Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Palestin berbaik, Amerika menekan

05 Mei 2011

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ayat 4, surah As-Saff]

Suasana ketika akhir majlis meraikan persepakatan Palestin. Dari kanan sebelah kotak berwarna oren, Azzam Al-Ahmad, anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, kotak berwarna oren, Naif Al-Hawatimah, Setiausaha Agung Barisan Demokrasi, kota berwarna biru, Amru Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab, kotak hijau, Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS, kotak warna merah susu, Ramadhan Abdullah Shallah, Setiausaha Agung JIHAD ISLAMI, kotak putih, Husam Zaki, bekas jurucakap Menteri Luar pemerintah Mesir sebelum ini, dan kotak kelabu, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu.

Berikut adalah catatan masa majlis meraikan persetujuan dalaman Palestin di Kaherah petang semalam berserta pendirian Amerika dan Israel.


12.15 petang, waktu Mesir: Majlis menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin bagi mengakhiri perselisihan selama 4 tahun antara gerakan HAMAS dan FATAH di Kaherah dilewatkan sejam ketika suasana dirundung tekanan berikutan wujud kesilapan pada prosedur. Laporan terkini, masyarakat Palestin ternanti-nanti penuh debaran langkah bersejarah ini seiring revolusi di Mesir. Menteri Luar Turki dilaporkan tiba di Kaherah dalam lawatan singkat bagi menghadiri upacara bersejarah.


12.30 petang, waktu Mesir: Beberapa minit yang lalu, agensi berita AFP melaporkan bahawa majlis menandatangani persepakatan telah bermula.

12.46 petang, waktu Mesir: Kami mahu lepasi dari perpecahan ini buat selama-lamanya - Abbas


12.55 petang, waktu Mesir: Israel kena pilih mahu berdamai atau membina lagi penempatan - Abbas


01.15 petang, waktu Mesir: Kami bersedia membayar apa jua harga demi baik pulih hubungan dalaman Palestin dan pertempuran kami hanyalah dengan Israel - Khaled Meshaal

Gambar(Al-Jazeerah): Abbas, sewaktu memberikan ucapan.

01.35 petang, waktu Mesir: Selesai majlis menandatangani dokumen baik pulih hubungan dalaman Palestin.

02.00 petang, waktu Mesir: Ucapan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin. Siaran langsung di siaran televisyen rasmi Mesir. Kemudian disusuli ucapan Khaled Meshaal.

02.15 petang, waktu Mesir: Pertemuan tertutup Abbas dan Meshaal selepas Ketua Biro Politik HAMAS berucap bagi membincangkan perlaksanaan hasil dari persetujuan yang telah ditandatangani.

Khaled Meshaal ketika berucap. Duduk dari kanan, Nabil Al-Araby, Menteri Luar Mesir, Ketua Bahagian Perisikan Mesir, Murad Mawafi dan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin.
____________________________________
Baca lagi:
Abbas dan Meshaal bincang 3 masalah asas
Haniyeh hubungi Abbas, Meshaal, Shalah

Hijau dan kuning seiringan bersama di Gaza

____________________________________

Pendirian Amerika, Israel

Amerika Syarikat menyambut persetujuan baik pulih dalaman Palestin dengan pendiriannya yang keras seperti dahulu, iaitu 'HAMAS mesti mengiktiraf kewujudan Israel dan menghindarkan unsur pelampauan'. Pendirian Amerika ini kerap kali diumumkan semasa pentadbiran bekas Presiden Amerika, George Bush.


Sedemikian itu, menurut bekas pembantu Menteri Luar Amerika bagi Hal Ehwal Timur Tengah, Martin Endic berkata, pendirian Amerika ini hanya langkah berjaga-jaga kerana bimbang dan menaruh syak kepada HAMAS.

Kata beliau lagi, persepsi Washington dihuni sama ada persepakatan perpaduan Palestin ini akan menghala ke arah satu keputusan yang menyokong penubuhan dua Negara sebagai penyelesaian konflik Palestin-Israel atau tidak.


Sementara itu, White House menggesa perlaksanaan dari persetujuan baik pulih hubungan Palestin antara gerakan HAMAS dan FATAH merangkumi jalan menitikberatkan perdamaian yang tidak menghalang usaha perdamaian dengan Israel.


Jay Carney, jurucakap White House berucap kepada wartawa-wartawan selepas Palestin menandatangani persepakatan baik pulih secara rasmi di Kaherah bahawa Washington berusaha untuk mendapatkan penjelasan-penjelasan terperinci khususnya terhadap persepakatan itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri rajim zionis(Israel), Benjamin Netanyahu mengungkapkan bahawa persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin memberi pukulan kepada usaha damai.

Tambah lagi, parti Israel berhaluan kanan, Yisrael Beitanu mendesak KABINET Israel memutuskan segala bentuk hubungan komunikasi dengan pemerintah Palestin Ramallah selepas Palestin menandatangani persetujuan baik pulih sesama mereka. Namun, ada sebilangan pihak di Israel menyebut persetujuan Palestin ini memberikan kesan yang positif kepada Israel. Sumber 05/05/2011, web berita Al-Jazeerah, 04/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

0 comments:

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS