Markaz Hak Asasi Palestin merayu kepada Badan-badan antarabangsa, Hak Asasi Manusia dan Badan Perubatan tanpa sempadan (Médecins Sans Frontières: Doctors Without Borders) agar campurtangan dengan segera bagi membebaskan saintis Palestin yang berada dalam tahanan Israel.
Wakil markaz 'Ahrar' berkata dalam kenyataannya hari ini, seorang saintis Palestin, 'Usam Rashid Al-Ashqar, 52 berasal dari kota kecil Soeda, Tulkram menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya. 'Usam yang merupakan pensyarah universiti dan ahli fizik menghadapi kesengsaraan(bertarung nyawa) tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dalam penjara Israel.
Sumber menjelaskan, Pihak Berkuasa Israel tetap memanjangkan tempoh penahanan Al-Ashqar meskipun beliau menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya, malah keadaan ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama sepanjang menerima rawatan dalam hospital penjara.
Markaz Ahrar turut mendakwa Pihak Berkuasa Israel berusaha mengurangkan golongan cerdik pandai, kepimpinan, ulamak, saintis dan seumpamanya dengan meletakkan golongan tersebut ke dalam kegelapan penjara. Penangkapan Israel juga telah mensasarkan status Palestin yang berada dalam agensi pentadbiran Palestin. Sumber 20/02/2010, web berita al-Jazeerah
Read more...