الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tempur sengit ABU ALI dengan unit khas zionis

02 Januari 2011

GAZA - Menurut pengumuman dari sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN iaitu KATAIB ABU ALI MUSTAFA, pihaknya telah berjaya menghadang kemaraan unit khas zionis malam ini berhampiran pintu gerbang Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________
Catatan masa:

Jam 11.27 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI hadang unit khas tentera zionis.

Jam 11.31 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI sahkan pihaknya mencederakan seorang tentera zionis di Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________

Hal tersebut dinyatakan dalam satu laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', ABU ALI menyatakan, ketika pertempuran sengit meletus di lokasi berkenaan, pejuang-pejuangnya telah mencederakan seorang tentera zionis, lantas memaksa tentera zionis memanggil logistik sokongan, iaitu helikopter perang apache.

Tambah ABU ALI, pejuangnya dalam misi yang lain telah mensasarkan sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di timur kawasan Abu Al-'Ujain, Khan Yunus. Dinyatakan, ABU ALI melancarkan dua serangan peluru mortar 80mm ke atas pos tersebut.

"Kami berjanji kepada rakyat Palestin bahawa pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanahair dan penduduk Palestin," tegas ABU ALI yang sentiasa berpegang dengan penentangan ke atas jenayah yang dilakukan zionis, malah akan membalas serangan penjajah. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Kapal bantuan CARAVAN ASIA dalam perjalanan ke 'Arish

Laporan asal jam 05.00 petang, Mesir/Palestin

KAHERAH - Beberapa jam yang lalu, laluan kapal yang membawa barang-barang bantuan dari konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA telah dipintas tentera laut zionis. Bagaimanapun, situasi pelayaran kapal CARAVAN selamat.
_________________________________________________________
Baca lagi:

Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'

_________________________________________________________

Sumber dari Gaza yang dihubungi(Jam 04.36 petang, waktu Mesir/Palestin) menjelaskan, kapal bantuan masih dalam pelayaran menuju ke pelabuhan El-'Arish, Mesir.

Berhubung hadangan dari zionis, sumber berkata, memang kapal dihadang tentera laut zionis tetapi tidak ada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurut sumber, mereka akan menyambut konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA sebaik sahaja tiba di Gaza. Agensi

Read more...

Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'

Laporan asal jam 01.24 petang, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Menurut sumber, tentera laut zionis telah menghadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' yang dalam perjalanan ke pelabuhan El-'Arish, Mesir, pagi tadi.

Menurut web berita pertubuhan yang menguruskan konvoi bahawa tentera laut zionis telah memintas laluan kapal serta menghubungi kapten kapal. Dinyatakan, tentera laut zionis mendesak kapten kapal agar memberikan nama-nama relawan dan maklumat mengenai barang-barang bantuan.

Sementara itu, web agensi berita 'farsnews' Iran versi Arab yang menyatakan hanya lapan relawan sahaja di atas kapal.

Jelas 'farsnews' tentera laut zionis meminta senarai nama relawan yang dijadualkan berlepas ke El-'Arish melalui udara.
_________________________________________________________
Baca lagi:

البحرية الصهيونية تعترض سفينة السلام وتطلب معلوماتٍ عن أعضاء "قافلة آسيا 1
_________________________________________________________

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pematah Sekatan Penyambut Delegasi di Gaza, Ahmad Yusoff mengesahkan bahawa talian komunikasi dengan jawatankuasa konvoi CARAVAN terputus.

Seperti yang dijadualkan, majoriti besar relawan yang menyertai CARAVAN ASIA TO GAZA akan tiba di Lapangan Terbang El-'Arish tengahari ini.

Ahmad Yusof menjelaskan lagi kepada agensi berita 'Safa' bahawa beliau menjangkakan hanya sebilangan kecil sahaja relawan yang mengiringi kapal membawa bantuan. Tambah beliau, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat dari konvoi CARAVAN mengenai nasib mereka.

Semalam, kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA telah berlepas dari pelabuhan Latakia, Syria dalam pelayarannya menuju ke Gaza melalui pelabuhan El-'Arish di Mesir, kemudian ke Rafah dan seterusnya memasuki Semenanjung Gaza.

Kordinator konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA di Syria, Yusof Abbas menjelaskan barang-barang bantuan yang dibawa dalam lingkungan 1000 tan, itu meliputi bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan selebihnya empat buah ambulan. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps dan pautan ringkas berita Al-Jazeerah

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(7)

2 Januari 2009
HARI KE-7: SERANGAN ISRAEL DI GAZA
_______________________________________

kronologi sebelum ini:

1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)
3. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 433 orang
Cadera, termasuk kritikal: 2280 orang

- Israel membenarkan warga asing yang berada di Gaza keluar dari Gaza melalui sempadan(perlintasan) Erez, utara Semenanjung Gaza.

