الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penduduk Israel maki-hamun aktivis "dari rumah ke rumah"

21 Mei 2010


Rentetan kes provokasi di laman facebook, sumber melaporkan sebuah akhbar di Afrika Selatan menyebarkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Sumber 21/05/2010, berita Al-Jazeerah

Berita lain:

3) Karikatur: Ada-ada saja dengan rundingan
6) Israel mengebom beberapa tempat di Gaza

Penduduk Israel maki-hamun aktivis
"dari rumah ke rumah"

Kempen boikot besar-besaran dari penduduk Palestin Tebing Barat ke atas barangan dan produk Israel yang dikenali "dari rumah ke rumah" turut menerima serangan dari penduduk Israel di kawasan Bet Lehem.

Gambar: Seorang sukarelawan sedang
menjalankan tugasan ketika berkempen.

Sebagaimana dinyatakan, penduduk Israel hanya menyerang aktivis atau sukarelawan "dari rumah ke rumah" di Bet Al-Fujjar berhampiran bandar Bet Lehem dengan makian tetapi mereka tidak bertindak memukul para aktivis.

Turut serta dalam kempen tersebut 3,000 pemuda dan pemudi di seluruh bandar Palestin. Dinyatakan, kempen tersebut akan berkunjung ke 427,000 buah rumah bagi memaklum peri penting mengenai boikot produk Israel dan hukuman kepada mana-mana yang didapati cuba mendapatkan produk Israel.

Dalam masa sehari setengah, para sukarelawan berjaya mengunjungi 40,000 buah rumah di setiap kawasan Tebing Barat, menurut Penyelaras Umum kempen ini, Haitham Kiyali.

Gambar: Sukarelawan yang terlibat dalam kempen "dari rumah ke rumah".

Memetik sumber berita ma'an, tambahan dari kenyataan seorang anggota gerakan FATAH, Mustafa Taqotuqoh bahawa produk dari penempatan Israel ini adalah merupakan 'tele-hayat' utama yang mengukuhkan sokongan kepada kewujudan penempatan Israel.

"Pada hari ini, kami meletakkan tangan atas tele-hayat ini dan kami yang akan memotongnya sehingga kanser(isyarat kepada produk Israel) ini berakhir. Dalam masa yang sama, hal ini akan membentuk tekanan kepada penduduk Israel, malah penempatan ini tidak lagi dimuliakan kerana meranapkan agenda perdamaian. Di samping, kecaman dan bunyian suara yang riuh-rendah dari Negara-negara di dunia mengutuk Israel. Maka, penempatan tidak lagi memberi faedah kepada Israel", ujar Haitham. Sumber 21/05/2010, web berita albayan dan web berita maannews.net

Read more...

Penduduk Israel serang penduduk Palestin di kampung Qasrah

NABLUS - Puluhan penduduk Israel menyerang peladang Palestin di kampung Qasrah, selatan Nablus di utara Tebing Barat pagi tadi. Penyerang-penyerang itu memaksa petani Palestin keluar dari tanah mereka dengan ugutan senjata.

Ghassan Daglas, wakil Palestin bagi dokumen penempatan di utara Tebing Barat berkata kepada agensi berita, bahawa puluhan dari penduduk Israel dari penempatan "مجدولين" yang setentang dengan kampung tersebut menyerang para peladang di kawasan "سهل القنا" serta melarang petani mengutip hasil gandum dan diugut dengan senjata supaya keluar.

Beliau mendesak Negara-negara yang mengambil berat tentang usaha damai supaya tampil memberikan perlindungan kepada penduduk Palestin dari penentangan penduduk Israel yang kerap berlaku. Sumber 21/05/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita maannews.net

Read more...

Pejuang Palestin bertempur dengan tentera penjajah

Terkini(2.45 petang/Mesir. 7.45 malam/Malaysia): Sumber dari web berita maannews.net melaporkan pertempuran sengit telah meletus antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah di timur Khan Yunus, Semenanjung Gaza. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net


[Berita Penuh] Israel umum dua pejuang syahid dalam pertempuran, seorang tentera Israel parah

GAZA - Satu pertempuran bersenjata meletus pada waktu tengahari tadi antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah(Israel) di kawasan Kissufim, timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Polis Gaza menjelaskan kepada agensi berita(melalui telefon), berkata 'pertempuran sengit telah meletus di kawasan terbabit dan ada berita yang mengatakan dua orang telah syahid di kawasan tempat berlakunya pertempuran'.

Gambar(arkib AFP): Pejuang Palestin sedang menjalankan latihan perang di Khan Yunus.

Bagaimanapun sumber dari Israel mengumumkan terlebih dahulu berkaitan 2 pejuang Palestin yang syahid berhampiran garisan sempadan Gaza-Israel.

Sumber dari Israel melaporkan, pertempuran itu berlaku selepas waktu jumaat di kawasan garisan sempadan yang berdekatan dengan bandar Khan Yunus, iaitu hampir dengan bandar kecil Nerem. Sumber itu menyatakan, pertempuran itu meletus antara sekumpulan pejuang Palestin dengan tentera Israel mengakibatkan 2 pejuang syahid.

Dari sumber Israel menceritakan, punca meletus pertempuran ketika 2 pemuda Palestin(pejuang) yang cuba menghampiri garisan sempadan. Serta-merta tentera Israel melepaskan tembakan ke arah dua pemuda itu lalu berbalas tembakan. Sumber Israel juga menyatakan tidak ada sebarang luka parah di pihak tentera Israel.

Sementara itu, sumber dari Gaza pula melaporkan pertempuran itu memang berlaku di kawasan terbabit. Bagaimanapun, dari sumber perubatan tidak lagi menerima jenazah Palestin kerana pasukan bantuan cemas tidak dapat menghampiri kawasan yang berlaku pertempuran itu malah memerlukan penyelarasan dengan pihak Israel untuk menuntut jenazah.

Sumber dari berita ma'an telah melaporkan, sebuah kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengumumkan pihaknya yang bertanggungjawab menghadang pencerobohan sebuah unit tentera Israel selepas jumaat.

Dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi berita menyatakan, salah satu unit dari SARAYA AL-QUDS telah menghadang satu unit tentera Israel yang menceroboh timur Gaza di kawasan Al-Farahain pada jam 1.40 petang.

Memetik dari laman rasmi SARAYA AL-QUDS, dalam pertempuran itu mengakibatkan 2 pejuang syahid sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber perubatan Palestin. Menurut Dr. Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Cemas di hospital Shifa' berkata, bulan sabit merah telah menghubungi pihak Israel mengenai 2 pejuang yang syahid, bagaimana disahkan lagi bahawa terdapat 3 penduduk Palestin parah akibat tembakan machine-gun dari helikopter Apache Israel di kawasan berkenaan.

Saksi kejadian berkata, tentera-tentera penjajah yang berpengkalan sementara di garisan sempadan telah melepaskan tembakan secara rambang. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka parah.

Gambar(arkib): Pejuang Palestin dari
kumpulan SARAYA AL-QUDS.

Jelas saksi lagi, setelah pertempuran berakhir antara pejuang Palestin dengan sebuah unit khas tentera Israel, kelihatan beberapa jentera perang Israel dan jentolak pula menceroboh kawasan itu.

Saksi terbabit menjelaskan lagi, bahawa kereta kebal Israel melepaskan beberapa bedilan ke arah pejuang Palestin dan tanah Palestin.

Maklumat terkini dari laman rasmi SARAYA AL-QUDS memaklumkan bahawa penjajah mengakui seorang tenteranya parah selepas bertempur dengan pejuang. Tentera Israel yang parah itu telah di bawa ke hospital Suruka di Beer Sheba.

Dinyatakan, tentera Israel parah akibat menjadi sasaran penembak tepat dari sebuah kumpulan pejuang Palestin yang lain, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang telah mengakui melalui kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan laman rasmi SARAYA AL-QUDS(akhir kemaskini pada jam 2.45 pagi/Mesir, 22/05/2010)

Read more...

Karikatur: Ada-ada saja dengan rundingan

Tetap setia dengan rundingan meskipun kerap kali mereka-mereka yang lain curang.

Rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin-Israel seolah-olah perangkap dari Israel bagi mengiakan keganasan yang telah mereka buat di tanah Palestin. Mungkinkah rundingan ini telah gagal?

Sumber karikatur, (Palestine48)

Read more...

Kami bantah provokasi jahat di facebook

Walaupun kami mahasiswa/siswi dan rakyat biasa tetapi kami juga ada hak untuk mendesak, membantah mana-mana pihak yang menggugat kesucian agama Islam. Kami mahukan 'tindakan tegas' dari:

1) Kerajaan kami
2) Pemimpin umat Islam yang lain
3) OIC
4) Liga Arab
5) NGO-NGO muslim tempatan dan antarabangsa
6) NGO-NGO dunia yang tidak suka digelar hipokrit atau benci kepada permusuhan sebegini
7) Mana-mana pertubuhan yang mengaku mempertahankan Islam


Agar 'tindakan jahat' ini dihentikan seberapa segera yang mesti. Kenapa masih tunggu hari esok atau lagi serangan dahsyat yang bakal menyusul selepas ini. Tindakan jahat seumpama ini bukan kali pertama tetapi telah berkali-kali dan berbagai-bagai opsyen telah digunakan.

Kepada pengguna-pengguna laman-laman sosial ataupun apa jua jaringan internet yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, tolong ambil perhatian. Jika masih tidak merasai apa-apa, sesungguhnya sensitiviti kamu terhadap perkara ini amat diragui, mungkin kamu turut bersubahat atau kamu memang tidak ada perasaan langsung terhadap perkara yang menggugat kesucian agama Islam.

Tindakan kami setakat ini,

1) 'deactive' akaun mana-mana laman sosial internet yang kami sertai buat seketika.

2) Jika perlu kepada pemboikotan secara besar-besaran, kami takkan teragak-agak membuat sedemikian.

3) Kami akan meneruskan menyebar 'tindakan jahat' ini ke setiap pelusuk jaringan internet mengenai kumpulan, pertubuhan atau individu yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menghormati agama Islam.

4) Kami sentiasa ingat pihak-pihak yang disebutkan di atas selagi tidak ada tindakan tegas ketika 'tindakan jahat' ini terus bergerak kerana mereka ada kuasa politik dan sewajibnya mereka bertindak lebih cepat dan tegas.

5) Kempen boikot ke atas barangan Israel mahupun produk-produk yang memberi sokongan material kepada projek dan agenda zionis. Buktinya, puluhan tahun mereka membunuh penduduk Palestin, merampas hak Palestin, membina penempatan haram di tanah Palestin dan menafikan kebebasan dan keamanan kepada Palestin.

6) Kami tidak akan duduk diam.

'Tindakan jahat' seumpama ini sewajarnya dipandang serius kerana serangan ini sengaja diadakan untuk melihat sejauhmana sensitiviti umat Islam setelah barat dan Eropah mahupun yang terlibat menakluk Iraq, menjahanamkan Timur Tengah dengan agenda demokrasi hipokrit serta menabur janji yang berisi bisa..namun apa yang mampu umat Islam buat?



Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Abu Thair dihalau dari Al-Quds, Palestin tangkap 20 anggota HAMAS

Penjajah telah mengeluarkan perintah kepada seorang anggota Majlis Legislatif Palestin, Muhammad Abu Thair agar meninggalkan Al-Quds dalam masa sebulan. Beliau juga dilarang mengadakan sebarang sambutan sempena pembebasan dari penjara Israel malah status penduduk Al-Quds turut dilucutkan.

Semalam, setelah beberapa jam dibebaskan dari sebuah penjara Israel di Wilayah Naqab, beliau telah dipanggil Badan Perisikan Israel.

Baca lagi:



Ketika ditemui pemberita(Al-Jazeerah), beliau menyatakan tindakan penjajah yang menghalaunya dari Al-Quds ada kaitan dengan usaha pengyahudian yang sedang dijalankan Israel di bandar suci itu.

Penjajah tidak mengemukakan apa-apa sebab yang wajar bagi mengusir Muhammad Abu Thair dan menggugurkan statusnya dari penduduk Al-Quds. Bagaimanapun ia adalah 'satu tindakan yang zalim, kuku-besi dan merasa seronok dengan kesengsaran manusia lain', menurut Abu Thair.

Abu Thair berkata, beliau akan menggunakan kuasa peguam bagi mempertahankan haknya dan tidak sesekali akan meninggalkan rumahnya sehinggalah perkara sedemikian telah pasti adalah ketentuan Allah.

Selain beliau, beberapa lagi ahli parlimen dari gerakan HAMAS yang berada di parlimen timur Al-Quds, iaitu Muhammad Thutah, Ahmad Athuan, dan bekas Menteri Hal-Ehwal Al-Quds, Khalid Abu Arfah.

Sementara itu, sumber lain melaporkan dari gerakan HAMAS menyatakan yang Pihak Keamanan Palestin telah menangkap 20 anggotanya di Tebing Barat.

Dalam keterangan akhbar, HAMAS berkata, '20 anggotanya telah ditangkap di Tebing Barat. Mereka yang ditangkap itu berasal dari Wilayah Bet Lehem, Jenin, Qalqiliah dan Tulkram. Sumber 21/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita maannews.net

Read more...

Israel mengebom beberapa tempat di Gaza

Mereka masih tidak berpuashati

Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah
_________________________


GAZA - Awal pagi ini, pesawat tempur Israel telah melancarkan beberapa sarangan terhadap sasarannya di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dalam serangan terbabit.

Agensi berita melaporkan, pesawat tempur Israel jenis 'F-16' telah melancarkan satu serangan ke atas sebuah tempat latihan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berdekatan Masjid Umar Al-Khattab di bandar kecil Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Sumber menjelaskan lagi, sebelum serangan ke atas tempat Al-QASSAM, pesawat tempur Israel mengebom tiga kawasan sasarannya yang berbeza di timur bandar Khan Yunus, selatan Gaza. Sebagaimana dijelaskan, pengeboman pertama mensasarkan sebuah tanah kosong di kawasan Farahain. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.

Seiringan serangan itu, pesawat tanpa pemandu Israel turut mengebom sebuah tanah kosong yang dimiliki keluarga An-Najar di Khuzaah, timur Khan Yunus. Begitu juga sebuah jalan penghubung di kawasan yang sama turut dibom. Dalam serangan terbabit, tidak ada laporan kecederaan dilaporkan.

Dinyatakan, serangan-serangan Israel di Gaza setelah beberapa jam dilaporkan satu serangan roket buatan tempatan gugur di bandar Askalan, selatan Israel. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan, menurut radio Israel.

Berikutan itu, sebuah kumpulan pejuang, 'pejuang sunnah' mengakui melancarkan serangan roket ke Israel.

Dalam kenyataan akhbar, pejuang sunnah melancarkan roket yang dikenali 'khaibar' ke Askalan, Israel. Sumber 21/05/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Berita ringkas minggu ini



Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah
_________________________


Berita Ringkas minggu ini

> Majlis Kongres Amerika mengesahkan perancangan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat bagi menyokong pengembangan sistem anti-peluru di Israel. Pada 14/05/2010 yang lalu, Obama harap Kongres Amerika memberikan persetujuan sejumlah USD205 juta bagi membantu Israel mengembangkan lagi sistem pertahanan anti-peluru. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah

> Pakistan menutup laman sosial 'facebook' sebagai bantahan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah

> Kerajaan Perancis meluluskan undang-undang larangan memakai niqab 'furdah' di kawasan umum. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah

> Perjanjian persetujuan tukaran bahan nuklear antara Iran, Turki dan Brazil telah ditandatangani. Bagaimanapun, menurut Washington persetujuan itu masih tidak dapat menghilangkan kebimbangan barat terhadap nuklear Iran. Perbincangan kuasa besar masih diteruskan bagi menetapkan hukuman ke atas Iran. Sumber 17-20/05/2010, berita Al-Jazeerah

> Sweden: Seorang individu telah ditangkap kerana cuba membakar rumah pelukis karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Sumber 17/05/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS