الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Anugerah foto komando tentera laut zionis

30 Mac 2011

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Yedioth Ahronoth, 29/03/2011]

Oleh: Aviel Magnezi

Gambar(bawah) yang menunjukkan seorang komando tentera laut diterkam ketika di atas kapal Marmara telah memenangi anugerah foto-kewartawanan Turki setelahmana laman berita menggunakan imej yang sukar kepada pembaca dalam ruangan teka-teki.

Anugerah foto-kewartawanan gaya Turki yang dianjurkan oleh Persatuan foto kewartawanan Turki dimenangi foto berkenaan, sekaligus menyandang Anugerah Foto Turki 2010 dalam kategori berita.

Sembilan orang warga Turki telah dibunuh di atas kapal Turki ketika dalam pelayaran ke Semenanjung Gaza. Pembunuhan yang dilakukan pasukan IDF tentera laut zionis, dikatakan, kejadian itu berlaku setelah IDF menghadapi tentangan hebat daripada ‘aktivis keamanan’ yang mempunyai pelbagai senjata.

Laman web terkemuka di Turki, Miliyet telah menggunakan imej sukar untuk memberikan teka-teki kepada pengunjungnya. Gambar yang menunjukkan seorang tentera IDF yang dibelasah teruk pada wajahnya dengan kepala berlumuran darah, sementara tiga orang penumpang Marmara yang lain sedang bergelut dengannya.

Gambar berkenaan telah diambil oleh seorang jurugambar Turki. Salinan itu telah disembunyikan dalam poket, kemudian salinan tersebut telah berjaya diseludup keluar dari Israel.

Berhubung foto berkenaan, media Turki tidak mengaburkan sedikitpun kesan darah atau wajah sebenar tentera Israel itu.

Gambar-gambar yang menyandang anugerah tersebut dipilih daripada 1,632 gambar dalam kategori berbeza. Hadiah akan disampaikan pada hujung bulan yang akan disertai speaker Parlimen Turki, Jabatan Perdana Menteri dan barisan ahli parlimen yang bakal hadir.

Sinopsis kejadian, komander tentera laut Israel 'Shayetet 13' telah menyerang dan merampas Marmara pada 31 Mei tahun lalu selepas kapal terbabit melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza. Dakwa Israel lagi, di kalangan aktivis keamanan, terdapat anggota kebajikan IHH bertindak ganas menyerang hendap komander tentera laut.
________________________________________________
Pautan lain:

Turki rancang armada baru 15 buah kapal ke Gaza ________________________________________________

Beberapa anggota komander tentera laut telah diserang dan diculik ke dalam kapal. Keganasan yang tidak disangka-sangka itu telah memaksa komander-komander untuk menghidupkan api yang telah membunuh Sembilan orang aktivis keamanan. Tambahan MAP, mengikut pengakuan beberapa aktivis keamanan, termasuk Hanin Zoabi, anggota parlimen Knesset Israel yang merupakan Palestin 1948, menyatakan, tentera laut Israel yang bertindak kasar terlebih dahulu ke atas aktivis keamanan yang sedang mengawal kapal dari dirampas.

Selepas seminggu kejadian, media Turki menyiarkan gambar-gambar tentera laut Israel yang berlumuran darah akibat dipukul. Sumber 29/03/2011, web berita ynet

Read more...

Israel ancam jika PBB mengiktiraf negara Palestin

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 29/03/2011]

Kementerian Luar Negara mengarahkan wakilnya di 30 buah negara untuk menghantar 'protes diplomatik' dan mengetuai PBB serta menjalankan cadangan mereka dalam pemilihan pada bulan September di Perhimpunan Agung.

Oleh: Barak Ravid

Minggu lepas, Israel memberitahu kepada 15 ahli Majlis Keselamatan PBB serta beberapa negara-negara utama Kesatuan Eropah, bahawa jika Palestin(Palestinian Authority: PA) tetap dalam usahanya untuk mendapatkan pengakuan pada bulan September sebagai sebuah negara mengikut sempadan tahun 1967, Israel akan bertindak balas terhadap pengakuan tersebut.

Pengawai Tinggi Kementerian Luar Negara berkata, Pengarah Pegawai Umum Kementerian, Rafael Barak, menghantar lebih 30 orang dari wakil kedutaan Israel dan mengarahkan mereka untuk mengajukan protes diplomatik di peringkat tertinggi agar Palestin tidak mendapat pengiktirafan.

Pengawai Diplomatik Israel menyampaikan mesej bahawa sokongan untuk pengakuan antarabangsa, terutama dari sebahagian besar ahli Kesatuan Eropah, mendorong Palestin untuk melupakan rundingan dengan Israel dan bergerak lebih cepat ke arah pengiktirafan PBB kepada Palestin sebagai sebuah negara. Diplomat Israel menekankan bahawa langkah tersebut melanggar Perjanjian Oslo dan tidak akan menyebabkan wujudnya negara Palestin walaupun Perhimpunan Agung memberi pengiktirafan, dan ini boleh menyebabkan berlaku kekerasan di sana.

Diplomat Eropah telah mengesahkan kepada Haaretz bahawa mesej tersebut disampaikan beberapa hari lalu. Seorang diplomat berkata, negaranya tidak memandang serius ketika ditanya apakah langkah-langkah yang akan Israel ambil. Dan diplomat dari negara Eropah, mengatakan mereka buntu terhadap rundingan di saat ini.

Sumber Kementerian Luar Negara mengatakan belum ada keputusan yang diambil pada masa sekarang sejak Israel mula memberi respon terhadap pengiktirafan negara Palestin, dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu belum lagi membuat perbincangan sebagai tindakan susulan utama sepertimana respon pada peringkat formal antara rakan-rakan kabinetnya.

Idea ini telah diperakui oleh kumpulan sayap kanan spektrum politik dalam beberapa minggu yang lalu, menunjukkan, misalnya, bahawa kemungkinan undang-undang Israel akan dilaksanakan di Tebing Barat.

Isu bulan September ini dijangka menjadi penting kerana beberapa alasan.

September lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengatakan dalam Perhimpunan Agung bahawa beliau ingin melihat negara Palestin menjadi anggota PBB dalam masa satu tahun lagi.

Selain itu, Israel dan Palestin telah sepakat bahawa perundingan mereka pada 2hb September lalu di Washington akan berlangsung selama sekitar satu tahun.

Ketiga, program yang dicanang Salam Fayyad(Perdana Menteri Palestin Ramallah) mendirikan institusi(agensi-agensi Kerajaan) bagi negara Palestin pada masa depan seperti yang tersiar dalam facebook telah dihentikan.

Pada hari Ahad lepas, Presiden Palestin Mahmoud Abbas bertemu bekas ahli Knesset, Beilin Yossi di Ramallah. Abbas mengatakan bahawa Palestin tidak akan terlibat dalam rundingan dengan Israel selepas September. Sumber-sumber pemimpin veteran Palestin menambah, bahawa jika mengadakan semula rundingan sebelum September dan menghasilkan kemajuan, Palestin bersedia untuk menangguhkan usaha-usaha demi mendapatkan pengiktirafan PBB berhubung hak kenegaraan.

Abbas mengatakan kepada Beilin bahawa kemungkinan akan berlaku untuk terlibat dalam tiga bulan rundingan dalam usaha mencapai kemajuan sebelum September, tapi Netanyahu harus membekukan pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat selama tempoh itu.

Pemimpin PA menambah bahawa Palestin tidak akan lagi bertindak kasar secara terhadap Israel, tapi dengan isyarat menunjukkan kemungkinan Abbas berundur atau berlaku pergolakan dalam PA, seraya itu, Beilin memberitahu bahawa tidak ada 'Oktober 2011 dalam jadualnya'.

Di saat ini tiada hubungan rasmi antara wakil Netanyahu dan penasihat Abbas, dan Netanyahu tampaknya telah berundur dari niatnya untuk menyampaikan ucapan dasar utama bagi memulakan proses perdamaian. Sumber 29/03/2011, web berita haaretz.com

Read more...

Zionis lancar 2 serangan udara di Gaza

Seorang pejuang Palestin dari gerakan JIHAD ISLAMI syahid, manakala seorang lagi mengalami luka parah akibat terkena serangan udara zionis awal pagi tadi. Serangan tersebut, menurut safa dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa di kawasan منطقة البيوك, Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Keadaan motosikal setelah diserang pesawat pengintip zionis. Dua penunggang, salah seorangnya syahid dan seorang lagi masih dirawat.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mangsa serangan yang syahid, Muhammad Khalid Muammar, 24 dan seorang lagi masih dirawat di hospital.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggotanya. As-Syahid diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh.

Memetik dari berita Al-Jazeerah.net, tentera rejim zionis menyatakan serangan tersebut, sebagaimana dijelaskan adalah menyasarkan dua orang pejuang Palestin yang melancarkan serangan roket semalam.

Sebelum itu, lapor safa, sekitar jam 2 pagi, waktu Palestin, pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas salah sebuah terowong bawah yang bersambungan antara dua sempadan, Gaza dan Mesir.

Gambar(safa): Terowong bawah tanah yang menjadi sasaran zionis awal pagi tadi.

Menurut pemberita safa, pesawat tempur zionis melancarkan satu serangan peluru misil ke arah terowong tersebut yang terletak di Mukhayyam Yuban, barat Rafah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.

Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan sempadan, melepaskan tembakan ke arah petani dan rumah-rumah penduduk Gaza. Sumber 30/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS