11.45 malam, Mesir/Palestin : Menurut wartawan Al-Jazeerah yang berada di jambatan Raja Hussein yang menghubungkan antara Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan, bahawa dijangkakan 120 aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan penjajah akan tiba di situ tetapi tergendala di pihak penjajah. Berikutan dinyatakan, akan tiba beberapa jam di jambatan Raja Hussein.
Menurut wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi aktivis/sukarelawan itu secara langsung dan nama-nama yang dilepaskan tidak diketahui memandangkan makluman ini hanya disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv.
Setakat ini, dari jumlah 120 aktivis yang dilepaskan ada tujuh yang mengalami kecederaan. Sumber berita Al-Jazeerah
22.16 malam, Mesir/Palestin : 120 aktivis/sukarelawan akan dikembalikan ke Negara masing-masing pada malam ini melalui jalan darat, Jordan.
Radio Israel menghebahkan, 120 aktivis itu dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Algeria, Indonesia, Oman, Maghribi, Mauritania dan Azerbaijan.
Menurut radio penjajah, polis tentera Israel akan menyerahkan aktivis-aktivis ini kepada Pihak Berkuasa Jordan sehingga dikembalikan ke Negara masing-masing.
Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
05.41 petang, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Isral mengebom pantai Gaza di utara Gaza. Sumber web berita safa.ps
05.33 petang, Mesir/Palestin : Khaled Masha'al, Ketua Biro Politik HAMAS dalam kenyataannya berkata, beliau mendesak Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam memutuskan apa jua hubungan dengan Israel.
Beliau turut berharap, Presiden Amerika, Barrack Obama dan Dmitry Medvedev, Presiden Rusia serta Negara-negara Arab khususnya Mesir agar bebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan. Sumber web berita safa.ps
04.52 petang, Mesir/Palestin : 11 buah jentera perang Israel menceroboh kawasan Farahain berskala terhad. Di samping itu, jentera perang Isral melepaskan tembakan secara putus-putus. Sumber web berita safa.ps
04.05 petang, Mesir/Palestin : Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza berharap kepada Mesir agar membuka sempadan Rafah secara berpanjangan dan bebaskan apa jua bentuk sekatan ke atas Gaza. Sumber web berita safa.ps
Berita dari Malaysia - PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina. Sumber berita harian, pautan lain thestar
04.20 petang, Mesir/Palestin : Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Cemas Gaza berkata, tiga penduduk Palestin syahid dalam pengeboman Israel di utara Semenanjung Gaza.
Menurut saksi, pengeboman tersebut mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin di kawasan Syaima', Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Dijelaskan, bahawa mangsa yang syahid itu adalah pejuang Palestin yang dikatakan cuba melancarkan serangan roket ke Israel.
Sebagaimana dinyatakan, pengeboman tersebut setelah pengumuman dalam radio Israel mengenai dua serangan roket yang gugur berhampiran bandar Askalan(Ashkelon) yang terletak beberapa kilometer dari utara Semenanjung Gaza. Sumber web berita safa.ps
03.13 petang, Mesir/Palestin : Hanin Zo'bi ketika diwawancara wartawan Al-Jazeerah di An-Nasirah setelah dibebaskan penjajah.
Menukil antara kata-kata beliau, 'Israel kata, siapa yang menandatangani dokumen perjanjian untuk beredar, maka akan dilepaskan dalam masa 24 jam melalui darat atau udara. Jika siapa tidak mahu menandatangani, maka akan dipindahkan ke pusat tahanan di Beer Sheeba(Bi'ru Saba').
Bagaimanapun, aktivis-aktivis bersepakat pada saat-saat akhir tidak mahu menandatangani apa-apa dokumen Israel kerana dokumen tersebut mengandungi:
> Perakuan mengakui kesalahan melanggar undang-undang.
> Tidak akan mengulagi lagi perkara ini.
> Dan beberapa lagi.
Ada yang berkata, pada asal kami tidak mahu beredar dari sini selagi Israel tidak memberikan senarai nama aktivis yang menjadi mangsa pembunuhan, yang mengalami luka parah, cedera dan senarai aktivis-aktivis yang ditahan'.
Berhubung layanan ketika mereka ditangkap, beliau menyatakan, beliau tidak tahu tetapi yang menjadi tumpuan sekarang adalah dunia kena beri tekanan kepada Israel kerana masalah ini belum selesai. Sumber berita Al-Jazerah
02.55 petang, Mesir/Palestin : Penjajah halang para aktivis dari bertemu dengan peguam. Sumber web berita safa.ps
01.10 petang, Mesir/Palestin : Hanin Zo'bi, ahli parlimen Palestin salah seorang anggota Knesset(parlimen Israel) yang telah dibebaskan Israel, berkata 600 orang saksi kejadian rempuhan dan serangan Israel ke atas armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps
01.09 petang, Mesir/Palestin : Salah seorang aktivis armada pembebasan menyatakan, kami tidak membawa senjata dan kami diserang tanpa apa-apa amaran. Sumber web berita safa.ps
Fakta pembunuhan : Menurut web berita era muslim, pembunuhan ke atas beberapa aktivis-aktivis telah dirancang dan menjadi sasaran Israel.
Fakta(bukti) tersebut diketahui setelah satu dokumen(gambar sebelah) terjatuh dari poket seorang tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara. Di dalam kandungan dokumen tersebut, adanya senarai nama-nama aktivis yang harus dibunuh. Sumber eramuslim
01.37 petang, Mesir/Palestin : Sumber melaporkan, Mesir membuat keputusan untuk membuka sempadan Rafah bagi bantuan kemanusiaan. Sumber berita Al-Jazeerah
Menurut seorang wartawan Al-Jazeerah yang telah dibebaskan dan sekarang telah tiba di Brussel bahawa ketika disoal siasat oleh Israel, dia ditanya dengan kecenderungan ke arah mana-mana politik.
01.25 petang, Mesir/Palestin : Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan sedang menyampaikan ucapan dalam parlimen Turki sempena dengan penentangan Israel ke atas armada pembebasan.
Antara yang disebut oleh Perdana Menteri Turki dalam ucapannya:
> Pelayaran armada pembebasan ini mengikut undang-undang dan penentangan ke atasnya adalah menentang falsafah undang-undang Negara-negara bersatu.
> Sikap Kerajaan Israel telah menyakitkan Israel dan rakyatnya, malah sebelum itu ia telah menyakiti orang lain.
> Kami rasa dukacita dengan pembohongan Israel mengenai permulaan serangan itu.
> Israel tidak boleh menghalalkan darah sebagaimana yang telah dilakukannya di lautan medittreanean.
> "Jangan menjenguk ke dunia luar selagi tidak mahu memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukannya".
> Kami tidak mahu tawaran Israel yang merawat mangsa-mangsa serangan yang mengalami kecederaan dan luka parah akibat serangan itu, biar Turki yang merawat mereka.
Sumber berita Al-Jazeerah
Kira-kira 30 minit yang lalu, sumber melaporkan Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanannya, Ketua Bahagian Perisikan Turki dan Komander Umum tentera Israel bagi membincangkan mengenai serangan Israel ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah
Gambar: Ehud Barak, Menteri Pertahanan Kerajaan Penjajah(Israel) berada di tengah-tengah memandang kepada Pegawai Tertinggi Tentera Israel, Ghabi Ashkenazi di kirinya. Berita semalam menyatakan, Ehud Barak memberikan arahan supaya menyerang armada pembebasan.
Perkembangan terkini, sumber melaporkan bahawa kapal-kapal akan dilepaskan. Mengenai aktivis-aktivis dan ahli parlimen yang menyertai armada pembebasan:
> 46 darinya telah dibebaskan dan beredar dari Israel melalui salah sebuah Lapangan Terbang Israel, dan sebahagian lagi masih menanti.
> 480 dibawa ke penjara Beer Sheeba, selatan Israel untuk tahanan. Sebahagian dari jumlah itu akan dibawa ke pengadilan dan sebahagian yang lain akan melalui beberapa proses pengadilan akan datang.
Adapun penduduk Palestin dalam garisan 1948 seperti Syeikh Raed Salah, Hasan Zaidan dan Hamad Abu Daibs di adili ke mahkamah yang berlainan, dan Hanin Zo'bi, anggota Knesset(parlimen Israel) dibebaskan kerana setelah diadili, status(kekebalan dari undang-undang) yang ada padanya. Sumber berita Al-Jazeerah
12.10 tengah malam, Mesir/Palestin : Presiden Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, Arafat Madhi Shukri berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen armada pembebasan. Beliau menyatakan, 16 dari aktivis yang ditangkap telah dihantar ke penjara.
Gambar: Mavi Marmara ketika dikepung komando tentera laut Israel, unit 'komando 13'. 31/05/2010.
Pihaknya berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib kesemua aktivis armada pembebasan melalui peguam-peguam di Israel memandangkan pihak tentera tidak membenarkan penyebaran tentang maklumat nasib mereka yang ditangkap.
Beliau menjangkakan sama ada malam ini atau esok hari maklumat mengenai nasib aktivis-aktivis dan ahli parlimen yang diberkas Israel akan diketahui. Sumber berita Al-Jazeerah
Gambar: Saat-saat cemas ketika komando tentera laut memulakan operasi 'angin syurga', 31/05/2010.
12.05 tengah hari, Mesir/Palestin : Sumber dari web berita safa.ps melaporkan, sebuah helikopter bantuan Turki telah diterbangkan ke Negara Zionis pagi ini bagi mengambil mangsa-mangsa serangan(penduduk Turki) ke atas armada pembebasan.
Media Israel menyebut bahawa di antara 15 mangsa yang menjadi korban itu adalah penduduk Turki, dan jumlah yang cedera belum diketahui setakat ini.
Sumber turut melaporkan, lebih dari 16 yang menjadi mangsa korban dan 50 mengalami kecederaan, luka parah dalam serangan unit khas komando tentera laut Israel.
Berikutan serangan tersebut, dua bandar Turki, Istanbul dan Ankara dilanda tunjuk perasaan yang begitu sesak.
Menurut laporan-laporan berita, beberapa buah Negara Arab dan Eropah juga dilandatunjuk perasaan yang mengutuk tindakan zionis menyerang armada pembebasan. Sumber web berita safa.ps
Pada jam 11.50 malam, Mesir/Palestin[31/05/2010], Dr.Yusof Al-Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia menyatakan 'hari Jumaat akan datang adalah hari kemarahan sedunia'. Beliau berkata sedemikian adalah sebagai bantahan berhubung tindakan kejam Israel ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah
Singkap berita pagi semalam:
Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza ketika menyebut keputusan rasmi Kerajaan Palestin Gaza berhubung serangan ganas komando tentera laut Israel, meminta supaya menjadikan hari Isnin, 31 Mei 2010 adalah 'hari pembebasan' dinisbahkan kepada tindakan Israel yang memberkas kapal-kapal armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah
Read more...