, hal ini menimbulkan sikap pesimis kepada pihak dan pertubuhan berkenaan mengenai usaha damai di Timur Tengah. Sumber 20/05/2010, suratkhabar Misril-Youm dan 19/05/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Abu Mazen menyampaikan rungutan kepada Mitchell

RAMALLAH, WASHINGTON - George mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah telah memulakan pusingan baru mengadakan perbincangan dengan wakil Palestin dan Israel. Pusingan yang baru ini setelah Palestin bersetuju bagi mengadakan semula rundingan damai secara tidak langsung antara dua pihak.

George Mitchell yang tiba petang semalam di Israel terus mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan(Perang) Israel, Ehud Barak.

Menurut media Israel, pertemuan yang berlangsung di Tel-Aviv dalam masa yang singkat tidak ada sebarang kenyataan akhbar dari kedua-dua pihak mengenai perbincangan rundingan secara tidak langsung.

Semalam, Mitchell turut mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah selama 50 minit.

Sebaik sahaja selesai perbincangan itu, Saeb Arekat, Ketua Badan Rundingan Palestin berkata, 'laporan rungutan Palestin telah disampaikan kepada Mitchell mengenai tindakan Israel yang berlindung dengan keselamatan telah membunuh penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Arekat turut menukilkan, rungutan itu turut mengemukakan kenyataan 'provokasi' yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri Israel semenjak persetujuan mengadakan semula rundingan secara tidak langsung, khususnya permasalahan yang menyentuh Al-Quds dan penempatan Israel di Al-Quds.

Tambah beliau, Presiden Abbas juga menyampaikan kepada Mitchell bahawa Pihak Berkuasa Palestin mahu menjayakan usaha Mitchell dengan bersungguh-sungguh. Malah dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai permasalahan asas, iaitu 'keselamatan dan sempadan'.

Saeb Arekat menyatakan, pihak Palestin berharap dengan pendekatan rundingan dapat membawa kepada penubuhan Negara Palestin atas garisan sempadan 1967. Kemudian, rundingan secara tidak langsung itu akan berubah kepada rundingan secara langsung bagi meletakkan jaminan-jaminan bagi Negara Palestin.

Di pihak Israel pula seolah-olah menyebut supaya rungingan secara tidak langsung itu diubah kepada rundingan secara langsung.

Kewujudan pasukan keselamatan antarabangsa

Sementara itu, kenyataan-kenyataan Israel turut menyelubungi pertemuan Mitchell dengan Presiden Palestin yang menyebut Abbas menyampaikan niatnya kepada Mitchell berhubung persetujuan bagi mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa(NATO) di Negara Palestin setelah Negara Palestin ditubuhkan. Dijelaskan, peranan pasukan keselamatan ini adalah menjaga garisan sempadan Negara Palestin yang diuar-uarkan agar tidak ada penyeludupan dan kemasukan senjata ke dalam Negara Palestin. Sebagaimana dinyatakan, Palestin adalah sebuah Negara yang bersifat kawasan tanpa senjata. Dengan kewujudan pasukan keselamatan antarabangsa adalah bagi mengawasi keadaan dan menghalang sebarang serangan Israel ke atas Negara itu.

Arekat Nafi kewujudan NATO, tetapi mungkin wujud

Menurut sumber lain, Saeb Arekat menafikan bahawa Abbas menyampaikan persetujuan bagi mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa dari NATO di Tebing Barat apabila diumumkan penubuhan Negara Palestin ketika perbincangan dengan utusan Amerika itu.

Berhubung dengan perkara itu, Saeb Arekat menyatakan kepada agensi berita bahawa pihaknya ada menghubungi Jordan, Mesir dan beberapa Negara Arab yang lain bagi memaklumkan kedudukan terkini di rantau ini, namun tidak ada perbualan sulit mengenai pasukan keselamatan antarabangsa.

Mengenai idea bagi mewujudkan pemerhati antarabangsa yang bekerja di Palestin seperti yang ada sekarang ini di Khalil hanya untuk sementara waktu.

Kata Arekat, bahawa wujud utusan antarabangsa bagi mengawasi keamanan di Khalil buat sementara waktu. Jelas Arekat, kewujudan utusan itu adalah bagi mengawasi sebarang perlanggaran yang dilakukan oleh penduduk Israel dan tentera Israel terhadap Palestin. Jika penubuhan Negara Palestin telah diumumkan, mungkin wujud pasukan keselamatan antarabangsa sebagaimana contoh wujudnya pasukan keselamatan antarabangsa sekarang ini di sempadan antara Mesir-Israel dan Lubnan-Israel, ini perkara biasa. Sumber 19/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir) dan web berita maannews.net

Read more...

'Latihan perang' KATAIB PEJUANG di Gaza

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB PEJUANG KEBANGSAAN(sayap tentera Barisan Demokrasi) telah mengadakan latihan perang menggunakan senjata hidup di kawasan pertengahan bandar Gaza. Puluhan anggota pejuang kumpulan itu terlibat dalam latihan berkenaan.

Latihan yang diadakan petang semalam(rabu) menggunakan peledak letupan, mortar, pelancar roket dan machine-gun(senjata berat).

Dalam kenyataan akhbar, KATAIB itu berkata, "latihan ini adalah untuk menguji sejauhmana persediaan bagi menghadapi sebarang serangan Israel yang tidak dapat dijangka ketikamana Israel banyak memberikan ancaman kepada Gaza", jelas KATAIB lagi, "persediaan ini mesti disempurnakan bagi berhadapan sebarang tentangan Israel ke Gaza".

Ancaman yang tidak menggetarkan

Semalam, sumber lain melaporkan, Mushir Al-Misri, salah seorang anggota HAMAS yang juga merupakan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin menyatakan ancaman serta janji Israel menyerang Gaza tidak mengggetarkan pejuang Palestin malah ia tidak menjadi syarat untuk menyerah diri, apatahlagi mematahkan semangat kemahuan penduduk Palestin yang mahukan kebebasan.

Beliau menjelaskan, laporan yang diterbitkan oleh akhbar 'Ma'arev' berbahasa hebrew bertujuan untuk meniupkan jiwa rasa kekalahan di kalangan penduduk Palestin.

"Apa yang dilakukan oleh media Israel itu seumpama perang psikologi yang tidak memberi kesan kepada masyarakat kami. Jiwa mereka sentiasa bergetar untuk menggagalkan perancangan musuh serta menghadang dengan penuh keberanian semenjak mereka menjajah tanah kami", ujar Mushir.

Ahli parlimen HAMAS itu mengesampingkan tujuan Israel yang mahu membuka perang yang baru di Semenanjung yang terkepung. Bagaimanapun beliau mempastikan, pejuang telah bersedia dengan persediaan yang besar bagi menghadapai sebarang tentangan. Jelas beliau, sebarang perang yang dilancarkan ke atas Gaza akan 'gagal' seperti sebelum ini. Sumber 19/05/2010, web berita safa.ps, web berita shehab.ps dan 20/05/2010, web berita maannews.net

Read more...

2 Palestin berada dalam penjara Israel selama 21 tahun

NABLUS - 2 orang penduduk Palestin berada dalam tawanan Israel yang telah memasuki tahun ke-21.

Raed Amir, Pengerusi Kelab Tawanan di Wilayah Nablus dalam kenyataan akhbar semalam berkata, 'kedua-dua tawanan itu, Sameer An-Na'nish dan Ibrahim Toqtuk berasal dari Kota Lama, Nablus telah ditangkap penjajah pada Mac 1989 malah kedua-duanya juga telah dipindahkan dari penjara ke penjara Israel yang lain.

Jelas Amir, Sameer dan Ibrahim yang menghidap penyakit amat perlu kepada rawatan, khususnya Ibrahim Toqtuk yang menghadapi masalah penglihatan.

Kelab Tawanan itu mendesak masyarakat antarabangsa supaya memberi perhatian terhadap kesengsaraan para tahanan, tambahan pula yang dihukum penjara terlalu lama. Malah, kelab tersebut turut meminta masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Kerajaan Israel agar membebaskan mereka dan tidak membiarkan masalah ini tanpa kesudahan. Sumber 19/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS