Gaza diserang malam tadi dan awal pagi ini
19 Februari 2012
Menurut wartawan agensi berita SAFA berkata, serangan pertama, pesawat zionis menyasarkan sebuah bengkel besi milik keluarga 'Asyur' berdekatan kilang As-Sattar di Hayyu Zaitun sebelah timur bandar Gaza. Berikutan serangan, seorang penduduk Palestin mengalami luka ringan.
Selepas serangan, menurut saksi, pesawat-pesawat tempur, helikopter Apache dan pesawat pengintip tanpa pemandu zionis terus ligat berkeliaran di ruang udara Semenanjung Gaza.
Tambah SAFA, serangan seterusnya pada awal pagi ini(Ahad, 19/02/2012), pesawat tempur zionis melepaskan empat peluru misil ke atas sebuah lokasi pejuang 'رعد' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di Hayyu At-Tuffah sebelah timur bandar Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan ini.
> 3 roket ke tanah jajahan, zionis bedil Gaza Tengah
> Empat cedera zionis serang bandar Gaza dan Gaza Tengah
Penyampai berita SAFA menjelaskan lagi, serangan peluru misil keempat yang dilepaskan pesawat zionis di Hayyu At-Tuffah telah mengenai sebuah rumah awam, lantas menyebabkan pemilik rumah, Ahmad Az-Zaharanah serta isteri dan dua anaknya, kanak-kanak lelaki dan perempuan mengalami kecederaan. Mangsa-mangsa serangan telahpun dibawa ke hospital.
Sebelum ini, tentera rejim zionis telah memberikan beberapa ancaman berupa janji untuk menyasarkan Semenanjung Gaza sebagai sasaran serangannya. Sumber 19/02/2012, web berita Safa.ps, dan 18/02/2012, web berita Paltimes.net dan Maannews.net