الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Perisikan Mesir lengahkan ketibaan Kapal Qatar

09 April 2012

Laporan jam 05:31 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:31 petang, waktu Mesir

Sebuah web berita Palestin menukil dari sumber keamanan yang dipercayai bahawa Perisikan Mesir telah menangguh-nangguhkan kebenaran bagi memasukkan bahan api dari kapal Qatar ke Semenanjung Gaza.

Sumber berkenaan berkata, Perisikan Mesir mendakwa Qatar tidak memaklumkan terlebih dahulu untuk menghantar sebuah kapal dengan muatan bahan api ke pelabuhan Mesir sebagai langkah awal membekalkan bahan itu ke Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, Qatar menyangkal dakwaan Perisikan Mesir. Kata Qatar, kapal terbabit telah pun bersiap sedia di pelabuhannya sejak 10 hari yang lalu dengan kapasiti muatan 25 ribu tan bahan api dan tidak memperolehi keizinan dari pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan penghantaran ke Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber ini mendedahkan bahawa seorang pegawai, Nader Al-A'sar selaku pihak yang mengendalikan isu Gaza dalam Badan Perisikan Mesir mempunyai peranan kuat menghalang kapal Qatar.

Seperti yang telah dijelaskan, Qatar terpaksa menggerakkan kapal setelahmana 10 hari menunggu di pelabuhan dan memaklumkan kepada Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza pihaknya bersedia mempersiapkan sebuah kapal lain jika pihak berkuasa Mesir membenarkan laluan.

Sesuai untuk disebutkan, pihak berkuasa Mesir telah berjanji kepada Kerajaan Palestin di Gaza untuk memudahkan prosedur kemasukan bahan api yang datang dari Qatar ke Gaza, malah akan menghadang mana-mana tentangan dari pihak luar.

Qatar sumbang bahan api

Berhubung krisis bahan api dan elektrik di Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dalam laporan PALTIMES pada 02/04/2012 telah mengumumkan bahawa Qatar telah menyumbang kapasiti besar bahan api yang mampu menghidupkan stesen janakuasa elektrik selama dua bulan di Semenanjung Gaza.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 02/04/2012 sebaik sahaja melawat Hana El-Shalaby merupakan seorang tahanan Palestin yang diusir ke Gaza, kata Haniyeh, "muatan bahan api dalam kapasiti besar ini dibawa melalui kapal Qatar yang nilanya berjumlah USD30 juta," sambil menjelaskan, usaha ini adalah langkah pertama Arab menyalurkan bahan api yang diperlukan oleh Semenanjung Gaza.

Beliau mewakili rakyat Palestin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada negara Qatar, di samping itu, beliau meminta kesemua negara Arab agar meneladani Qatar untuk membekalkan Semenanjung Gaza dengan bahan api yang diperlukan dan secara khususnya permintaan ini ditujukan kepada negara Algeria.

Ismail Haniyeh mengungkapkan harapannya agar Algeria boleh memberikan keputusan terdekat bagi membekalkan Semenanjung Gaza dengan bahan api. Selain itu, laporan pada 02/04/2012 menyebut delegasi Kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Muhammad Audh mengadakan pertemuan dan sesi dialog di Kaherah bagi menyelesaikan isu krisis bahan api. Jelas lagi, hasil dialog akan memberikan keputusan seberapa segera dalam waktu terdekat. Sumber 09/04/2012, web berita Paltimes.net dan 02/04/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Zionis ceroboh tiga lokasi di Semenanjung Gaza

Laporan jam 07:56 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:56 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Kejadian yang berlaku pagi ini, lebih 28 buah jentera perang rejim zionis terdiri daripada jentolak dan kereta kebal telah menceroboh tiga lokasi berasingan di Semenanjung Gaza.

Peta Semenanjung Gaza

Timur Khan Younis


Penyampai berita SAFA melaporkan bahawa empat buah kereta kebal mengiringi enam buah jentolak dilihat keluar dari pintu gerbang أبو ريدة menghala ke arah timur daerah Khuza'ah, timur Khan Younis. Dalam kejadian ini, jentera perang rejim zionis menceroboh sejauh 250 meter ke dalam tanah Semenanjung Gaza, kemudian jentolak zionis meratakan tanah-tanah pertanian secara meluas di kawasan yang diceroboh.

Jelas saksi, sewaktu menceroboh, tentera rejim zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan dan turut melepaskan tembakan meriam ke arah tanah lapang di timur Qarara. Di samping itu, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang melakukan tinjauan pada aras ketinggian biasa.

Rafah, selatan Semenanjung Gaza

Kejadian di timur Hayyu An-Nahdhah, Rafah, sebanyak tiga buah kereta kebal dilihat bergerak mengiringi empat buah jentolak keluar dari pintu gerbang أبو المطبق, lalu menjalankan operasi mengesan di luar garisan pemisah.

El-Buraij, Gaza Tengah

Seiring pencerobohan zionis di dua lokasi tersebut, sebanyak tujuh buah jentolak dan empat buah kereta kebal keluar pula dari pos kawalan tentera zionis yang dilengkapi CCTV(televisyen litar tertutup) menuju ke sebelah timur Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah sambil melepaskan tembakan. Sumber 09/04/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS