FATAH mahu Mesir "selia" kepentingan Palestin, HAMAS kritik tembok keluli Mesir
26 Januari 2010
FATAH bertegas mahu Mesir menjadi "pihak tengah/penyelia" untuk kepentingan Palestin.
Abu Maher Ghaneim, Naib Presiden FATAH yang juga anggota Lajnah Pusat Gerakan FATAH menyifatkan "Mesir berperanan sebagai paksi penghubung bagi kepentingan Palestin" kepada Yaseer Osman, Duta Mesir ke Palestin ketika pertemuan dua pihak di Ramallah.
Ghaniem turut menyatakan kesungguhan gerakannya bagi menyelesaikan konflik(perpecahan) dalaman Palestin dengan segera yang mungkin. Jelas beliau, pihak yang mendapat keuntungan hasil perpecahan ini adalah Israel.
Dalam pertemuan tersebut, Ghaniem dan Yaseer turut membincangkan mengenai usaha dari pihaknya bersungguh-sungguh bagi mengadakan semula perjanjian damai setelah tergendala berikutan "pendirian Kerajaan Israel yang menyukarkan tercapainya perdamaian".
Beliau(Ghaniem) turut menyatakan secara pasti berhubung pendirian Palestin yang tetap bagi mengadakan semula rundingan damai dengan syarat, Israel mesti hentikan projek penempatan dan berpandukan persetujuan damai merujuk ketetapan antarabangsa bagi menyempurnakan rundingan sejak wujudnya perkara yang menyebabkan perjanjian damai ini terhenti.
Sementara itu, HAMAS mengungkapkan rasa kesal berhubung kenyataan Presiden Mesir, Housni Mubarak yang mengecam keras gerakan HAMAS, malah pembinaan tembok keluli Mesir akan diteruskan.
Mushir Al-Misri, jurucakap HAMAS berkata, kenyataan Presiden Mesir yang mempertahankan penerusan pembinaan tembok keluli(gambar di bawah) adalah isu utama yang bersangkut paut dengan sekatan ke 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Beliau berharap Mesir adalah sebahagian yang akan membebaskan Gaza dari sekatan Israel.
"HAMAS sentiasa menjaga dan mengambil berat berhubung keselamatan Negara Mesir. Yang membahayakan ke atas keselamatan Negara Arab adalah Israel dan mesti didesak supaya Israel mengakhiri sekatannya ke atas Gaza", tegas Al-Misri.
Dr.Aziz Duweik, Speaker Legislatif Palestin berkata, "saya masih ingat kenyataan Mubarak". Kata beliau lagi, "tidakkah Mubarak pernah berkata, beliau tidak akan membiarkan penduduk Palestin di Gaza kelaparan?" Jadi, adakah di sebalik pembinaan tembok keluli ini supaya penduduk Gaza tidak kelaparan?(Islamtoday, 26/01/2010)
Pada 27/01/2008, penduduk Gaza telah merempuh tembok sempadan Rafah Mesir. Setelah itu, ratusan ribu penduduk Gaza memenuhi kawasan Rafah Mesir demi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asasi ekoran sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Berikutan itu, kawasan sempadan Rafah Mesir-Gaza tegang. Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam ucapannya berkata, Mesir tidak akan biarkan penduduk Palestin kelaparan(Berita Al-Jazeerah, 27/01/2008)
Sumber 26/01/2010, suratkhabar Misril-Youm dan web berita Islamtoday.net