الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label gencatan senjata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gencatan senjata. Papar semua catatan

Rangkuman Berita Israel-Gaza

19 November 2012


 فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

Pelbagai serangan udara telah membunuh 11 orang dan mengakibatkan 70 orang lagi cedera di Semenanjung Gaza setelah serangan oleh Israel masuk hari ke enam. Muhammed Iyad Abu Zour, 4, Abu Zour, 19, Ahed Al-Qatati, 38, dan Sahar Abu Zour syahid setelah serangan udara Israel membedil sebuah rumah di Hayyu al-Zaitun di Bandar Gaza.

Muhammed Salameh Jundi, 31 syahid di Hayyu al-Shujaiyeh, Imad Abu Hamda, 30 syahid di kem pelarian al-Shati manakala Jalal Nasr, 35 pula syahid akibat kecederaan semasa serangan di Jabalia, di utara Gaza. Seorang bayi berusia 18 bulan, Rama al-Shandi pula dilaporkan syahid dalam satu serangan.
30 orang yang lain turut tercedera dalam serangan-serangan yang dilakukan Israel. Menurut wartawan di Bandar Gaza, sebuah letupan pada jam 2 pagi telah merosakkan sebuah balai polis.

Di Rafah, Sabha al-Hashash, 60 syahid dan 3 orang lagi cedera apabila pesawat tentera Israel mengebom rumah Mahmoud al-Hashash. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital. Serangan kedua yang disasarkan di utara Rafah menyebabkan Ahmad Hussein Agha dan Saif al-Sadiq syahid manakala seorang lagi cedera. 

Memetik kata-kata jurucakap tentera Israel, beliau mengatakan tiada laporan sebarang serangan roket di Israel sejak lewat malam tadi.

GENCATAN SENJATA

Setiausaha Agung UN Ban Ki-moon akan ke Kaherah bagi mambincangkan tentang usaha gencatan senjata yang diusahakan Mesir. Beliau menyatakan kesedihannya tentang pembunuhan keluarga al-Dalou. "Ini perlu dihentikan," beliau berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. "Saya menggesa semua pihak untuk bekerjasama dalam usaha Mesir bagi mencapai gencatan senjata."


Israel telah mengebom rumah keluarga al-Dalou menyebabkan 11 orang awam syahid, 4 orang daripadanya kanak-kanak.

Izzat Risheq, salah seorang pemimpin Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS), mengatakan HAMAS akan bersetuju bagi mencapai gencatan senjata hanya selepas Israel memberhentikan pencerobohan, menamatkan polisi sasaran pembunuhan dan membebaskan Gaza dari sekatan.
Manakala Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon pula menulis di laman tweeternya, "Jika keaadan di selatan tenang dan tiada roket atau missile disasarkan terhadap rakyat Israel, kami tidak akan menyerang."

sumber: 19/11/2012, web berita Maannews, BBC, Haaretz   

  

Read more...

Mesir gesa kembali semula kepada gencatan

10 Mac 2012

Laporan jam 09:11 pagi, waktu Palestin/Mesir

RAMALLAH - Mesir telah mengecam keras serangan sengit yang dilakukan rejim zionis di Semenanjung Gaza semalam sehingga mengakibatkan 12 syahid, dan 20 cedera.

Duta Mesir ke Palestin, Yaseer Osman dalam kenyataan rasmi kepada agensi berita Al-sharq Al-Awsat, "Mesir mengecam keras serangan Israel di Gaza serta membantah tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata dan harap hentikan segera perlanggaran ini."

Wakil Mesir ini mendesak kembali semula kepada gencatan yang mana memberikan kebaikan kepada semua pihak dan mengelakkan dari pertumpahan darah. Sumber 10/03/2012, web berita Safa.ps

Read more...

JIHAD ISLAMI umum turuti gencatan senjata

26 Ogos 2011

Laporan jam 09:55 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 08:55 pagi, waktu Mesir
Jam 02:55 petang, waktu Malaysia

GAZA - Gerakan JIHAD ISLAMI telah mengumumkan untuk menuruti gencatan senjata yang dikendalikan Mesir merupakan pihak tengah. Sedemikian itu, JIHAD ISLAMI menyatakan gencatan senjata ini bermula tepat jam 01:00 pagi(Palestin) Jumaat sambil menekankan bahawa pihaknya ingin mengelakkan serangan-serangan yang dituju ke atas penduduk Palestin, namun pada masa yang sama berpegang dengan haknya untuk membalas serangan.

Sumber dari wakil gerakan JIHAD ISLAMI berkata, Mesir telah mengerahkan usaha agar dapat menghentikan berbalas tembakan bermula jam 1 pagi. Syeikh Nafeez Azam, anggota Biro Politik JIHAD ISLAMI mengesahkan usaha Mesir.

Gambar(arkib Safa): Pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI.

Sementara itu, Dr.Muhammad Al-Hindi, anggota Biro Politik JIHAD ISLAMI menekankan bahawa menuruti gencatan senjata serta berpegang dengan haknya untuk membalas serangan.

Kata beliau, "kami akan mengawasi kedudukan semasa dan kami akan bertindak balas terhadap mana-mana serangan yang melanggar gencatan senjata," tambahan lagi, tegas beliau, sayap-sayap senjata Palestin memang bersungguh-sungguh mengelakkan penduduk Palestin dari serangan zionis.

Beliau menyatakan lagi bahawa pihak musuh ada agenda khusus dan cuba melepaskan keluar darinya dengan melepaskan permusuhannya ke atas Semenanjung Gaza, lebih-lebih lagi niat musuh jelas terhadap penduduk Palestin yang menyasarkan masyarakat awam, kanak-kanak dan wanita. Berikutan itu, pihak musuh kerap melanggar gencatan senjata dan hal ini ditentang balas oleh sayap-sayap senjata Palestin.

Sumber Palestin memaklumkan kepada berita Al-Jazeerah bahawa Kaherah telah menyampaikan kepada Israel dan sayap-sayap senjata Palestin mengenai gencatan senjata bermula pada jam 12 tengah malam semalam, waktu Palestin, dan Kaherah turut menghubungi Israel dan keseluruhan pihak-pihak antarabangsa supaya hentikan apa-apa serangan ke atas Gaza. Sumber 26/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

2 pejuang cedera akibat letupan

11 April 2011

Laporan jam 02.11 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01.01 pagi, Mesir

GAZA - Letupan awal pagi ini di Mukhayyam El-Buraij mengakibatkan dua pejuang Palestin cedera.

Menukil dari sumber perubatan di hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, katanya, dua pejuang Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan.

Timbul percanggahan berita mengenai sebab letupan. Sehubungan itu, sebahagian sumber menyebut letupan tersebut akibat pengeboman pesawat pengintip tanpa pemandu, di samping itu, sumber tertentu mengesahkan kepada Safa bahawa letupan itu ekoran dari beberapa peluru mortar yang dikatakan sedang untuk dilancarkan.

Laporan semalam pada jam 10.03 malam,Palestin, media Israel 'Yedioth Ahronoth' menyebutkan bahawa satu serangan roket Palestin dari Gaza gugur di bandar Askalan. Jelas sumber itu, tidak ada sebarang laporang mengenai kecederaan dan kerosakan harta benda.

Sumber hebrew itu berkata, sejak pagi Ahad, 12 serangan roket dan mortar gugur di Naqab. Dinyatakan lagi, satu serangan roket Palestin berjaya ditangkis sistem penangkis 'iron dome'.

KABINET seru memburu pelancar roket

Laporan pada jam 05.00 petang semalam, Majlis KABINET Israel bagi hal-ehwal politik dan keselamatan telah mengeluarkan taklimat kepada tentera zionis bagi meneruskan operasi menyerang(memburu) mereka yang berada di sebalik pelancar roket Palestin ke tanah jajahan 1948.

Radio Israel berkata, keputusan tersebut diputuskan KABINET ketika perjumpaan tengahari semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.

KABINET Israel menetapkan agar segera persediaan itu dibuat bagi melindungi pelusuk dalaman bandar-bandar Israel di selatan tanah jajahan.

Kini, gencatan senjata(tenang) dari kedua-dua belah pihak telah bermula. Zionis telah menawarkan gencatan senjata pada jam 01.21 pagi semalam bagi menghentikan serangan dan meminta pejuang juga menghentikan serangan roket.

Sebelum ini, beberapa sayap tentera Palestin turut mengumumkan bersetuju memberikan peluang kepada pihak-pihak perantaraan bagi menjayakan gencatan ini. Di samping itu, pihak pejuang berpegang dengan hak untuk membalas serangan sekiranya rejim zionis masih meneruskan serangan dan pencerobohan di Gaza. Sumber 11/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Zionis lancar 2 serangan udara di Gaza

30 Mac 2011

Seorang pejuang Palestin dari gerakan JIHAD ISLAMI syahid, manakala seorang lagi mengalami luka parah akibat terkena serangan udara zionis awal pagi tadi. Serangan tersebut, menurut safa dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa di kawasan منطقة البيوك, Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Keadaan motosikal setelah diserang pesawat pengintip zionis. Dua penunggang, salah seorangnya syahid dan seorang lagi masih dirawat.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mangsa serangan yang syahid, Muhammad Khalid Muammar, 24 dan seorang lagi masih dirawat di hospital.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggotanya. As-Syahid diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh.

Memetik dari berita Al-Jazeerah.net, tentera rejim zionis menyatakan serangan tersebut, sebagaimana dijelaskan adalah menyasarkan dua orang pejuang Palestin yang melancarkan serangan roket semalam.

Sebelum itu, lapor safa, sekitar jam 2 pagi, waktu Palestin, pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas salah sebuah terowong bawah yang bersambungan antara dua sempadan, Gaza dan Mesir.

Gambar(safa): Terowong bawah tanah yang menjadi sasaran zionis awal pagi tadi.

Menurut pemberita safa, pesawat tempur zionis melancarkan satu serangan peluru misil ke arah terowong tersebut yang terletak di Mukhayyam Yuban, barat Rafah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.

Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan sempadan, melepaskan tembakan ke arah petani dan rumah-rumah penduduk Gaza. Sumber 30/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...

2 pejuang syahid dibom zionis

27 Mac 2011

Laporan asal jam 09.32 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.32 petang, waktu Malaysia

GAZA - Zionis mengebom sebuah kereta pagi ini di daerah Jabaliah, utara Semenanjung Gaza(ada media menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza) mengakibatkan dua penduduk Palestin syahid dan seorang lagi cedera parah.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, mangsa yang syahid, Sabri Asaliah, 22 dan Ridhuan An-Namruti, 26 berasal dari Mukhayyam An-Nusairat di pertengahan Semenanjung Gaza. Sambil menambah, mangsa-mangsa tersebut menjadi mangsa pengeboman zionis setelah pesawat pengintip zionis menyasarkan sebuah kereta di jalan As-Sikkah, Jabaliyah.

Berikutan kejadian, kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI dalam kenyataan media berkata, kedua-dua mangsa yang dibom itu adalah pejuang kumpulannya.

"Darah para syuhadak tidak akan mengalir begitu sahaja, maka tindak balas ke atas jenayah itu akan kena pada masa dan tempatnya," tegas SARAYA AL-QUDS.

Sementara itu, media Israel 'Yediot Ahronout' versi hebrew mendakwa dua mangsa yang dibom pesawat pengintip pagi ini terlibat secara langsung melepaskan serangan roket ke daerah-daerah penempatan zionis di selatan tanah jajahan.

Sumber itu menukilkan kenyataan dari seorang wakil tentera zionis yang berkata, kedua-dua penduduk Palestin yang dibom telah diketahui identiti mereka dan mereka menjadi sasaran setelahmana cukup bukti penglibatan mereka melepaskan serangan roket.

Semalam, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama. Sumber 27/03/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS