الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Haniyeh selar AS bantu kukuhkan penangkis roket Israel

18 Mei 2012


Laporan jam 04:35 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:35 petang, waktu Mesir

GAZA - Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh telah menyelar persetujuan Amerika Syarikat(AS) yang memberi sokongan kewangan bernilai USD70 juta kepada Israel untuk tahun 2012 bagi mengukuhkan keupayaan sistem penangkis roket(Iron Dome).

Beliau menilai, 'perkara ini seolah-olah AS mendorong lagi Israel meneruskan jenayah perang menentang penduduk Palestin, sepatunya, pentadbiran AS perlu bertindak agar membataskan kesan kesengsaraan yang dilalui masyarakat kami sempena memperingati Nakbah(النكبة) dari memberi sokongan ketenteraan kepada Israel'.

Kata Haniyeh menjawab soalan-soalan pihak media ketika menyambut rombongan kemanusiaan 'ANSAR 2' dan 'MILES OF SMILES 12' selepas solat Jumaat, "sudah pasti bantuan ini mengesahkan lagi pentadbiran AS berat sebelah dan menyokong kezaliman ke atas penduduk Palestin."

Beliau menjelaskan bahawa rejim penjajah(Israel) kini berada dalam satu peringkat berundur(keputusan) dan sokongan kepadanya mula lenyap selepas tunduk kepada tuntutan-tuntutan para tahanan Palestin yang mogok lapar, demikian itu, hal ini seiring memperingati Nakbah tahun ke 64. 

Walaubagaimanapun, "kami telah katakan bahawa selama-lamanya kami tidak akan mengiktiraf Israel dan hari ini kami mahu kata bahawa penjajah tidak akan ada masa depan di tanah Palestin," tegas beliau.

Sokongan kewangan dan ketenteraan AS kepada Israel

Sistem penangkis roket(Iron Dome System/القبة الحديدية). Sumber rajah. 
Berhubung kenyataan Perdana Menteri Palestin yang menyelar sokongan ketenteraan kepada Israel, Setiausaha Pertahanan(media Arab menyebut Menteri Pertahanan) pentadbiran AS, Leon Edward Panetta telah memaklumkan kepada rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak dalam pertemuan rasmi pada 17 Mei 2012 di Washington bahawa AS telah bersetuju memberi sokongan bantuan kewangan bernilai USD70 juta kepada Israel untuk tahun 2012 bagi mengukuhkan sistem penangkis roket.

Kaitan berita:

Menurut akhbar ISRAEL TODAY versi hebrew, Panetta telah memaklumkan kepada Menteri Perang Israel semasa lawatan ke Washington buat kali ketiga bahawa dalam tiga bulan lagi, pihaknya akan memperincikan jumlah bantuan per tahun mengikut keperluan.

U.S. Secretary of Defense Leon Panetta (R) 
welcomes Israeli Minister of Defense Ehud Barak (L) 
May 17, 2012 at the Pentagon in Arlington, Virginia. 
Barak met with Panetta to finalize an additional 
$680 million 
in financial aid from the U.S. to acquire 
three or four ordnance batteries and missile 
interceptors for Israel?s missile defense system.
Sumber foto, zimbio.
Akhbar tersebut menukil dari ucapan Panetta dalam pertemuan penutup dengan Ehud Barak di Washington, kata Panetta, "matlamat AS adalah memastikan bajet yang mencukupi kepada Israel setiap tahun dalam masa tiga tahun akan datang demi dapat berterusan meningkatkan pengukuhan sistem penangkis roket serta melindungi warga-warganya dari roket-roket Palestin mahupun yang lain."

Tambah Panetta, "ini sebahagian dari komitmen kami yang utuh sebagai batu besar melindungi keamanan Israel dan nilai bantuan ini sebahagian dari jumlah kira-kira USD 3 bilion yang diperuntukkan setiap tahun untuk Israel."

Demikian itu, Ehud Barak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan AS atas sokongan yang berterusan kepada Israel.

Kata Barak, "sokongan bantuan kepada Israel dalam waktu yang sulit ini amat penting agar membolehkan Israel memiliki lagi artileri bateri sistem penangkis roket, peranannya menguatkan barisan pertahanan dalaman malah menyelamatkan nyawa Israel," ujar Barak seperti dinukil ISRAEL TODAY.

Sebagaimana yang disebutkan, lawatan Ehud Barak ke Washington adalah untuk menetapkan kata akhir berhubung ketetapan Pentagon yang meluluskan penambahan sokongan bantuan ketenteraan kepada Israel mencecah jumlah bernilai USD680 juta, tujuannnya bagi membekalkan tambahan dua artileri bateri baru dari artileri bateri yang sedia ada dalam milikan tentera Israel. Sumber 18/05/2012, web berita Safa.ps [1] dan web berita Paltimes.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS