الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penangkapan 16 anggota JIHAD ISLAMI, 19 anggota HAMAS turut diculik

17 Mei 2010

Seorang wakil dari Gerakan JIHAD ISLAMI berkata, 'Pihak Keselamatan Negara Mesir telah menangkap 16 anggota gerakannya semasa perjalanan pulang ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir'. Beliau menyatakan, mereka yang ditangkap itu tiba dari Syria setelah menjalani rawatan.

Wakil gerakan tersebut menjelaskan kepada agensi berita bahawa Pihak Keselamatan Mesir tidak membenarkan mereka yang ditangkap itu pulang ke Semenanjung Gaza, lalu dibawa ke salah sebuah penjara Keselamatan Negara. Wakil tersebut merasa khuatir berikutan 16 anggota JIHAD ISLAMI yang ditangkap itu turut menerima siksaan sepertimana 6 anggotanya yang telah ditangkap sebelum ini telah disiksa dengan penuh azab. 6 anggota JIHAD ISLAMI tersebut dibebaskan setelah 52 hari melalui tempoh tahanan Pihak Keselamatan Mesir.

Sumber menjelaskan, jumlah aggota JIHAD ISLAMI yang ditahan dalam penjara Mesir meningkat kepada 31 orang, di antara mereka ada yang mengalami kecederaan.

Waktu ini, beberapa lagi pejuang Palestin yang lain juga menerima nasib yang sama. Aiman Naufal, komander KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) antara yang ditangkap tanpa pengadilan. Kini, kesihatan Aiman dilaporkan tidak stabil, menurut sumber.

Berikutan itu, wakil JIHAD yang menyebut kepada agensi berita bahawa Mesir telah menyampaikan secara rasmi kepada gerakan JIHAD ISLAMI, iaitu 'tindakan sebegini akan diubah' setelah pemimpin tertinggi JIHAD ISLAMI, Dr. Ramadhan Shalah dalam satu rancangan televisyen Al-Jazeerah menuduh Pihak Keselamatan Mesir menyiksa pejuang-pejuangnya(ada yang masih cedera) yang ditangkap.

Sementara itu, Nafez Azzam, anggota Biro Politik JIHAD ISLAMI berkata, gerakannya sangat berkeinginan melihat perpaduan penduduk Palestin dengan sokongan dari umat Islam dan Arab terhadap permasalahan Palestin.

Azzam berkata lagi, gerakannya mahukan hubungan yang kuat dengan Mesir serta penuh kepercayaan yang tidak akan terhakis terhadap penduduk Palestin dan permasalahannya dan kami juga tidak boleh lupa pengorbanan yang diberikan oleh Mesir kepada Palestin. Jelasnya, gerakan JIHAD ISLAMI mahu menjaga hubungannya dengan Mesir.

"Kami percaya bahawa kita berdaya menyelesaikan masalah yang penuh dengan rintangan di sana, tambahan pula masalah ini memberikan tamparan yang menyakitkan kepada semua", jelas Nafez Azzam.

19 anggota HAMAS turut diculik

Sumber lain melaporkan kejadian yang sama berlaku di Tebing Barat, iaitu Pihak Keamanan Palestin bawah seliaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dalam usaha mengekang pergerakan HAMAS, telah menculik 19 anggotanya di empat buah Wilayah.

Di Nablus, seramai 15 anggota HAMAS diculik. Dari kalangan yang ditangkap ialah Syeikh Abdul Naseer An-Nubaani, imam masjid yang menjadi mangsa serangan pelampau Israel 2 minggu yang lalu.

Dinyatakan, penculikan di Nablus ini 2 minggu selepas pelampau Israel membakar sebuah masjid di kampung berkenaan. Imam tersebut pula telah dua kali diculik.

Wilayah Ramallah pula, Pihak Keamanan Palestin telah menculik Mehnad Said, Mu'tadil Daghrah, dan Ahmad Daghrah dari kampung Kafr Ain sejak 2 minggu yang lalu.

Tidak terkecuali, seorang anggota HAMAS dari Wilayah Qalqiliah, Luai Furaij Daud yang telah dibebaskan tetapi ditangkap semua setelah Pihak Keamanan Palestin mengepung rumahnya di Perumahan Hayyu Daud. Laui yang dibuang dari Gaza telah diculik sebelum ini oleh Pasukan Keamanan Palestin. Dinyatakan, Luai menerima siksaan ketika disiasat Badan Perisikan.

Selain itu, seorang lagi anggota HAMAS yang diculik Pihak Keamanan Palestin, Abu Jadu dari Mukhayyam Aidah, Wilayah Bet Lehem setelah dipanggil melaporkan diri di Bahagian Keamanan Palestin. Sumber 17/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita Palestine 48

Read more...

Sambutan memperingati Nakbah adalah kewajipan dan hak kami - Gerakan Islam

Semalam, Menteri Kewangan Israel, Yuval Shteinitz meminta supaya beberapa pemimpin Gerakan Islam dalam garisan sempadan 1948 agar digugurkan status warganegara Israel, di antaranya adalah Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam.

Gambar kanan: Syeikh Raed Salah,
Ketua Gerakan Islam, Palestin 1948.

Shteinitz dalam kenyataannya semalam menjawab ucapan Syeikh Raed Salah pada akhir minggu lalu dalam satu perayaan 'tetap pulang' di Kafr Kanna.

"Pembinaan dan penempatan Yahudi di Timur Al-Quds adalah Nakbah(petanda malang) yang baru terhadap penduduk Palestin", ujar Syeikh Raed Salah.

Gambar kiri:
Yuval Shteinitz, Menteri Kewangan Israel.

Shteinitz dari parti Likud(berhaluan kanan) mendakwa ucapan sedemikian adalah 'melanggar sempadan, dan tidak boleh diterima, maaf pun tidak boleh kerana Arab juga ada dalam Negara Israel malah ada beberapa orang Yahudi yang turut mencabar kewujudan dan penubuhan Negara Israel.

Baca juga:

Dalam kenyataannya semalam, Shteinitz menambah bahawa perlu mencari jalan untuk menyekat pergerakan mereka ini(pemimpin Gerakan Islam) sehinggalah status warganegara mereka tergugur kerana menentang penubuhan Negara Israel. Malah tindakan mereka boleh dipersoalkan, adakah orang seperti ini boleh menjadi penduduk dalam Negara ini(Israel)?

Ulasan peguam Zahi Najidat

Zahi Najidat, seorang peguam juga merupakan jurucakap rasmi Gerakan Islam yang mengulas kenyataan Shteinitz itu adalah 'provokasi' terhadap pemimpin Gerakan Islam.

Beliau mengungkapkan bahawa penduduk Palestin telah melalui satu ujian(eksperimen) selama 62 tahun malah banyak memberi pengajaran kepada Palestin dan Palestin tahu bagaimana untuk menegakkan prinsip kami.

"Kami mahu katakan kepada Shteinitz dan konco-konconya bahawa sambutan peringatan Nakbah adalah hak yang wajib ke atas kami dan kami tidak pernah berniat untuk berkompromi mengenai 'hak pulang' dan hak-hak kami yang lain..sama ada kamu telah memahami atau tidak..", tegas Zahi. Sumber 16/05/2010, berita Al-Jazeerah dan 17/05/2010, web rasmi Palestine 48

Pautan lain:

Read more...

Penjajah ceroboh timur Khan Yunus

KHAN YUNUS - Sebilangan jentera perang Israel telah menceroboh masuk ke tanah penduduk Palestin dengan skala terhad di Qararah, timur laut Khan Yunus, Gaza awal pagi tadi.

Menurut agensi berita, 4 buah jentolak yang diiringi 3 buah kereta kebal telah menceroboh ke dalam kawasan tanah penduduk Palestin sejauh 500 meter(0.5km) dari garisan sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah yang dijajah pada tahun 1948.

Sumber menyatakan, penjajah menceroboh timur Khan Yunus melalui pengkalan tentera di sempadan Kissufim-Gaza dengan melaksanakan operasi mengesan dan meratakan tanah. Dalam operasi itu, penjajah turut melepaskan tembakan secara rambang ke arah rumah-rumah yang berpenghuni dan kawasan pertanian.

Dilaporkan, kawasan-kawasan yang bertentangan dengan garisan sempadan, sama ada timur atau utara Gaza sering diceroboh malah dilakukan operasi yang sama dari pihak penjajah. Purata berlaku pencerobohan atau operasi sebegitu boleh dikatakan hampir setiap. Sumber 17/05/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS