7 grad, 10 hawn gugur di daerah-daerah jajahan
21 Ogos 2011
Jam 06:37 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Radio penjajah menghebahkan bahawa sebanyak 7 serangan roket jenis 'grad' gugur pagi ini di bandar Beer Sheba(بئر السبع), salah satunya menjejaskan bangunan sebuah kelab sukan.
Sumber berkenaan menuduh pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan roket. Salah satu dari serangan roket terbabit mengakibatkan warga zionis tercedera.
Gambar(Ynet): Bumbung bangunan sebuah kelab sukan di Beer Sheba terkena serangan roket.
Sementara itu, kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihaknya melancarkan 3 serangan roket 'grad' ke Beer Sheba dan 4 roket 'grad' ke Ofakim serta 10 peluru mortar 'hawn' ke pos-pos tentera zionis di sebelah selatan Semenanjung Gaza.
Begitu juga dengan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI telah melancarkan 6 serangan roket jenis '107' ke lokasi-lokasi tentera zionis di sebelah utara dan selatan Gaza.
Zionis menggiatkan serangan menggila di Semenanjung Gaza pada 3 hari yang lalu sehingga mengakibatkan 15 penduduk Palestin syahid, manakala yang tercedera melebihi 45 orang, di antaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Sedemikian itu, pejuang-pejuang Palestin bingkas menyerang balas.
Sehingga kini, sayap-sayap tentera utama di Gaza, antaranya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mula menyerang zionis semalam, SARAYA AL-QUDS, diikuti sayap-sayap senjata yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, UNIT AIMAN JUDAH dan KATAIB MUJAHIDEEN yang kerap kali melancarkan serangan ke pelusuk-pelusuk bandar serta daerah-daerah jajahan. Di samping itu, pos-pos dan lokasi tentera zionis turut menjadi sasaran.
Laporan lain, sumber dari Safa berkata, pada pagi tadi bot-bot laju tentera zionis melepaskan tembakan di persisiran pantai Gaza. Berikutan itu, pejuang Palestin melepaskan serangan roket ke arah bot-bot laju zionis.
100 roket sejak Khamis
Berhubung serangan roket, jurucakap tentera zionis, Brig.-Gen. Yoav Mordechai berkata, sungguhpun HAMAS tidak terlibat secara langsung melancarkan roket ke tanah jajahan, namun hal ini tidak boleh menafikan tanggungjawabnya.
Mordechai menegaskan kepada siaran radio pagi ini bahawa tentera zionis tidak teragak-agak meluaskan lagi tentangan dan membalas serangan dengan keras bila mana terdesak demi mempertahankan daerah-daerah Israel.
Sebagaimana yang dinyatakan, sejak hari Khamis yang lalu, sebanyak 100 serangan roket dan peluru mortar telah dilepaskan ke arah tanah jajahan 1948.
Keadaan sedemikian turut diakui tentera zionis dan puluhan ribu warga zionis terpaksa berlindung dalam pusat perlindungan kerana bimbang serangan roket. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Ynetnews.com
0 comments:
Catat Ulasan