Abu Marzouq: Tiada konflik sempadan Rafah dengan Mesir
06 Jun 2011
Jam 10.38 malam, Mesir
DAMSHIK - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr. Musa Abu-Marzuq(gambar) telah menafikan wujudnya konflik dengan Mesir berhubung pengendalian sempadan Rafah. Beliau turut menafikan laporan-laporan media massa mengenai anggota HAMAS yang diberkas atas tuduhan menyeludup senjata ke Mesir.
Dalam slot wawancara khas agensi berita Al-Arabiya petang tadi, beliau berkata, masalah yang berlaku sekarang di sempadan Rafah hanyalah masalah teknikal bukannya melibatkan permasalahan politik.
Pemimpin HAMAS itu menyatakan, operasi sempadan terhenti disebabkan masalah dari sudut peningkatan bilangan individu-individu yang mahu keluar melintasi sempadan, namun kesediaan di pihak Mesir tidak berkeupayaan menerima bilangan yang sedemikian. Beliau menjangkakan beberapa tempoh masa lagi, masalah ini akan diatasi.
Berhubung penyeludupan senjata, Dr. Musa Abu-Marzuq menafikan sepenuhnya seperti apa yang dilaporkan bahawa anggota HAMAS terjebak dalam kes menyeludup senjata ke Mesir dan sebahagian dari mereka telah tertangkap di Iskandariah, Mesir. Jelas beliau, berita ini tidak tepat dan ia tidak ada kaitan langsung dengan penutupan sempadan ekoran laporan menyatakan anggota HAMAS menyeludup senjata, sambil itu, beliau menegaskan HAMAS turut mengambil berat menjaga keamanan Mesir, dan tindakannya sama juga bagi mengukuhkan keamanan Mesir dan Palestin.
Tegas beliau lagi, kejadian pelampau yang berlaku sebelum atau selepas revolusi 25 Januari di Sinai tidak ada hubungan dengan HAMAS. Jelasnya, HAMAS juga bertanggungjawab terhadap saudaranya Mesir.
Isu penukaran tahanan(Gilad Shalit - penduduk Palestin)
Menyentuh permasalahan menukar tahanan dengan rejim zionis(Israel/penjajah), beliau menyatakan tidak ada perkembangan terbaru berhubung isu berkenaan dan berita-berita yang melaporkan mengenai penukaran mencapai kata sepakat tidak ada asas yang benar, ia hanya menyinggung perasaan ahli keluarga tahanan. Beliau mengungkapkan, isu ini, HAMAS ingin mengendalikan jauh dari liputan media.
Kata beliau, tidak ada lagi perbincangan yang serius berhubung penukaran tahanan pada waktu sekarang, sekiranya Israel bersungguh-sungguh untuk memperbincangkan hal ini, maka pihak lain juga bersedia untuk berbincang.
Menjawab pertanyaan kemungkinan pembukaan pejabat HAMAS di Mesir, kata beliau, gerakan HAMAS tidak memperbincangkan hal berkenaan pada waktu ini. Jelas beliau, tidak ada langsung hubung kait membuka pejabat di Kaherah dan menutup pejabat HAMAS di tempat lain.
Baik pulih hubungan dalaman Palestin(Palestin berbaik)
Berhubung baik pulih hubungan Palestin yang telah ditandatangani dengan gerakan FATAH baru-baru ini, Dr. Musa Abu-Marzuq mengesahkan bahawa perkara ini berjalan seperti biasa, dan peringkat dalaman Palestin tidak mahu lagi kembali kepada perpecahan.
Beliau memberi jangkaan bahawa Perdana Menteri baru akan diumumkan dalam terdekat ini dan HAMAS berpendirian menolak cadangan yang menentukan Dr. Salam Fayyad memikul jawatan tersebut.
Di akhir wawancara, Dr. Musa Abu-Marzuq menjawab ringkas desas-desus yang mengatakan timbul perselisihan sesama pemimpin HAMAS yang berada di dalam tanah Palestin dengan pemimpin di luar tanah Palestin, kata beliau, biro politik HAMAS telah menyelesaikan masalah ini.
Ketika wawancara, beliau turut enggan mengulas revolusi-revolusi yang berlegar-legar masa ini di beberapa buah negara Arab, khususnya Syria. Kata beliau lagi, sejak awal-awal lagi gerakan HAMAS berpegang dengan prinsip tidak mahu campur tangan dalam hal-ehwal Arab sama ada hubungan sesama negara Arab atau di dalam negara Arab yang dimaksudkan. Sumber 06/06/2011, web berita Al-Arabiya dan web berita Safa.ps