الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Al-Aruri nafi tahu tahanan dikumpulkan di penjara Naqab dan Ofer

13 Disember 2011

Salah seorang anggota Biro Politik HAMAS, Saleh Al-Aruri menyatakan bahawa tidak ada dalam pengetahuan beliau mengenai berita-berita yang disebarkan oleh media massa berhubung rejim zionis yang telah mengumpulkan para tahanan Palestin di penjara Naqab dan Ofer. Sedemikian itu, sebagai langkah untuk pembebasan melalui ruang perjanjian(dokumen) penukaran tawanan-tahanan yang telah dipersetujui antara HAMAS dan rejim zionis.

Dalam kenyataan khas kepada PUSAT MEDIA PALESTIN pagi Selasa, 13/12/2011, Al-Aruri menegaskan bahawa selewat-lewat tarikh akhir pembebasan tahanan Palestin(baki dari perjanjian) adalah pada 18 Disember 2011 mengikut telah apa yang disepakati di Kaherah sewaktu perbincangan memeterai perjanjian.

Gambar: Saleh Al-Aruri

Beliau menegaskan lagi tidak ada tarikh lain yang telah ditentukan antara pihak beliau dengan Mesir dan rejim zionis bagi membebaskan para tahanan Palestin. Sumber 13/12/2011, web rasmi perangan HAMAS

Read more...

2 cedera akibat ditembak zionis di utara dan Gaza Tengah

Laporan jam 10:27 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:07 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua kejadian tembakan zionis yang berasingan di utara Semenanjung Gaza dan Gaza Tengah telah mencederakan dua orang penduduk Palestin.

Menurut jurucakpa Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, seorang budak bawah umur, berusia 14 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian bahunya akibat terkena tembakan tentera zionis ketika mangsa sedang mengutip kepingan besi berhampiran Kampung Badawi, utara Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Sewaktu ditemuramah pemberita, Adham menyebut kecederaan yang dialami budak berkenaan adalah cedera ringan dan mangsa telah dirawat di hospital Kamal Udwan sebelum beredar pulang ke rumah.

Jelas beliau, seorang lagi penduduk berusia 48 tahun dari Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan. Kejadian itu berlaku sewaktu tentera rejim zionis menceroboh secara mengejut di sebelah timur Hayyu Shujaieyah, Gaza Tengah sambil melepaskan tembakan rambang.

Mangsa telahpun dibawa ke hospital Shuhada' Al-Aqsa, bandar Der Al-Balah untuk menerima rawatan.

Gambar: Peta Semenanjung Gaza

Zionis ceroboh Gaza Tengah

Menurut sumber, tentera rejim zionis yang diiringi jentera-jentera perang telah melakukan pencerobohan secara terbatas di Gaza Tengah pada pagi Selasa, hari ini.

Saksi kejadian menceritakan, tiga buah jentolak dan empat buah kereta kebal yang dilihat keluar dari pintu gerbang Al-Sarhi telah menceroboh secara mengejut di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Hayyu Shujaieyah di Gaza Tengah. Di samping itu, tembakan bertubi-tubi dilepaskan dari arah menara-menara kawalan tentera zionis ke arah rumah-rumah penduduk dan kawasan lapang.

Jelas saksi lagi, jentolak-jentolak zionis yang menceroboh mengadakan operasi meratakan tanah dan mengesan secara meluas di tanah-tanah pertanian Palestin di kawasan berkenaan. Sumber 13/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan berita AL-JAZEERAH

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS