الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Hadang tentera zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadang tentera zionis. Papar semua catatan

Pejuang hadang pencerobohan tentera zionis di El-Maghazi

01 Ogos 2012


GAZA TENGAH, 01 Ogos - Tentera rejim zionis (penjajah/Israel) telah mengakui bahawa kereta kebalnya yang menceroboh Gaza di El-Maghazi pada pagi Rabu, 01/08/2012 telah diserang dengan peluru anti-perisai.

Radio Israel versi hebrew pula mendedahkan tentera-tentera-tentera zionis menghadapi tentangan dan tembakan dari senjata ringan. Dakwa radio itu lagi, tiada sebarang kecederaan mahupun jentera yang terjejas teruk.

Sumber dari radio Israel dalam siarannya meyakini sistem peranti anti peluru yang dipasang pada kereta kebal telah berjaya menangkis peluru anti-perisai.

Pada pagi Rabu, agensi berita Palestin (PALTIMES dan SAFA) melaporkan beberapa buah jentera perang zionis menceroboh secara terbatas dari arah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah.

Menukil dari halaman facebook Mini-Pavilion(MAP) sejam yang lalu, pejuang Palestin melepaskan beberapa butir peluru mortar hawn ke arah jentera perang zionis yang menceroboh.

Berita lain:
[Klip] Serangan sengit ke atas Masjid Al-Aqsa

Berita-berita ringkas, sila ikuti di halaman facebook Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP).

Read more...

Tempur sengit ABU ALI dengan unit khas zionis

02 Januari 2011

GAZA - Menurut pengumuman dari sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN iaitu KATAIB ABU ALI MUSTAFA, pihaknya telah berjaya menghadang kemaraan unit khas zionis malam ini berhampiran pintu gerbang Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________
Catatan masa:

Jam 11.27 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI hadang unit khas tentera zionis.

Jam 11.31 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI sahkan pihaknya mencederakan seorang tentera zionis di Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________

Hal tersebut dinyatakan dalam satu laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', ABU ALI menyatakan, ketika pertempuran sengit meletus di lokasi berkenaan, pejuang-pejuangnya telah mencederakan seorang tentera zionis, lantas memaksa tentera zionis memanggil logistik sokongan, iaitu helikopter perang apache.

Tambah ABU ALI, pejuangnya dalam misi yang lain telah mensasarkan sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di timur kawasan Abu Al-'Ujain, Khan Yunus. Dinyatakan, ABU ALI melancarkan dua serangan peluru mortar 80mm ke atas pos tersebut.

"Kami berjanji kepada rakyat Palestin bahawa pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanahair dan penduduk Palestin," tegas ABU ALI yang sentiasa berpegang dengan penentangan ke atas jenayah yang dilakukan zionis, malah akan membalas serangan penjajah. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Pejuang AL-QUDS hadang kemaraan unit khas zionis

16 November 2010

GAZA - Kumpulan pejuang Palestin, SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengumumkan pejuangnya bertanggungjawab menghadang sebuah unit khas tentera zionis yang melepasi masuk di timur Qararah, timur laut Khan Yunus, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Kenyataan rasmi SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "pada jam 2.30 awal pagi tadi, sebuah unit dari kumpulan pejuang SARAYA berdaya menghadang kemaraan sebuah unit khas tentera zionis yang masuk ke Qararah melalui pos tentera Kissufim."

Gambar(Safa): Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS.

"Tentera zionis yang mara telah dihadang dengan tembakan senjata berat, machine-gun dan pelancar roket 'hawn', lantas, beberapa orang tentera zionis telah tercedera dalam pertempuran sengit yang meletus lebih dari 15 minit. Ketika bertempur, kedudukan antara pejuang dengan tentera zionis hanyalah beberapa meter sahaja, kemudian zionis berundur ke pos kawalan Kissufim setelah bertempur,"
ujar SARAYA mengesahkan kejadian.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS menegaskan pihak pejuang berhak menghadang sebarang tentangan ke atas penduduk Palestin malah telah lama jalan memiliha jalan penentangan dan jihad sehinggalah terbebasnya keseluruhan tanah-tanah Palestin. Sumber 16/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

50 tentera rejim zionis serbu timur Gaza

29 Ogos 2010

GAZA - Tiga pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengalami kecederaan dalam satu pertempuran dengan tentera rejim zionis semalam di timur Mukhayyam El-Buraij, pertengahan Semenanjung Gaza.

Gambar: Logo gerakan JIHAD ISLAMI PALESTIN.

Pemberita dari agensi 'Safa' melaporkan bahawa pertempuran itu meletus setelah unit tentera dari SARAYA AL-QUDS menghadang satu batalion tentera unit khas rejim zionis yang melepasi masuk ke sebahagian kawasan Mukhayyam berkenaan, iaitu di kawasan An-Nabhain dan Abu Khusah.

Safa menukilkan laporan dari sumber perubatan menyebut tiga pejuang Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan, pertengahan dan luka ringan.

Peta(arkib): Di sebelah adalah peta Semenanjung Gaza. Bulatan merah adalah lokasi berlakunya pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis semalam.

Kejadian tersebut turut disahkan oleh seorang pejuang dari unit tentera SARAYA AL-QUDS yang dikenali Abu Islam kepaa agensi berita 'Safa' bahawa sekumpulan dari unit tenteranya memasang peledak di check-point laluan tentera zionis. Tanpa disangka satu batalion tentera rejim zionis dalam lingkungan 50 orang tentera muncul secara mengejut dalam jarak 100 meter memasuki ke timur El-Buraij yang diiringi beberapa buah jip tentera.

Abu Islam turut menyatakan bahawa beberapa buah pesawat zionis tanpa pemandu menyokong pergerakan tentera zionis dari udara serta membuat tinjauan secara kerap. Berikutan itu pejuang SARAYA AL-QUDS terpaksa berundur ke kawasan yang agak selamat berikutan khuatir menjadi sasaran serangan pesawat tanpa pemandu yang bertindak bila-bila masa jika dapat mengesan sebarang pergerakan pejuang-pejuang.

Tambah Abu Islam lagi, ketika unit tentera SARAYA AL-QUDS berundur, tentera-tentera zionis yang berpengkalan sementara di kawasan berkenaan melepaskan tembakan secara membabi-buta ke arah lokasi pejuang Palestin berada, sekaligus mengakibatkan tiga pejuang cedera di bahagian kaki.
Gambar(arkib): Pejuang SARAYA AL-QUDS ketika mengadakan kawalan di kawasan yang sering diceroboh masuk tentera rejim zionis. Gambar ini ketika perang al-Furqan pada awal 2009.

Ketiga-tiga pejuang yang cedera berjaya dipindahkan dari kawasan kejadian setelah tentera zionis berundur dan kembali masuk ke pos kawalan tentera yang terbesar, Kissufim. Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang Palestin terselamat dari tembakan rambang dan diakui hal yang menimpa mereka adalah luarbiasa. Sumber 29/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS