HAMAS: Al-Ahram Mesir terbitkan dakwaan bohong
24 Mac 2012
Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh suratkhabar AL-AHRAM Mesir berhubung wujudnya perancangan dari kerajaan Palestin di Gaza menentang Mesir.
Dalam kenyataan rasmi HAMAS hari ini, 24/03/2012, Sabtu, kata beliau, "dakwaan-dakwaan yang dinyatakan di dalam suratkhabar AL-AHRAM mengenai perancangan kerajaan Haniyeh menentang Mesir adalah dakwaan bohong dari pendokong bekas pemerintahan Mesir yang berada dalam editorial suratkhabar AL-AHRAM, terutamanya Ashraf Abul Hul."
Tambah beliau, mana-mana penduduk Mesir mahupun Palestin tidak akan terpedaya dengan dakwaan-dakwaan ini, dan tulisan-tulisan ini merupakan racun yang bersekongkol dengan penjajah menyasarkan gerakan HAMAS serta memberikan gambaran buruk kepada HAMAS. Tidak seharusnya, pena yang dibayar seperti ini masih nikmat melakukan kerjanya selepas berlakunya revolusi, kata Abu Zuhri. Sumber 24/03/2012, web berita Paltimes.net