Laporan jam 03:00 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 02:00 petang, waktu Mesir
KAHERAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas
(Abu Mazen, gambar) bersama delegasi yang mengiringi beliau tiba di Republik Arab Mesir selepas waktu zohor siang tadi. Kunjungan rasmi beliau ke Mesir selama empat hari dijadualkan akan bertemu dengan Panglima Tentera Mesir, Mushir Muhammad Husin At-Tantawi, Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir.
Sebagaimana dijadualkan, Abbas bertemu dengan Panglima Tentera Mesir pada hari esok, Rabu dan pertemuan beliau dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal pada hari Khamis ini.
Sedemikian itu, memetik Laporan dari web berita
HAMAS semalam, 21/11/2011, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzouq mengesahkan bahawa HAMAS telah memberi jawab balas pertemuan antara Khaled Meshaal dengan Mahmoud Abbas pada hari Khamis ini, 24/11/2011 di Kaherah yang pada asalnya pertemuan tersebut akan berlangsung pada hari Jumaat, 25/11/2011.
Pertemuan Meshaal dan Abbas untuk membincangkan agenda-agenda pembaikan hubungan dalaman Palestin bawah seliaan Mesir, menurut sumber.
Abu Marzouq berkata, 'hari Rabu ini pihaknya akan bertolak ke Kaherah'. Pada waktu yang sama, beliau turut menafikan khabar berita yang menyebut kemungkinan pertemuan Abbas dan Meshaal akan ditunda disebabkan keadaan
(demontrasi/himpunan jutaan baru di Tahrir) yang berlaku sekarang di Kaherah.
Dua isu utamaBerhubung pertemuan Abbas dan Meshaal, Perunding Hubungan Luar FATAH, Nabil Sha'at dalam kenyataannya di siaran radio bahawa dua isu menjadi topik utama dalam perbincangan Abbas dan Meshaal; isu berhubung perlaksanaan persepakatan baik pulih dalaman Palestin dan isu lain berkait dengan politik.
Pada waktu ini, Sha'at masih meneruskan kunjungannya ke Negara-negara Eropah sehinggalah hari Selasa akan datang.
Beliau turut mengumumkan bahawa setelah selesai lawatan di Eropah, beliau akan berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi undangan Persidangan Parti Pemerintah
(Barisan Nasional) dan bertemu dengan Perdana Menteri. Hal sedemikian, menurut
SAFA, beliau mewakili Presiden Abbas.
Natijah yang bakal berlaku dari pertemuan Abbas dengan Meshaal, beliau menasihatkan agar waspada dengan positif. Lebih-lebih lagi dalam satu pertemuan tidak akan tercapai semua keputusan.
Tambahan dari beliau mengenai persetujuan baik pulih dalaman Palestin bahawa situasi semasa di peringkat Negara-negara Arab dan antarabangsa memberi tekanan kepada semua pemimpin Palestin agar persetujuan baik pulih adanya anjakan.
"Satu-satunya halangan dari sudut perundangan kepada Jawatankuasa Keanggotaan Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB adalah perpecahan dalaman Palestin, satu kerajaan memang tidak dapat mengawal pemerintahan sama ada di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza," kata Nabil Sha'at.
Identiti Ketua KerajaanPersoalan khusus mengenai identiti Ketua Kerajaan Palestin pada masa akan datang, khabar berita menyebut tentang Salam Fayyad yang dikesampingkan dari mengetuai Kerajaan, kata Abu Marzouq,
"pada asalnya, saudara dalam gerakan FATAH yang mencadangkan Fayyad dikesampingkan malahan Fayyad sendiri mengungkapkan dirinya tidak mahu memikul Kerajaan Palestin akan datang."Lapor dari web berita
HAMAS, berhubung senarai nama tertentu yang bakal memikul jawatan Kerajaan Palestin akan datang, jelas Abu Marzouq,
"perbincangan mengenai dasar umum Kerajaan akan datang telah dinyatakan, dan penjelasan seterusnya melihat kepada pertemuan Abbas dan Meshaal di Kaherah."Mengenai tahanan politik yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah dan desakan bebas sebagai niat baik untuk menjayakan pertemuan baik pulih dalaman Palestin, kata Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS,
"pada permulaannya, kami di Gaza telah membebaskan kesemua tahanan politik dan yang masih dipenjara tergolong dalam senarai dan sebab yang wajar dilanjutkan tahanan, dan apa yang kami tuntut dari saudara FATAH adalah lepaskan kesemua tahanan politik di Tebing Barat, jika mereka bertindak sedemikian maka tidak akan menjadi keraguan lagi dan ini adalah langkah positif." Abbas disambut pembesar MesirKetibaan Abbas bersama delegasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah siang tadi disambut oleh beberapa pembesar Mesir, Menteri Penerbangan Mesir, Lutfi Mustafa Kamal, Duta Palestin ke Kaherah, Barkat El-Farra selaku wakil tetap Palestin dalam Liga Arab, pegawai-pegawai kedutaan Palestin di Kaherah, pemimpin-pemimpin gerakan FATAH di Mesir, individu-individu yang berpengaruh dalam komuniti penduduk Palestin di Kaherah. Turut hadir, beberapa pembantu Ketua Badan Perisikan Am Mesir.
Abbas diiringi anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Saeb Arekat, Perunding Hubungan Dalam Negeri Jawatankuasa Pusat FATAH, Azzam Al-Ahmad serta Ketua Badan Perisikan Palestin Ramallah, Mejar Majid Farj.
Sumber 22/11/2011, web berita Wafa.ps, web berita Safa.ps dan 21/11/2011 web berita HAMAS