الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

3 mortar 'hawn' gegar pos kawalan Karem Abu Salem

17 September 2010

RAFAH - Pejuang Palestin telah menggegarkan pos kawalan tentera Karem Abu Salem(Kerem Shaloum) dengan mengebom lokasi tempat berkumpul jentera perang rejim zionis malam ini yang berdekatan pos tersebut.

3 serangan peluru mortar jenis 'hawn' telah dilancarkan oleh pejuang Palestin ke atas tempat berkumpul jentera perang zionis.

Menurut pemberita agensi 'Safa' berkata, pesawat pengintip tanpa pemandu meninjau kerap dan berlegar-legar di ruang udara Gaza di bahagian selatan sejak beberapa jam yang lalu, setelah gugurnya mortar 'hawn'.

Sehingga laporan ini diterbitkan, pesawat pengintip zionis masih meninjau di ruang udara selatan Gaza. Sumber juga tidak mengesahkan mana-mana kumpulan pejuang yang melancarkan serangan itu. Sumber 17/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Seorang penyokong HAMAS yang dipenjara 15 tahun bebas

KHALIL - Rejim zionis telah membebaskan seorang penduduk Palestin berasal dari Khalil, Tebing Barat setelahmana menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dalam penjara zionis.

Sumber yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, tahanan yang telah dibebaskan dari penjara rejim zionis dikenali Samir Hamdi Daud Al-Qawasimi, 31.

Menurut sumber yang sama, Al-Qawasimi dituduh menganggotai gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang menentang dasar penjajahan.

Berikutan pembebasan itu, kelihatan ahli keluarga, sanak-saudara dan jiran tetangga mengadakan sambutan menyambut Al-Qawasimi yang pulang ke pangkuan keluarganya di flat Syeikh Khalil, bandar Khalil, Tebing Barat.

Palestin tangkap 53 HAMAS

Sementara itu, laporan yang berasingan menyebut bahawa gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menuduh Pihak Keselamatan Palestin yang telah memberkas lebih dari 53 anggotanya termasuk pemimpin-pemimpin HAMAS dari seluruh Wilayah di Tebing Barat.

HAMAS menyatakan hari ini, sejak operasi 'banjir api' yang dilancarkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di Khalil dan Ramallah dalam bulan ini, lebih dari 1000 anggota HAMAS yang terdiri dari anggota, penyokong dan pemimpin-pemimpinnya telah ditangkap Pihak Keselamatan Palestin. Sumber 17/09/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

Chechnya

1. Menurut laporan berita Al-Jazeerah, pihak polis Belanda telah memberkas seorang pemimpin pejuang Chechnya, Ahmed Zakayev. Dinyatakan lagi, Ahmed diburu Kerajaan Rusia atas dakwaan mempunyai hubungan dengan aktiviti keganasan. Sumber 17/09/2010, Al-Jazeerah. Laporan lanjut, sila lihat di sini, Zakayev arrested in Poland. Intrigue continues.

Read more...

Zionis tangkap seorang pemimpin JIHAD ISLAMI

JENIN - Sepasukan tentera rejim zionis telah menangkap seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI(حركة الجهاد الإسلامي), Said 'Ahid Buqlah awal pagi tadi dari bandar kecil Al-Yamun yang terletak di barat Jenin. Ketika ditangkap, rumah pemimpin itu turut digeledah dan rejim zionis bertindak memecahkan beberapa kelengkapan rumahnya.

Sumber peta, google map. Kedudukan Al-Yamun di wilayah Jenin.

Saksi kejadian yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' bahawa, 15 buah jentera perang zionis yang menceroboh bandar kecil Al-Yamun pada jam 3 pagi tadi mengepung rumah flat Az-Zuhrah di zon selatan, Al-Yamun, termasuklah rumah pemimpin JIHAD ISLAMI itu.

Jelas penduduk di kawasan berkenaan, tentera rejim zionis turut memberkas anaknya 'Ahid, 26 serta disoal siasat pegawai perisikan zionis, lalu dibawa ke arah yang tidak diketahui. Dalam masa yang sama, rumahnya turut digeledah.

Sebelum ini, Said 'Ahid Buqlah telah beberapa kali ditangkap rejim zionis dan rumah beliau juga beberapa kali telah digeledah atas dakwaan memberi bantuan kepada individu yang 'dikehendaki'. Sumber 17/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

AL-QASSAM kaitkan pembunuhan komandernya dengan Pemerintah FATAH

Pejabat penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS telah menerbitkan laporan mengenai seorang komandernya yang dibunuh oleh rejim zionis, Iyad As'ad Shalbayah, 37 dalam kejadian serbuan di rumahnya pagi tadi di Mukhayyam Nur Al-Shams, Wilayah Tulkarm, Tebing Barat

Gambar(Al-Jazeerah): Pertemuan akhir dengan as-syahid.

Pemberita dari pejabat penerangan AL-QASSAM berkata hari ini, tentera rejim menembak secara sengaja ke atas Shalbiyah dalam jarak terlalu dekat di sisi katilnya.

AL-QASSAM turut mengaitkan pembunuhan itu dengan Pemerintah FATAH yang dituduh bersekongkol malah menyatakan pembunuhan ke atas komander AL-QASSAM telah mendedahkan imej buruk Pemerintah FATAH yang menjadi tali barut zionis.

Jelas AL-QASSAM lagi, bahawa "Syalbiyah baru 2 hari dibebaskan dari penjara Pihak Berkuasa Palestin yang tidak henti-henti memburunya, dan telah pasti adanya keraguan di sebalik penahan itu dengan komplot bunuh yang berkait dengan Pihak Berkuasa Palestin."

AL-QASSAM turut berkata bahawa darah syahid pejuangnya akan menghantui rejim penjajah dan sekutunya.

Selain itu, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) dalam kenyataannya berkata, pihak rejim zionis telah beberapa kali menangkap as-syahid, begitu juga Pihak Berkuasa Palestin menangkap as-syahid yang memasuki kali ke-10.

Tambah lagi dari gerakan HAMAS, bahawa pembunuhan ke atas as-syahid akan meningkatkan lagi penentangan yang lebih keras dan sengit.

HAMAS menegaskan, jenayah yang dilakukan rejim zionis dan Pihak Keselamatan Palestin tidak akan lagi boleh memberi kestabilan keamanan kepada Israel, menurut kenyataan.

Gambar(dipetik dari ynet melalui AFP): Kesan darah as-syahid yang dibunuh tentera rejim zionis.

Menurutnya AL-QASSAM, rejim zionis yang melakukan operasi serbuan dan tangkapan besar-besaran di Wilayah Tulkarm turut melepaskan tembakan peluru hidup dan sound-bom ke arah rumah-rumah Palestin. Selain itu, hampir 18 orang penduduk Palestin termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin HAMAS ditangkap dari beberapa kawasan yang berbeza.

Sebagaimana yang dilaporkan, rejim zionis menangkap, Syeikh Muhammad Al-Ghoul(Abu Arqam), Muhammad Abu Diah(Abu Yazid), Tayseer Al-Jabeer, Asyad Arif, Ahmad 'Asas, Nidhal Abu Dhareefah, Kamal Muhammad dan Muhammad Musyaraqah, Nidhal Al-Qalaq, Asyraf Fudah, dan Muhammad AbulKhair.

Sumber menyebut pada awal serbuan, tentera rejim zionis membiarkan 15 buah jentera perang yang ditinggalkan merintangi jalan masuk ke Mukhayyam dan tentera pejalan kaki serta unit khas dikerah menyerbu masuk ke rumah-rumah Palestin di Mukhayyam berkenaan.

Puluhan ribu mengiringi jenazah As-syahid Shalbiyah

Menurut agensi berita 'Safa', puluhan ribu penduduk Palestin di bandar Tulkarm, Tebing Barat mengiringi jenazah as-syahid Shalbiyah selepas solat Jumaat hari ini.

Gambar(safa): as-syahid yang kerap kali ditangkap zionis dan Keselamatan Palestin.

Jenazah as-syahid diiring dari hospital kerajaan, Thabit Thabit di bandar berkenaan menuju ke rumah sanak saudaranya bagi pengucapan terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Syuhadak. Sambil itu, gelombang kemarahan penduduk Palestin turut bergema dengan laungan takbir "Allahuakbar".


Sementara itu, tentera rejim zionis mengenakan kawalan ketat ke atas keseluruhan kawasan perumahan Palestin di Tebing Barat dan sempadan Semenanjung Gaza. Sumber melaporkan, langkah kawalan tersebut sempena menjelang perayaan hari Guhfran(pengampunan) yang dianggap semulia-mulia perayaan bagi Yahudi.

Berikutan itu, pergerakan Yahudi dijalanan malah sosio ekonomi turut terhenti di Tel-Aviv bermula tengahari tadi sehinggalah malam esok. Lebih dari itu, lapangan terbang Tel-Aviv turut ditutup, jalan-jalan yang menyimpangi masuk ke tanah rampasan(Israel) termasuklah jambatan Raja Hussien yang menghubungkan antara tanah Palestin, Tebing Barat dengan Jordan.

Sempena perayaan Yahudi yang dianggap suci, pasukan unit sokongan rejim zionis dikerahkan di keseluruhan bandar Al-Quds(Baitul Maqdis) malah melewati kawasan tembok Al-Buraq(Yahudi menganggap tembok ratapan). Sumber 17/09/2010, web rasmi KATAIB AL-QASSAM, berita serta web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS