3 roket ke tanah jajahan, zionis bedil Gaza Tengah
17 Februari 2012
Jam 08:03 malam, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Sumber Israel melalui web berita HAARETZ versi hebrew melaporkan bahawa dua roket Palestin buatan tempatan gugur pada petang tadi(Jumaat, 17/02/2012) di kawasan bandar Ashkelon(عسقلان), selatan tanah jajahan 1948.
Dakwa HAARETZ, letupan dua roket berkenaan tidak menjejaskan nyawa mahupun kerosakan harta benda.
Sebentar selepas serangan itu, rejim zionis mengumumkan pula satu lagi serangan roket yang baru gugur di kawasan penempatan Israel, 'Eshkol'. Serangan tersebut turut disebut dari sumber YNET, jelas lagi, roket yang gugur ini tidak mengakibatkan kecederaan dan merosakkan harta benda.
Pada waktu yang sama, kereta kebal zionis melepaskan dua tembakan meriam ke arah tanah pertanian di sebelah timur Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah.
Menurut agensi berita SAFA, tiada penduduk Palestin yang cedera dalam pengeboman setelahmana seorang penduduk terselamat sewaktu kejadian, pada waktu kejadian, dia sedang memandu kereta berdekatan kawasan pertanian.
Menukil dari web berita PALTIMES, pihak perubatan turut mengesahkan pengeboman zionis di kawasan lapang sambil mengingatkan penduduk agar tidak menghampiri lokasi-lokasi yang dibom.
SAFA menjelaskan lagi bahawa dua bedilan peluru meriam itu gugur hanya 30 meter dari kedudukan kereta berkenaan. Sumber 17/02/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
0 comments:
Catat Ulasan