Terkini: 3 syahid, 5 cedera sejak awal pagi Rabu
24 Ogos 2011
Jam 07:08 malam, waktu Mesir
Jam 01:08 pagi(25/08/2011), waktu Malaysia
GAZA - Seorang lagi penduduk Palestin di Gaza berusia 20an syahid serta beberapa lagi penduduk menjadi sasaran pengeboman dari pesawat zionis di jalan 'النفق' , bandar Gaza.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menerangkan pemuda terbabit, Atiyyah Mahmud Miqat, 20 telah syahid, manakala beberapa orang penduduk yang lain cedera apabila menjadi sasaran peluru dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu.
Sebagaimana dijelaskan, as-syahid Miqat dibawa ke hospital As-Shifa' dalam keadaan tubuhnya rentung dan cerai-berai. Sedemikian itu, kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengakui bahawa as-syahid adalah salah seorang dari pejuangnya dan berjanji akan membalas pembunuhannya.
Tambahan lagi, sekumpulan penduduk di jalan An-Nazzar, Hayyu Shujaieyah sebelah timur Gaza turut menjadi mangsa serangan terbaru zionis.
Dengan sedemikian, jumlah penduduk Palestin di Gaza yang syahid hari ini akibat serangan zionis sejak awal pagi tadi(Rabu) meningkat ke pada 3 syuhada'(syahid), sementara 5 lagi mengalami kecederaan yang berbeza. Sumber 24/08/2011, web berita Safa.ps