Israel serang Gaza
08 Januari 2010
Serangan pertama Israel ke atas Gaza pada jam 12.06pagi(waktu Mesir).
Diikuti serangan udara kedua Israel ke atas beberapa buah kawasan di Gaza pada jam 12.26pagi(waktu Mesir).
Serangan ketiga Israel ke atas Gaza mensasarkan kawasan terowong bawah yang berdekatan sempadan antara Gaza-Mesir. Serangan ini dilaporkan jam 12.54pagi(waktu Mesir)
Menurut sumber, seorang penduduk Gaza syahid manakala beberapa lagi cedera parah.
Dalam serangan ini, Israel mensasarkan timur Jabaliya, Syeikh Ajlain, timur bandar Khan Yunus, Mukhayyam Abraj dan beberapa lagi kawasan.
Dilaporkan sebuah rumah di Syeikh Ajlain hancur berikutan serangan udara Israel.
Di sebelah utara Gaza pula, Israel menggugurkan memo pekeliling yang terkandung peringatan supaya jangan membantu pejuang Palestin Gaza, malah dalam memo tersebut disertakan emel dan nombor telefon pusat ketenteraan Israel bagi mendapatkan maklumat dari Gaza.
Menurut tentera Israel bahawa serangan ke atas Gaza sebagai serang balas berikutan kawasan di Israel dihujani satu serangan roket yang didakwa datang dari Gaza.
Sehingga kini, petugas keselamatan dan perubatan Palestin sedang berusaha mencari empat penduduk Palestin yang masih belum ditemui bawah runtuhan.
Kemaskini jam 2.30pagi(waktu Mesir), 08/01/2010, berita al-Jazeerah