Peta(wikipedia): Kedudukan Semenanjung Gaza.

- Menurut sumber, setakat ini 300 warga asing termasuk suami-isteri berwarganegara Palestin telah keluar dari Gaza.

- Menurut sumber, tindakan Israel ini adalah bagi memulihkan pandangan umum terhadapnya malah sebagai usaha untuk menekan HAMAS agar menerima 'gencatan senjata' berdasarkan syarat-syaratnya.

- Bagaimanapun, HAMAS hingga saat ini menyatakan tidak akan mengangkat bendera putih bahkan akan meluaskan serangan roket ke Israel.

Israel menyerang

- Israel melancarkan lagi 4 serangan di Gaza.

Gambar: Salah satu serangan Israel di Gaza.

- Satu serangan Israel ke atas sebuah rumah di pertengahan bandar Gaza yang tidak diketahui motif serangan.

- Serangan yang lain ke kawasan terbuka namun tiada kecederaan dinyatakan.

- Juga serangan Israel di Timur Gaza, bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

- Selain itu, Israel juga menyerang Jabaliyah. Dinyatakan masjid Khulafa' Ar-Rasyidin hancur teruk akibat pengeboman Israel.

Bantuan kemanusiaan

- Bantuan-bantuan untuk penduduk Gaza dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dan sempadan(perlintasan) 'Aujah, Israel.

Pejuang Palestin balas serangan

- Menurut sumber, awal pagi tadi pejuang-pejuang Palestin telah menyerang Israel dengan serangan roket. KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah melancarkan 3 serangan roket jenis grad ke sebuah bandar kecil Israel, Majedal. Menurut sumber, 5 penduduk Israel parah akibat serangan roket grad.

- Sementara itu, AL-QASSAM turut menyerang Askalan dengan 5 roket buatan tempatan.


- KATAIB AIMAN JUDAH pula melancarkan 2 serangan roket ke Sderot, manakala JAISHUL UMMAH turut mengebom sebuah tempat di Sderot dengan satu serangan roket.

Selain itu, KATAIB SYUHADA AL-AQSA juga mengebom sebuah tempat di Israel dengan roketnya.


- Jurucakap HAMAS, Ismail Ridhwan: Serangan-serangan Israel telah membuka peluang bagi pejuang Palestin membalas permusuhan Israel terhadap Palestin. Tambah beliau, 'amaliat istishadiah' operasi meletupkan tubuh juga menjadi pilihan.

- HAMAS meminta pejuang Palestin terutamanya AL-QASSAM agar menghancurkan kepentingan Israel yang berbentuk logistik ketenteraan dan lokasi-lokasi tentera.


- 2 lagi penduduk Israel parah dalam serangan roket pejuang Palestin ke beberapa tempat di Israel pagi tadi.


Propaganda dan kontroversi Israel

- Pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza.

- Sumber menyatakan, memo dipercayai telah teredar dari udara melalui pesawat pengintip.

- Memo tersebut khas untuk penduduk Gaza. Kandungan memo meminta penduduk Gaza mengosongkan rumah malah disertakan nombor telefon berserta emel yang bertujuan meminta penduduk Gaza memberikan maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin dan tempat serangan roket dilancarkan.

Bantahan penduduk dunia

- Taliban di Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas zionis ke atas penduduk Gaza.

- Badna bebas, Persatuan Pelajar di Algeria mengajak semua penduduk di sana menyertai perhimpunan bagi menunjuk perasaan.

- Tunjuk perasaan di Bandar Al-Quds selepas solat jumaat.

- Berpuluh-puluh pemuda Palestin bertempur dengan tentera penakluk Israel di Tebing Barat.

- Menurut sumber pemuda-pemuda Palestin yang bersenjatakan batu memunggal batu ke arah pasukan tentera Israel.

- Di Ramallah, para penunjuk perasaan(penduduk Palestin) menyatakan simpati terhadap Gaza kerana Israel menyerang tanpa henti. Berikutan serangan, telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk Palestin di Tebing Barat.

- Parti-parti politik pelbagai haluan mengikuti tunjuk perasaan tersebut. Antaranya pemimpin dari HAMAS, FATAH, JIHAD ISLAMI dan lain-lain lagi.

- Beberapa masjid di Mesir terutamanya di Kaherah turut mengadakan tunjuk perasaan sebaik sahaja selepas para jemaaah menunaikan solat jumaat. Israel dikecam.

- Demontrasi dan tunjuk perasaan 'simpati terhadap Gaza' di beberapa buah Negara di dunia sepanjang serangan Israel di Gaza.

- Antaranya, China, Rusia, Norway, Sweden, Indonesia, Malaysia, Filipina, Australia, Lubnan, Syria, Maghribi, Mesir, Yaman, Mauritania, Sudan, Qatar, Amerika Latin, Jerman, Britain dan lain-lain lagi. Malah NGO-NGO Islam dan NGO antarabangsa turut memberi kecaman dan kutukan terhadap Israel.

- Kempen dunia membantu Gaza: Tidak perlu mengadakan sebarang perbincangan dan apa jua bentuk hubungan dengan Israel.

Rundingan dan diplomasi politik

- Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam kenyataannya yang terkini, meminta Israel hentikan segera serangannya di Gaza. Beliau juga meminta Palestin di Gaza terlebih dahulu menghentikan serangan roket ke Israel dan berpegang dengan gencatan senjata.

- Terdahulu, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan bila Palestin di Gaza(HAMAS) menerima gencatan senjata, maka serangan Israel juga dihentikan.

- Presiden Mubarak ketika mengulas tentang sempadan Rafah Gaza, katanya sempadan Rafah Gaza adalah di bawah jajahan Israel. Maka selagimana di bawah jajahannya, setiap keluar masuk melalui Rafah Gaza juga diawasi Israel.

- Bagaimanapun, Usamah Hamdan(HAMAS) menyatakan amat terkejut apabila mendengar kenyataan dari Presiden Mubarak. Jelas Usamah, penduduk Palestin Gaza di bawah kesengsaraan dan tekanan bahkan memerlukan bantuan dari Mesir, bagaimana pula saudara di Mesir boleh berkata sedemikian.

Read more...

2 cedera dalam serangan awal 2011 di Gaza

Laporan asal jam 01.47 pagi, waktu Palestin/Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Kejadian awal pagi ini yang merupakan serangan awal zionis tahun 2011 di Gaza telah mensasarkan dua lokasi berlainan; pertengahan dan utara Gaza. Dilaporkan, jentera perang udara zionis melancarkan 2 serangan yang mengakibatkan 2 penduduk Gaza cedera.

Pemberita 'Safa' dan laporan Al-Jazeerah berkata, helikopter 'apache' tentera zionis telah mengebom sebuah rumah di akhir jalan 'الدعوة' yang berhampiran dengan Mukhayyam Nuseirat(kem pelarian Palestin), pertengahan Gaza.
_______________________________________________
Serangan pertama:

Jam 01.44 pagi, Palestin/Mesir: Helikopter 'apache' zionis mengebom sebuah kawasan tanah lapang di Nuseirat, pertengahan Gaza.
_______________________________________________

Serangan tersebut mengakibatkan seorang penduduk yang berusia 22 tahun cedera.

Dijelaskan lagi, pihak pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian setelah kebakaran besar meledak berlaku dalam serangan terbabit.

Seiring dengan serangan di pertengahan Gaza, pesawat tempur zionis 'F-16' pula mengebom sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berhampiran pusingan jalan 'زمو', timur Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza.
_______________________________________________
Serangan kedua:

Jam 01.56 pagi, waktu Palestin/Mesir: Sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM dibom pesawat F-16 zionis di Jabaliyah, utara Gaza.
_______________________________________________

Jelas pemberita, serangan terbabit mengakibatkan seorang penduduk mengalami cedera yang disifatkan ringan, namun lokasi tentera HAMAS rosak teruk di samping beberapa buah rumah yang berjiran turut berlaku kerosakan.

Berhubung mangsa serangan zionis, jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, mangsa dalam serangan pertama di Nuseirat telah dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa, Der Balah untuk rawatan. Dinyatakan, mangsa cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan letupan dalam serangan zionis.
_______________________________________________
Kenyataan Bantuan Cemas:

Jam 02.39 pagi, waktu Palestin/Mesir: Seorang lagi mangsa yang cedera dalam pengeboman zionis di Jabaliyah.
_______________________________________________

Beliau menyatakan lagi dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', seorang lagi mangsa dalam serangan zionis kedua di Jabaliya juga telah dibawa ke hospital Kamal Udwan bagi menerima rawatan. Kecederaan yang dialami mangsa tersebut diklasifikasikan cedera ringan.

Serangan udara yang dilancarkan oleh zionis pagi ini menimbulkan ketakutan dan kerisauan di kalangan kanak-kanak dan wanita. Lagi membimbangkan, serangan ini adalah yang pertama bagi tahun baru, 2011. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps, web berita maannews.net dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS