الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Negara Islam bangkang bentuk Ketenteraan Islam - Oğlu

29 Januari 2010


Prof. Dr. Ekmeleddin İhsanoğlu(gambar), Setiausaha Agung OIC(Organisation of the Islamic Conference) dalam kenyataannya, beliau mengungkapkan 'sebahagian dari Negara Islam membangkang cadangan OIC membentuk Ketenteraan Islam bagi tujuan mengawal keamanan di kawasan mahupun Wilayah yang bergolak(sering berlaku pertempuran) yang berlaku di beberapa buah Negara Islam'.

Oğlu menyatakan kepada sebuah akhbar Turki, bahawa "OIC telah mengemukakan cadangan ini ketika pertemuan Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC berlangsung pada bulan 5, tahun lepas dan laporan berhubung pembentukan gabungan ketenteraan Islam itu telah disediakan. Bagaimanapun, setelah laporan tersebut diteliti dari pihak yang pakar mendapati sebahagian dari Negara Islam yang juga anggota OIC telah membuat bangkangan kerana meyakini bahawa waktu masih terlalu awal untuk membentuk gabungan tentera Islam.

Dari sudut lain, Oğlu menyatakan tindakan memisahkan(mengasingkan) Taliban dari arena politik Afghanistan adalah satu kesilapan. Jelas beliau, teramat penting gerakan Taliban digabungkan di peringkat politik kerana pengasingan Taliban akan meyukarkan tercapainya penyelesaian berhubung konflik yang berlaku masa ini.

Beliau menjelaskan lagi, dengan penggabungan Taliban dalam arena politik Afghanistan adalah demi pembebasan Afghanistan dari dunia barat yang mengerumuninya(Afghanistan). Hal sedemikian ternyata boleh dilakukan dengan perantaraan Turki ataupun mengadakan pertemuan antara sekumpulan dari Ulamak melalui Pertubuhan OIC. Sumber 29/01/2010, web berita al-Watan(Kuwait)

Read more...

Berita mengenai salah seorang pemimpin HAMAS dibunuh, laporan Hak Asasi Manusia

Agensi berita REUTERS melaporkan Ezzat Al-Rashq, wakil HAMAS berkata pada 29 Januari/Kanun Thani(Jumaat) berkata, Israel telah membunuh salah seorang pemimpin HAMAS yang juga berjawatan tinggi dalam ketenteraan HAMAS. Al-Rashq menjelaskan, Mahmoud Al-Mabhuh dibunuh pada 20 Januari di Dubai.

Sementara itu, dari pihak sayap tentera HAMAS, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung sebab kematian Al-Mabhuh.

AL-QASSAM menjelaskan bahawa Al-Mabhuh pernah menjalankan operasi menculik tentera Israel ketika meletusnya 'intifadhah pertama' meninggal dunia kesan dari masalah kesihatan secara mengejut semasa mengunjungi sebuah Negara Teluk, Arab Bersatu(Emirate).

Berikutan operasi penculikan tersebut, Al-Mabhuh usir keluar dari Palestin pada tahun 1989.

AL-QASSAM menyatakan, Al-Mabhuh beberapa operasi pada ketika 'intifadhah pertama'. AL-QASSAM menjelaskan lagi, rumah Palestin yang pertama diroboh Israel ketika itu adalah rumah as-Syahid.

Sementara itu, semalam(28/01/2010, berita al-Jazeerah) sumber melaporkan pihak tentera penjajah telah menangkap 10 penduduk Palesti di Tebing Barat.

Berhubung operasi pencerobohan tentera penjajah di tanah Palestin, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin dalam laporan mingguannya mengungkapkan 'tentera penjajah telah melakukan 22 operasi pencerobohan di Tebing Barat, dalam masa yang sama seramai 34 penduduk Palestin turut ditangkap, empat darinya adalah kanak-kanak'.

Laporan dari pusat tersebut turut menyatakan bahawa pihak tentera penakluk masih melakukan operasi ketenteraan yang menceroboh dan menyelongkar rumah aktivis-aktivis yang menentang pembinaan tembok pemisah yang bertujuan untuk memberkas aktivis terbabit. Selain itu, dalam operasi yang dilaporkan, 2 buah kereta milik Palestin dan sebuah traktor pertanian turut di bakar di Kampung Imatain, timur Qalqiliah.

Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah, pada 29/01/2010, web berita RusiaToday dan web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)

Read more...

Israel jawab laporan Goldstone

Sumber melaporkan bahawa Kerajaan Israel hari ini telah mengumumkan pihaknya memberi jawab balas rasmi berhubung perakuan yang terkandung di dalam laporan hakim Ritchard Goldstone mengenai perang Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam masa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(UN:United Nations) sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan berhubung laporan Goldstone pada minggu akan datang, Tel Aviv berkata pihaknya tidak berhasrat membentuk sebuah panitia siasatan perang sebagaimana yang diminta Pertubuhan Antarabangsa dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza berkata pihaknya akan menyampaikan jawab balas melalui Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia berhubung perakuan laporan Goldstone bagi pihak Palestin mengikut undang-undang yang disepakati antarabangsa.

Menteri Keadilan di Gaza, Mohammad Al-Ghul(محمد فرج محمود حسين الغول) berkata, jawab balas yang dikemukakan adalah berhubung setiap persoalan dalam paragraf yang dimuatkan dalam 52 muka surat(lingkungan jumlah muka surat).

"Jawab balas berhubung laporan tersebut berserta lampiran undang-undang akan diserahkan kepada Ketua Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Semenanjung Gaza dalam terdekat ini", tambah beliau.

Beliau turut memberikan kepastian bahawa membiarkan pemerhatian Palestin ke atas sebahagian dalam laporan Goldstone yang diminta pihak Palestin melaksanakan sebahagian dari perakuan berikutan pihak penjajah(Israel) cuba menyamakan isu(alasan perang ke atas Gaza). Dengan seberapa segera, Kerajaan Palestin di Gaza membentuk sebuah panitia bagi mengawasi dan mendokumentsi jenayah Israel berhubung perang ke atas Gaza.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan Palestin di Gaza memberi ruang kepada delegasi-delegasi dan utusan serta Badan-badan Antarabangsa bagi menyaksikan kesan perang. Berikutan hal yang berkait, Kerajaan juga menyambut baik usaha Goldstone dan memberikan kesenangan supaya dapat menyelesaikan misinya dengan sempurna. Dalam masa yang sama, Israel membantah sebarang kerjasama kepada Goldstone. Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS