Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

3 hawn WATANIAH bedil lokasi tentera zionis

26 Februari 2011

Laporan asal jam 05.29 malam(waktu Palestin/Mesir)
Jam 11.29 malam(waktu Malaysia)

GAZA - Kumpulan pejuang KATAIB MUQAWAMAH AL-WATANIAH(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) memaklumkan bahawa pejuangnya membedil sebuah lokasi tentera zionis 'موقع أبو مطيبق العسكري' yang terletak di timur El-Buraij dengan 3 serangan mortar 'hawn'.

Kenyataan WATANIAH yang disampaikan pada petang sabtu kepada agensi berita 'Safa' berkata, serangan mortar ini adalah balasan kepada serangan zionis yang berterusan menentang penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

"Jalan penentangan ini adalah pilihan kami bagi mendapatkan semula hak-hak kami, begitu juga, kami telah berjanji kepada masyarakat kami untuk meneruskan usaha penentangan bagi menentang rejim penjajah sehinggalah mereka berambus dari tanah-tanah kami," tegas kumpulan pejuang ini.

Sedemikian itu, serangan mortar pejuang Palestin setelahmana rejim zionis melakukan beberapa serangan di kawasan yang berlainan di Gaza, malah mengakibatkan penduduk Palestin mengalami kecederaan. Tambahan pula, sebuah rumah penduduk Gaza hancur musnah. Sumber 26/02/2011, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Zionis serang lagi Gaza
2. 2 serangan udara zionis sasar lokasi AL-QASSAM
3. Zionis bedil lagi Gaza

Read more...

Aharonovich gesa gempur Gaza

AL-QUDS, - Menteri Keselamatan Dalam Negeri Zionis(Israel), Yitzhak Aharonovich berkata, serangan balas ke atas serangan roket dari Gaza mestilah lebih dahsyat dari serangan-serangan balas terhadap roket 'grad' yang gugur rabu lalu.

Gambar(ynet): Yitzhak Aharonovich

Memetik kenyataan Aharonovich yang disiarkan radio Israel, "tidak ada satu Negara pun di dunia ini yang akan rela dengan serangan roket, maka Israel perlu menyiapkan kekuatannya bagi menggegarkan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Semenanjung Gaza." Sumber 26/02/2011, web berita safa.ps

Pautan lain:

1. Yitzhak Aharonovich(wikipedia)
2. Yitzhak Aharonovich(Knesset/Yisrael Beitenu)

Read more...

Zionis bedil lagi Gaza

Laporan jam 04.13 petang(waktu Palestin/Mesir)
Jam 10.13 malam(Malaysia)

GAZA - Petang ini, sebuah rumah penduduk Palestin di timur Mukhayyam El-Buraij, pertengahan Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan udara zionis.
______________________________________________

Ringkasan berita dari Haaretz - 16:29 : IAF jets carry out three air strikes against militants in southern Gaza Strip.
______________________________________________

Menurut saksi, rumah yang dibedil milik keluarga شارب hancur musnah. Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Jarak masa serangan tersebut hanya selang dua jam dari serangan zionis di Gaza sebentar tadi yang mencederakan seorang penduduk. Jelas sumber, serangan sebentar tadi mensasarkan sebuah telaga air di sepotong jalan yang menghubungkan ke pusat latihan tentera gerakan HAMAS. Sumber 26/2/2011, web berita safa.ps

Read more...

2 serangan udara zionis sasar lokasi AL-QASSAM

Laporan asal jam 02.02 petang, waktu Mesir/Palestin
Jam 08.02 malam(waktu Malaysia)

GAZA - Seorang penduduk Palestin di Gaza mengalami cedera ringan setelah terkena serpihan dari serangan pesawat tempur zionis. Sumber dari 'Safa' melaporkan pesawat tempur zionis membedil sepotong jalan yang menghubung ke pusat latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) pada tengahari ini.

Menurut saksi kejadian, serangan udara zionis di kawasan Al-Hishashain berhampiran sebuah kawasan yang telah dibebaskan(asalnya penempatan haram zionis), barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Terkini, beberapa minit selepas serangan pertama, pesawat tempur zionis menyerang semula, dan serangan tersebut menumpukan lokasi tentera AL-QASSAM(موقع ثكنة سعد صايل على شارع صلاح الدين) yang terletak di timur Rafah.

Terkini, beberapa minit selepas serangan pertama, pesawat tempur zionis menyerang semula, dan serangan tersebut menumpukan lokasi tentera AL-QASSAM(موقع ثكنة سعد صايل على شارع صلاح الدين) yang terletak di timur Rafah.

Laporan dari utara Gaza(jam 02.23 petang, Palestin), seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pengutip kepingan besi tercedera akibat terkena tembakan dari tentera zionis.

Berhubung kejadian, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, berkata, tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang sedang mengumpul kepingan besi, lantas mengakibatkan salah seorang darinya tercedera setelah kakinya di sebelah kiri menjadi sasaran peluru.

Jelas beliau lagi, mangsa telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan dan kecederaannya disifatkan luka ringan. Sumber 26/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

Zionis serang lagi Gaza

Laporan asal jam 04.29 pagi(waktu Palestin/Mesir)
Jam 10.29 malam(25/02/2011, waktu Malaysia)

GAZA - Serangan berantai udara zionis yang dilancarkan awal pagi tadi tertumpu di kawasan pertengahan dan selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza).

Pemberita agensi 'Safa' menjelaskan bahawa pesawat tempur zionis melancarkan sekurang-kurangnya 4 serangan peluru misil ke atas sebuah lokasi tentera SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) yang terletak di bahagian barat Khan Yunus.

Jelas Safa lagi, pesawat tempur zionis turut mensasarkan sebuah rumah berhampiran مطحنة الإيمان di Nuseirat, pertengahan Gaza dengan satu serangan misil.

Berhubung serangan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan tiada kecederaan mahupun luka parah dalam pengeboman zionis di Gaza.

Sumber Safa melaporkan, serangan sedemikian berikutan dari 2 serangan roket yang gugur di bandar Netivot, barat Naqab(tanah jajahan 1948). Tiada laporan mengenai kecederaan mahupun luka parah akibat serangan roket. Namun, pada 24/02/2011, jentera perang zionis telah melakukan pencerobohan di Semenanjung Gaza, lantas mendorong pejuang-pejuang Palestin bangkit membalas kezaliman yang dilakukan zionis. Sumber 26/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

Jentera perang udara zionis serang Gaza

24 Februari 2011

Laporan asal jam 12.41 pagi(waktu Palestin/Mesir)
jam 06.41 pagi(waktu Malaysia)

GAZA - Lewat tengah malam, jentera perang udara zionis yang terdiri daripada pesawat tempur, helikopter dan pesawat pengintip melancarkan serangan berantai ke atas beberapa buah tempat di Semenanjung Gaza.

Serangan peluru misil yang dilancarkan pesawat pengintip terhadap sekumpulan pejuang Palestin telah mencederakan 2 pejuang di timur Hayyu Zaitun yang terletak di sebelah timur bandar Gaza.

Menurut siaran 10 televisyen Israel, sebelum zionis melancarkan serangan, satu serangan roket jenis 'grad' gugur di bandar Beer Sheeba(Bi'ru Sabie'). Jelas siaran itu lagi, roket grad yang gugur di belakang sebuah rumah mengakibatkan 4 warga haram Israel panik. Sejurus selepas itu, mereka dibawa ke hospital Suruka. Berikutan kejadian, serangan roket itu menyebabkan kerosakan harta benda.

Sebelum itu, pada waktu tengahari semalam, jentera perang rejim zionis melakukan pencerobohan di Gaza, lalu pihak pejuang Palestin bangkit membalas pencerobohan.

Laporan berita yang dimaklumkan oleh agensi berita 'Safa' selepas tengah malam(23/02/2011), sebuah lokasi di Hayyu Zaitun iaitu Abu Jarad telah dibom helikopter Apache dengan satu serangan peluru misil. Sebuah lagi lokasi(موقع قريش العسكري) yang terletak di tenggara bandar Gaza pula dibom dengan misil dari Apache. Jelas laporan itu, sebuah lagi kawasan yang dibebaskan 'Netsarim'(asalnya sebuah penempatan haram zionis) turut dibedil oleh helikopter Apache. Sejurus selepas itu, giliran sebuah rumah kosong di kawasan yang terletak di bandar Khan Yunus pula dibom dengan pesawat F-16.

Jurucakap bagi pihak Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, serangan berantai zionis tidak mengakibatkan sebarang luka parah dikalangan penduduk.

Berhubung pencerobohan pada waktu tengahari semalam, seorang pejuang Palestin, Adil Muhammad Jundiyyah yang mengalami kecederaan dalam pengeboman zionis telah syahid.

Kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI memaklumkan bahawa Jundiyyah adalah salah seorang dari pejuangnya. Sumber 24/02/2011, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Zionis ceroboh Gaza, 11 Palestin cedera parah
2. AL-QUDS bom Nehal Auz

Read more...

AL-QUDS bom Nehal Auz

23 Februari 2011

Laporan asal jam 03.45 petang(waktu Palestin/Mesir)
jam 09.45 malam(waktu Malaysia)

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI memaklumkan hari ini bahawa pejuangnya telah mengebom sebuah penempatan haram zionis 'Nehal Auz' yang terletak di sebelah timur bandar Gaza.

Kenyataan media SARAYA AL-QUDS menjelaskan bahawa unit pertahanan kumpulan pejuang itu berjaya mensasarkan 3 serangan peluru mortar 'hawn' 120mm ke arah Kibbutz Nehal Auz.

Gambar(arkib Safa): Pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI.

SARAYA AL-QUDS turut menyatakan bahawa serangan ini adalah haknya bagi menentang sebarang tentangan dari zionis ke atas penduduk Palestin. Jelasnya lagi, kumpulan pejuang ini terus menggalas usaha jihad dan penentangan sehinggalah keseluruhan tanah Palestin dibebaskan. Sumber 23/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh Gaza, 11 Palestin cedera parah

Laporan asal jam 11.52 tengahari(waktu Palestin/Mesir)
jam 05.52 petang(Malaysia)


GAZA - Seramai 11 penduduk Palestin di Gaza mengalami cedera parah akibat tembakan senjata ringan dan serangan artileri(meriam) yang dilepaskan tentera zionis setelah menceroboh 300 meter ke dalam kawasan tanah Gaza tengahari tadi.

Menurut pemberita 'Safa', 3 buah jentolak dan dua buah jentera perang rejim zionis dilihat keluar dari kem tentera zionis(موقع ملكة العسكري) dari arah timur Hayyu Zaitun. Kedudukan tersebut terletak di sebelah timur bandar Gaza. Ketika menceroboh, tentera zionis menjalankan operasi meratakan tanah-tanah pertanian penduduk Gaza. Di samping itu, tentera zionis melepaskan tembakan tanpa henti ke arah rumah-rumah dan kawasan pertanian penduduk Gaza, malah beberapa buah tembakan meriam juga dilepaskan.

Berikutan kejadian ceroboh dan tembakan dari tentera zionis, seramai 11 penduduk Palestin di Gaza mendapat luka parah.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, 11 mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital As-Shifa' di pertengahan Semenanjung Gaza. 3 di antara jumlah mangsa adalah kanak-kanak dan dua lagi mangsa mengalami kecederaan yang kritikal.

Agensi berita 'Safa' dimaklumkan bahawa salah sebuah dari jentera perang zionis yang menceroboh Gaza terkena letupan dari sebuah peledak.

Memetik laporan dari web rasmi penerangan AL-QASSAM menjelaskan tentera HAMAS telah menghadang pencerobohan tentera zionis pada tengahari di timur Hayyu Zaitun.

Dalam laporan ketenteraannya, AL-QASSAM berkata, dengan petunjuk serta bantuan dari Allah, pejuang-pejuang AL-QASSAM berupaya meletupkan peledak ke atas sebuah jentolak zionis dan mengebom pasukan tentera zionis yang menceroboh Gaza dengan serangan 3 peluru mortar 'hawn'.

Jelas AL-QASSAM secara terperinci, pada jam 10.00 pagi(waktu Palestin/Mesir), pejuang AL-QASSAM meletupkan sebuah peledak ke atas jentolak zionis yang menceroboh Hayyu Zaitun.

Tambahnya lagi, pada jam 11.20 tengahari, pejuang AL-QASSAM mengebom pula sepasukan tentera zionis yang zionis menceroboh di lokasi yang sama dengan 3 serangan peluru mortar jenis 'hawn'.

Setelah hadangan itu, tentera zionis terpaksa berundur dari timur bandar Gaza akibat tentangan dari pejuang Palestin.

Sementara itu, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI turut melancarkan 2 serangan peluru mortar 'hawn' ke arah jentera perang zionis.

SARAYA AL-QUDS memaklumkan bahawa 3 pejuangnya cedera akibat pengeboman zionis yang mensasarkan mereka di timur Hayyu Zaitun. Kecederaan yang dialami salah seorang pejuang tersebut disifatkan kritikal. Sumber 23/02/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

3 nelayan Gaza syahid

17 Februari 2011

GAZA - Awal pagi ini, 3 nelayan Palestin syahid ditembak tentera rejim zionis di Dugit(sebuah kawasan penempatan haram zionis yang telah dibebaskan) yang terletak di barat Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Gambar: Dugit dalam bulatan merah. Rujuk wikipedia, klik sini.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah ketika dihubungi, beliau menyatakan, 3 nelayan yang syahid telah tiba di hospital Kamal Udhwan di utara Gaza.

Beliau menyatakan mangsa yang syahid; Asyraf Qutaifan, 29, Jihad Fathi Khalaf, 20 dan Tala'at Ar-Rawagh, 25.

Pemberita 'Safa' melaporkan, sejak awal pagi sehinggalah jam 7 pagi kedengaran bunyi tembakan yang begitu sengit. Berikutan itu, pesawat tempur zionis dan bot-bot lajunya juga melepaskan tembakan ketika pertempuran itu meletus.

Jelas lagi dari penduduk Palestin di utara Gaza, mereka menemui 2 mayat selepas pertempuran. Sumber 17/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI serang jip tentera zionis

09 Februari 2011

GAZA - KATAIB ALI MUSTAFA berkata, pihaknya telah menyerang sebuah jip tentera zionis di timur Hayyu Shuja'eiyah, bandar Gaza.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN itu dalam kenyataan rasmi hari ini yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuangnya berjaya melancarkan serangan peluru 'Cobra' ke atas sebuah jip tentera zionis. Serangan pada jam 6.30 pagi dilakukan ketikamana jip tersebut sedang menurunkan tentera-tentera zionis.

Jelas ABU ALI lagi, serangan tersebut tepat mengenai jip tentera zionis. Lantaran itu, kelihatan tentera sokongan zionis bergegas ke tempat kejadian.

Berikutan itu, ABU ALI menyatakan serangan ini adalah serang balas biasa terhadap jenayah yang dilakukan zionis ke atas pejuang-pejuang dan rakyat Palestin, malah turut mengesahkan lagi, ABU ALI berpegang teguh dengan penentangan terhadap dasar penjajahan zionis. Sumber 09/02/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS