Penjajah tangkap ahli parlimen, pemberita, NGO dan bekas tahanan
28 Jun 2011
Jam 04:21 pagi, Mesir
NABLUS - Tentera rejim penjajah melancarkan siri penangkapan awal pagi ini ke atas beberapa aktivis Palestin di Nablus dan Sulfit di Tebing Barat.
Menurut pemberita agensi berita Safa, sepasukan tentera rejim penjajah dalam misinya itu telah menangkap seorang dari ahli parlimen yang mewakili gerakan HAMAS, dan seorang pemberita, aktivis NGO(non-governmental organization) serta seorang bekas tahanan.
Safa menjelaskan, tentera penjajah merempuh masuk ke dalam rumah Naseer Abdul Jawwad, ahli parlimen HAMAS di Sulfit selepas menjelang waktu tengah malam. Kemudian, beliau ditangkap.
Seorang pemberita dari kampung Kafr Qalil berhampiran Nablus yang turut ditangkap merupakan pengarah program rancangan Al-Quds Online, Nawaf Al-Amir. Beliau ditangkap setelahmana rumahnya dirempuh masuk tentera penjajah.
Dalam misi yang sama, penjajah menangkap lagi seorang pengerusi Pusat Penyelidikan Tahanan-tahanan Ahrar, Fuad Al-Qafsh setelah rumahnya yang terletak di kampung Marda, Sulfit dirempuh masuk oleh penjajah. Begitu juga, seorang bekas tahanan yang telah dibebaskan, Firas Jarar berasal dari Nablus ditangkap selepas rumahnya dirempuh masuk tentera penjajah.
Jarar merupakan bekas tahanan yang telah dibebaskan dari penjara pernah meringkuk selama lebih 16 tahun dalam penjara zionis. Sumber 28/06/2011, web berita Safa.ps