الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

2 demontrasi

23 Jun 2009

Demontrasi Palestin di Erez, Israel berdemontrasi di Kerem Saloum

Menurut sumber, Jawatankuasa Rakyat Menghadapi Sekatan telah mengadakan satu demontrasi berhampiran sempadan Erez yang merupakan lintasan menghubungi antara Gaza dan Israel, utara Semenanjung Gaza.

Dinyatakan, demontrasi yang disertai para aktivis Palestin adalah bagi memprotes dan mendesak agar dibebaskan warga Palestin yang berada dalam tawanan Israel.

Sementara itu, di tempat yang lain pula, penduduk Israel juga mengadakan tunjuk perasaan sebagai bantahan ke atas penculikan seorang tentera(Gilad Sahlit( Israel di Gaza. Para penunjuk perasaan mendesak agar Shalit dibebaskan.

Dinyatakan, para penunjuk perasaan Israel turut menghalang trak yang membawa barang dagangan dari memasuki ke Semenanjung Gaza.

Jumlah warga Palestin dalam penjara yang kerap kali dilaporkan media adalah hampir 11,000 manakala hanya seorang sahaja tentera Israel yang ditangkap pejuang Palestin. Sumber 23/06/09, berita Al-Jazeerah

Read more...

‘Araboosh’: Menteri Israel Pohon Maaf

Dasar parti Yisrael Beiteinu telah mencetuskan kemarahan seluruh dunia


Israel - Menteri Dalam Negeri Yitzhak Aharonovitch telah membuat permohonan maaf secara terbuka setelah perbuatannya menghina seorang pegawai polis arab, dengan menggunakan istilah perkauman yang amat teruk - ‘araboosh’ – telah terbongkar melalui rakaman kamera tv dan radio.

Rakaman tersebut memperlihatkan respon Yitzhak terhadap seorang pegawai polis Arab yang meminta maaf di atas penampilan selekehnya.

“Apa yang kamu tahu tentang selekeh? Kamu sendiri sudah menyerupai ‘Araboosh’ sejati.” Ujar Yitzhak.

‘Araboosh’ merupakan satu istilah khusus kaum Yahudi untuk menghina orang-orang arab.

Insiden ini telah disiarkan oleh stesen televisyen dan radio Israel pada 16 Jun 2009, Selasa.

Aharonovitch yang merupakan rakan satu parti dengan Menteri Luar Israel – Avigdor Lieberman kemudiannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap ‘sesiapa sahaja yang merasa terhina’.

“Ia tidak menggambarkan kedudukan mahupun pandangan saya,” katanya.

Bagaimanapun, permohonan maaf tersebut tidak akan mampu memulihkan semula kedudukannya apatah lagi dia sendiri berasal daripada parti Yisrael Beiteinu yang banyak merangka draf undang-undang meminggirkan bangsa Arab.

Parti tersebut menganjurkan dasar supaya semua warga Israel bersumpah untuk taat setia terhadap Israel sebagai negara rasmi Yahudi. Ini telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk berketurunan Israel – Arab yang kebanyakannya berasal daripada bangsa arab Palestin dan merupakan populasi kelima di situ.

Selain itu, parti tersebut juga mendesak undang-undang agar mengharamkan secara rasmi sebarang peringatan terhadap ‘Nakhba’ atau ‘hari malapetaka’ – panggilan yang diberikan oleh rakyat Palestin terhadap peristiwa yang berlaku pada tahun 1948. Iaitu saat negara haram Israel dibentuk dan beratus-ratus dari ribuan rakyat Palestin melarikan diri atau dipaksa meninggalkan rumah mereka apabila Palestin di bawah penguasaan British.

Laporan di atas adalah terjemahan dari sebuah web berita yang diterbitkan pada 17 Jun 2006. Sumber asal, klik di sini

Read more...

Noam Shalit : Olmert tidak menjalankan usaha yang sepatutnya berkaitan pembebasan Gilad

Bapa kepada Gilad Shalit, tentera Israel yang diculik telah mengkritik bekas perdana menteri Israel, Ehud Olmert petang Sabtu lalu berkaitan rundingan yang telah dijalankan bagi membebaskan anaknya itu.

“Walaupun (Olmert) telah berkali-kali memberitahu, kerajaan Israel mewar-warkan bahawa meraka akan melakukan apa sahaja bagi membebaskan Gilad Shalit, akan tetapi, saya yakin beliau tidak berusaha sepenuhnya dan saya mengetahui tentang perkara ini daripada sumber(pihak yang bertanggungjawab) yang sama-sama terlibat di dalam kes tersebut.” Kata Shalit dalam temuramah bersamanya.

Gilad Shalit telah diculik pada tahun 2006 oleh militan Gaza dalam penyerbuan di seberang sempadan. Dia dipercayai masih lagi berada dalam penguasaan HAMAS. Usaha pihak Mesir yang cuba membebaskan Gilad tidal berhasil meskipun hari terakhir Olmert masih menjawat perdana menteri awal tahun ini.

Ketika sesi temuramah tersebut, Shalit(bapa Gilad Shalit) juga telah mendedahkan bahawa Olmert telah menegur keluarganya berkaitan kempen umum yang telah dijalankan berkaitan pembebasan Gilad.

“Beliau telah mengutuk dan membuat segala jenis dakwaaan yang tidak masuk akal terhadap kami.” Kata Shalit.“ Olmert mendakwa bahawa kerja-kerja kami tersebut tidak membuahkan apa-apa hasil, malah memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Beliau yakin untuk memberitahu kami yang masih beruntung kerana Gilad masih hidup. ”

Dalam temuramah Sabtu lalu, Noam Shalit memberitahu bahawa keluarganya telah menetapkan kembalinya anak mereka adalah matlamat kepada Perdana Menteri baru Benjamin Netanyahu berikutan terdapat perubahan yang agak mendadak dalam pengurusan kes tersebut sejak Netanyahu menggantikan tempat Olmert.

Shalit memuji perlantikan orang kanan Mossad, Haggai Hadas sebagai pegawai baru dalam proses rundingan untuk membebaskan Gilad Shalit.

“Sesuai, bertenaga, produktif dan teguh”, ujar Noam Shalit. Tetapi tidak lebih daripada itu, “kami tidak terkesan dengan prestasi terdahulu beliau tetapi daripada kesan yang berlaku.”

Berikutan temuramah tersebut, pegawai Olmert dalam ucapan ringkasnya memberitahu bahawa, “En. Olmert tidak akan menjawab pertanyaan orang ramai tentang tuntutan seperti itu, atau sebarang tuntutan dari ahli keluarga Shalit, sekalipun ianya salah, mengundang bahaya dan tidak tepat.”

Ada sumber mengatakan bahawa Olmert telah melakukan usaha yang sangat keras sepanjang tempoh menjawat Perdana Menteri untuk mengembalikan Shalit kembali ke Israel, bagaimanapun ada sebahagiannya tidak diketahui sama sekali oleh keluarga Shalit.

“Seperti semua rakyat Israel, dia juga mengharapkan kepulangan Gilad kepada keluarganya.” Kata Olmert. Terjemahan dari Haaretz.com 21/06/09. Laporan asal berbahasa Inggeris.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS