NABLUS - Seorang pemimpin gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني), Husam Khidhir membuat penilaian bahawa rundingan damai yang berlangsung pada waktu ini antara perunding Palestin dengan Israel hanyalah untuk menjaga imej Amerika Syarikat(US). Beliau berkata sedemikian kerana US adalah pihak tengah yang berperanan menyelesaikan konflik di Timur Tengah.
_____________________________________
[Arkib] FATAH, sebuah gerakan pembebasan yang mengetuai kumpulan dan parti komponen Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).
_____________________________________
Dalam kenyataan ekslusif kepada agensi 'Safa', Khidhir menyatakan kedudukan dalaman Palestin masa ini teramat lemah. Maka, dengan sikap keras kepala Israel menjadi tekanan yang kuat kepada Palestin yang memaksanya ke meja rundingan.
Beliau berkata lagi, "keputusan ke rundingan dibuat dengan memejam mata kerana tahu hasilnya adalah sebegitu, lalu pergi ke meja rundingan adalah lebih baik dari tidak berbuat demikian. Hal sedemikian disebabkan telah hilang kekuatan dalaman Palestin yang padu dan tiada peringkat perjuangan secara bersenjata."
Carta(arkib Al-Jazeerah): Kedudukan jumlah kerusi(132) parlimen Palestin selepas pilihanraya parlimen Palestin pada 25 Januari 2006. Gerakan FATAH memperolehi 32%:45 kerusi, sementara kumpulan Taghyir Wal-Islah(HAMAS) memperolehi 57%:76 kerusi. Rujukan, Al-Jazeerah, 07 Oktober 2007.
"Rundingan yang berlangsung sekarang hanyalah seumpama menurut protokol, Israel desak Palestin mengiktiraf Israel adalah Negara bangsa Yahudi, begitu juga dengan Palestin desak Israel supaya berundur sepertimana sebelum jajahan tahun 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan Israel," ujar Khidhir lagi.
Sementara itu, jika dilihat masalah yang dibangkitkan di meja rundingan hanya merangkumi permasalahan pelarian, kedudukan(status) Al-Quds dan air.
Pemimpin gerakan FATAH ini menyebut masalah yang dihadapi Palestin, iaitu mereka sedang berlawan dengan 'musuh ketat demokrasi', dan mungkin akan datang muncul pula kerajaan penjajah yang lebih keras dari Netanyahu dan Lieberman ataupun kerajaan yang kurang sedikit sikap pelampauannya seperti parti Kadima. Bagaimanapun, setiap kerajaan ini ada agendanya yang tersendiri.
Mengenai situasi politik Israel, beliau menyebut, "bacaan(ramalan) di Israel berubah-ubah dan tidak statik, kemungkinan besar pemerintahan secara kuasa campuran tidak lagi ada dan seterusnya akan diadakan pilihanraya serta kerajaan yang baru akan dibentuk."
Beliau turut menjelaskan pendirian Negara-negara Arab terhadap rundingan damai secara bersemuka masa ini ibarat acuh tidak acuh malahan menekan Palestin ke meja rundingan dan menerima syarat-syarat yang dikehendaki Israel. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps
[MAP] Apa yang mampu kami nyatakan di sini, pemimpin FATAH tersebut cuba untuk menyebut mengenai situasi yang mendorong perunding Palestin Ramallah yang tetap bertegas ke meja rundingan biarpun ditentang kuat. Kesimpulannya:
1. US beri harapan
Mahmoud Abbas, Presiden yang telah tamat tempoh secara tidak sedar kerap memberikan alasan bahawa pihaknya bertegas ke meja rundingan kerana yakin US menjanjikan harapan malah Kuartet Timur Tengah telah berjanji untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Palestin Ramallah dari sudut sokongan politik dan ekonomi, hal yang tidak boleh dinafikan masa ini. Lantaran itu, apa-apa tekanan sama ada dari Israel, Palestin Ramallah akan membangkitkan bahawa mereka berpegang dengan perundangan Kuartet Timur Tengah Antarabangsa yang bersandarkan kepada penyelesaian persamaan isu.
Apa yang dibimbangi, dengan penyelesaian persamaan isu sememangnya tidak dapat memberikan keselesaan kepada Palestin berikutan hak-hak Palestin yang terlalu banyak tergadai dan tidak dapat diselamatkan. Pada hemat kami, penyelesaian persamaan isu ini hanya mampu memberikan keselesaan kepada Palestin Ramallah dengan sokongan politik dan ekonomi. Maka, hal ini menjadi antara sebab gerakan HAMAS tidak mahu menerima perundangan dari Kuartet Timur Tengah dan memilih kekuatan dalaman tanpa bergantung kepada pihak luar.
2. Tekanan Israel haluan kanan
Palestin Ramallah telah mula bimbang semenjak kempen pilihanraya Israel sebelum dan sewaktu perang Gaza(27/12/2008-19/01/2009) kerana parti-parti berhaluan kanan Israel yang bersifat 'pelampau dan keras' bersaing kuat dengan parti-parti Israel berhaluan kiri. Jelasnya dapat dilihat, kedua-dua haluan ini menetapkan HAMAS sebagai sasaran untuk meraih undi. Hal ini, apa-apa rundingan sukar untuk memberikan keselesaan kepada Palestin Ramallah memandangkan dalam masa yang sama masyarakat Palestin mula hilang keyakinan kepada Palestin Ramallah. Maka dengan sebab itu, Palestin Ramallah terpaksa mengumumkan pembekuan rundingan damai secara bersemuka dengan Israel waktu itu walaupun perunding Israel dari kalangan berhaluan kiri.
Walaupun keputusan pilihanraya Israel pada mulanya memihak kepada parti Kadima berhaluan kiri yang dipimpin Tzipi Livni(bekas Menteri Luar Israel 2009), Palestin Ramallah tetap menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan parti Israel berhaluan kanan. Namun secara tidak sedar parti Israel berhaluan kanan mengubah strategi dengan bersetuju bergabung kuasa(Kerajaan Campuran), lalu parti Kadima hilang kerusi dan hanya menjadi parti pembangkang di Israel, malah banyak mengkritik dasar Kerajaan Campuran Israel yang terlalu keras dan sukar untuk memulihkan semula imej Israel di mata dunia ekoran perang Gaza. Maka, dengan kesan parti berhaluan kanan, Palestin Ramallah menerima tekanan kuat dan menyukarkan ia mengembalikan pengaruhnya dalam arena politik Palestin.
Read more...