5 tuntutan Kerajaan Palestin Gaza ke atas sempadan Rafah
06 Jun 2011
Jam 07.53 malam, Mesir
RAFAH - Sumber khas berkata kepada agensi berita Safa bahawa Kerajaan Palestin di Gaza telah menyampaikan beberapa tuntutan kepada Pemerintah Mesir berhubung prosedur operasi di sempadan Rafah.
Jelas sumber berkenaan, kerajaan Palestin di Gaza mengemukakan 5 tuntutan ketika pertemuan kedua belah pihak petang semalam.
Sebagaimana dijelaskan, tuntutan itu meliputi:
- Waktu operasi sempadan Rafah Mesir(keluar dari Gaza) mengikut waktu yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, waktu Palestin(10 pagi-6 petang, waktu Mesir).
- Membenarkan 700 individu keluar dari Gaza setiap hari.
- Membenarkan kemasukan bas ke sempadan setiap 45 minit dalam setiap jam semasa tempoh operasi sempadan.
- Memberikan penjelasan berhubung individu-individu yang tidak dibenarkan keluar melintasi sempadan Rafah Mesir.
- Menyerahkan senarai nama-nama individu yang telah diluluskan Mesir melintasi sempadan iaitu seminggu sebelum tarikh dibenarkan berbuat demikian bagi menyenaraikan mereka ke dalam senarai individu-individu yang telah mendapat kelulusan.
Berhubung tuntutan ini dari sumber tersebut, kerajaan Palestin Gaza masih menanti jawab balas dari pihak Mesir.
Harap Mesir mudahkan kembali
Lapor Safa, ketika diadakan sidang akhbar selepas waktu asar petang tadi, kata Hasan Abu Hashis, Ketua Pejabat Penerangan Kerajaan Palestin di Gaza, 'kami harap saudara pemimpin Mesir terutamanya Majlis Tertinggi Tentera, Kerajaan Mesir, Badan Perisikan Am, Perisikan Tentera, Kementerian Luar dan mana-mana pihak yang berkenaan benarkan semula prosedur memudahkan pengoperasian sempadan yang telah diumumkan untuk meringankan kesengsaraan, khasnya berhubung kategori bilangan yang dibenarkan melintasi keluar setiap hari, waktu operasi dan menyelesaikan senarai nama individu yang tidak diluluskan melintasi sempadan'.
Tambah beliau, "kami dari Kerajaan Palestin Gaza meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada setiap peringkat saudara kepimpinan Mesir, kami menanti keputusan yang bijaksana dari Mesir agar sempadan dapat beroperasi mengikut prosedur yang telah dipermudahkan malah telah diumumkan sebelum ini oleh Mesir."
Pada pagi Sabtu lalu, penutupan secara tiba-tiba ke atas pintu sempadan Rafah Mesir dengan deretan batang kayu telah mengejutkan penduduk Palestin kerana Mesir tidak memaklumkan sebarang notis kepada Palestin. Sebelum ini, Mesir telah mengumumkan perubahan beberapa prosedur di sempadan Rafah Mesir bertujuan meringankan kesengsaraan penduduk Palestin di Gaza ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim penjajah melebihi 4 tahun. Sumber 06/06/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan