Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Palestin bangkit desak bebaskan Syeikh Khidhir
21 Februari 2012
Jam 04:27 petang, waktu Mesir
TEBING BARAT - Selepas waktu zohor, beberapa pertempuran meletus antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah di bandar Betlehem dan di daerah Al-Khidhr, selatan Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan kepada wakil agensi berita SAFA, tentera penjajah telah melepaskan bom gas dan bom bunyi(sound-bomb) ke arah pemuda-pemuda yang mengadakan bantahan penangkapan ke atas Khidhir Adnan, salah seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI.
Kini, Syeikh Khidhir Adnan masih meringkuk dalam tahanan tentera penjajah dan telah melebihi 66 hari mangsa meneruskan mogok lapar.
Di kawasan berhampiran Masjid بلال المسمى, puluhan mahasiswa universiti Betlehem melontar batu ke arah tentera penjajah sewaktu mereka mengadakan perarakan simpati terhadap Syeikh Khidhir Adnan.
Perarakan bantahan turut disahut dari penduduk Palestin di beberapa laluan dan jalan di bandar Betlehem, dan berakhir dengan mogok(rapat umum) berhampiran tembok pemisah yang berdekatan dengan Masjid Bilal.
Menurut seorang saksi kepada wakil berita agensi SAFA, tentera penjajah sengaja mengambil gambar(snapshot) wajah-wajah penunjuk perasaan. Demikian itu, penjajah mengungkapkan rasa bimbang dari sebarang operasi penangkapan ke atas penunjuk perasaan dan pelontar-pelontar batu.
Perarakan itu diadakan oleh Majlis Persatuan Mahasiswa Universiti Betlehem dan Gerakan Mahasiswi selepas penangguhan kelas di universiti. Mereka melaungkan beberapa slogan, salah satunya menuntut supaya Syeikh Adnan dibebaskan dan slogan semangat tanahair.
Tempur di hadapan penjara Ofer
Sementara itu, laporan lain menyebut sebuah lagi pertempuran antara Palestin dengan tentera penjajah meletus di hadapan penjara Ofer, barat Ramallah ekoran dari simpati terhadap Syeikh Khidhir Adnan.
Menurut saksi, seramai belasan pemuda mengalami kecederaan akibat ditembak peluru getah. Empat dari mangsa tembakan telah dibawa ke Akademi Perubatan Palestin, bandar Ramallah. Manakala, selebihnya pemuda-pemuda Palestin yang mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata menerima rawatan segera dari krew perubatan di lokasi kejadian.
Pertempuran yang terjadi di hadapan penjara Ofer meskipun laporan berita menunjukkan Mahkamah Tinggi penjajah memutuskan pembebasan Syeikh Adnan pada 17 April akan datang, iaitu sebaik sahaja berakhirnya tempoh hukuman tahanan tanpa bicara serta Mahkamah Tinggi berjanji tidak akan melanjutkan lagi tahanan ke atas Syeikh Adnan.
Keselamatan Ramallah suraikan perarakan
Sewaktu pelajar-pelajar dari sekolah daerah Berzeit berarak bagi menyatakan simpati terhadap Syeikh Adnan sewaktu menuju ke sekatan tentera Atarah, mereka dikejutkan dengan tindakan pasukan keselamatan Palestin Ramallah yang menyuraikan perarakan itu dengan kekerasan. Lantas, perarakan itu gagal tiba di sekatan. Sumber 21/02/2012, web berita Safa.ps
Pejuang AL-QUDS kritikal diserang pesawat zionis
10 Februari 2012
Jam 10:46 malam, waktu Mesir
GAZA - Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengalami kecederaan dalam satu serangan zionis yang menyasarkan sebuah lokasi SARAYA AL-QUDS malam tadi(Jumaat, 10/02/2012) di utara Semenanjung Gaza.
Sumber khas yang menjelaskan kepada MEDIA PERANG berkata, seorang pejuang SARAYA AL-QUDS tercedera akibat serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang ke atas lokasi Al-Hittin milik SARAYA AL-QUDS yang terletak berhampiran hospital بلسم, utara Bayt Lahiya di sebelah utara Semenanjung Gaza.
Menukil dari agensi berita SAFA, serangan tersebut mengakibatkan dua mangsa yang cedera dan kedua-duanya telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan untuk rawatan.
Berhubung kecederaan, sumber perubatan menyifatkan pejuang terbabit mengalami kecederaan yang bahaya. Sumber 10/02/2012, web rasmi MEDIA PERANG dan web berita Safa.ps
[Gambar] Kesan serangan F-16 zionis ke atas lokasi pejuang JIHAD ISLAMI
29 Disember 2011
Berita penuh:







Read more...
JIHAD ISLAMI umum turuti gencatan senjata
26 Ogos 2011
Jam 08:55 pagi, waktu Mesir
Jam 02:55 petang, waktu Malaysia
GAZA - Gerakan JIHAD ISLAMI telah mengumumkan untuk menuruti gencatan senjata yang dikendalikan Mesir merupakan pihak tengah. Sedemikian itu, JIHAD ISLAMI menyatakan gencatan senjata ini bermula tepat jam 01:00 pagi(Palestin) Jumaat sambil menekankan bahawa pihaknya ingin mengelakkan serangan-serangan yang dituju ke atas penduduk Palestin, namun pada masa yang sama berpegang dengan haknya untuk membalas serangan.
Sumber dari wakil gerakan JIHAD ISLAMI berkata, Mesir telah mengerahkan usaha agar dapat menghentikan berbalas tembakan bermula jam 1 pagi. Syeikh Nafeez Azam, anggota Biro Politik JIHAD ISLAMI mengesahkan usaha Mesir.
Gambar(arkib Safa): Pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI.
Sementara itu, Dr.Muhammad Al-Hindi, anggota Biro Politik JIHAD ISLAMI menekankan bahawa menuruti gencatan senjata serta berpegang dengan haknya untuk membalas serangan.
Kata beliau, "kami akan mengawasi kedudukan semasa dan kami akan bertindak balas terhadap mana-mana serangan yang melanggar gencatan senjata," tambahan lagi, tegas beliau, sayap-sayap senjata Palestin memang bersungguh-sungguh mengelakkan penduduk Palestin dari serangan zionis.
Beliau menyatakan lagi bahawa pihak musuh ada agenda khusus dan cuba melepaskan keluar darinya dengan melepaskan permusuhannya ke atas Semenanjung Gaza, lebih-lebih lagi niat musuh jelas terhadap penduduk Palestin yang menyasarkan masyarakat awam, kanak-kanak dan wanita. Berikutan itu, pihak musuh kerap melanggar gencatan senjata dan hal ini ditentang balas oleh sayap-sayap senjata Palestin.
Sumber Palestin memaklumkan kepada berita Al-Jazeerah bahawa Kaherah telah menyampaikan kepada Israel dan sayap-sayap senjata Palestin mengenai gencatan senjata bermula pada jam 12 tengah malam semalam, waktu Palestin, dan Kaherah turut menghubungi Israel dan keseluruhan pihak-pihak antarabangsa supaya hentikan apa-apa serangan ke atas Gaza. Sumber 26/08/2011, web berita Safa.ps
Shallah, Abbas bincang dalaman Palestin dan isu tahanan
30 Mei 2011
Jam 04.48 petang, Mesir
GAZA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu dengan Setiausaha Agung gerakan JIHAD ISLAMI, Dr.Ramadhan Abdullah Shallah serta timbalannya, Ziad An-Nakhalah di Kaherah hari ini.Berhubung pertemuan tersebut, salah seorang gerakan JIHAD ISLAMI, Syeikh Nafiz Azam berkata, pertemuan itu membincangkan beberapa isu politik Palestin dan turut menumpukan mengenai baik pulih hubungan dalaman Palestin(المصالحة الفلسطينية).
Beliau menjelaskan, perbincangan lain menyentuh isu Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO: Palestine Liberation Organization: منظمة التحرير الفلسطينية) dan tahanan politik.
"Kami memberi gambaran bahawa isu ini(tahanan politik) akan diselesaikan segera dalam terdekat ini," tambah beliau yang menyifatkan pertemuan ini memberikan suasana yang positif.
Berhubung isu PLO, kata pemimpin JIHAD ISLAMI, 'telah ada perbincangan serius khususnya untuk menyelesaikan isu ini dan kami harap dijelaskan lagi mengenai perkara ini beberapa minggu lagi melalui jawatankuasa bertindak untuk mengadakan pemilihan dewan rakyat setahun lagi'.
Bertemu Syeikh Al-Azhar
Dr.Ramadhan dan An-Nakhalah juga bertemu dengan Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Al-Tayyib. Ketika pertemuan, Dr.Ramadhan mengatakan kepada Syeikh Al-Azhar bahawa pembukaan sempadan Rafah merupakan tindakan yang bersejarah bagi Mesir, sambil menegaskan peranan Mesir begitu besar terhadap permasalahan-permasalahan Palestin.
Kata Dr.Ramadhan lagi, permasalahan Palestin ini juga adalah permasalahan ummah yang sebahagian dari aqidah Islam. Tambahan lagi, institusi Al-Azhar merupakan pelopor mempertahankan kesucian Islam berikutan sokongan tetap terhadap permasalahan ini serta menyatukan pertahanan dalaman bagi membebaskan tanah-tanah yang dijajah. Sumber 30/05/2011, web berita Safa.ps
Haniyeh hubungi Abbas, Meshaal, Shalah
04 Mei 2011
GAZA - Ketua Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh(gambar) telah menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal dan Setiausaha Agung gerakan JIHAD ISLAMI, Ramadhan Abdullah Shalah yang berada di Kaherah.Beliau mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin tersebut sempena majlis menandatangani persetujuan hubungan baik pulih dalaman Palestin di Kaherah hari ini.
Ismail Haniyeh menyatakan, beliau bersedia mengerahkan segala usaha dan tenaga demi melaksanakan persetujuan secara nyata sama ada di Tebing Barat atau Semenanjung Gaza.
Lapor berita Al-Jazeerah, selepas ucapan Khaled Meshaal, beliau dan Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan tertutup bagi membincangkan hasil yang dipersetujui. Sumber 04/05/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah















