الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label warga Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warga Israel. Papar semua catatan

Warga zionis mengasari pengutip zaitun

09 Oktober 2011

NABLUS - Satu pertempuran tercetus tengahari tadi antara pengutip zaitun(penduduk Palestin) dengan warga zionis yang mahu merompak hasil tuai zaitun malahan bertindak mengasari pengutip zaitun.

Berhubung kejadian, Ketua Majlis Jawatankuasa kampung Awwarta, Fayes Awwad menjelaskan kepada agensi berita Safa bahawa sebilangan dari kalangan warga zionis yang mendiami penempatan zionis 'Itamar' menyerang pengutip-pengutip buah zaitun di kampung Awwarta.

Kata beliau lagi, walaupun penduduk Palestin di kampung berkenaan bekerja berkumpulan mengutip zaitun dan secara berdekatan bagi menghadapi tentangan warga zionis, warga zionis tetap juga dapat mencuri tangga yang digunakan mengutip zaitun serta membawa lari.

Menurut saksi, pertempuran tercetus di penjuru timur kampung setelahmana warga-warga zionis dari penempatan Itamar mahu mencuri buah zaitun yang telah dikutip.

Saksi kejadian berkata, penduduk Palestin di kampung terbabit menghadang serangan warga zionis dengan melontar batu, lantas tentera penjajah yang dikerahkan menjalankan misi pengosongan kawasan berkenaan dari para peladang Palestin bertindak campur tangan.

Para penduduk kampung membantah dari meninggalkan tanah-tanah pertanian mereka kerana bimbang warga zionis akan mencuri lagi hasil tuaian mereka.

Akhir-akhir ini, keadaan bertambah tegang di kampung-kampung Palestin di Tebing Barat ekoran seringkali diancam warga zionis. Sumber 09/10/2011, web berita Safa.ps

Read more...

5 remaja cedera di Syeikh Jarrah

24 April 2011

Laporan asal jam 10.00 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.00 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - 5 remaja Palestin mengalami sesak nafas malam ini setelah terkena bom pemedih yang dilontarkan oleh warga haram zionis di Hayyu syeikh Jarrah, pertengahan bandar BaitulMaqdis.

Kedudukan peta: H] Hayyu Syeikh Al-Jarrah, F] Wadi Al-Jouz dan tanda kuning adalah Masjid Al-Aqsa.

Saksi kejadian di Hayyu berkenaan berkata, warga haram zionis dalam lingkungan 50 orang menyerang beberapa remaja Palestin yang sedang bermain berhampiran rumah mereka, tambah lagi, warga-warga haram melontar bom pemedih mengakibatkan 5 remaja sesak nafas.

Jelas saksi lagi, tidak memadai dengan tindakan itu, warga haram turut melontar batu ke arah kereta-kereta penduduk Palestin yang melalui kawasan terbabit.

Seorang penduduk Palestin yang menerima nasib sedemikian menyatakan, ketika dia keluar dari kereta untuk meninjau kesan lontaran batu, tiba-tiba warga haram menyerangnya pula sebelum tentera rejim penjajah campur tangan.

Maaf yang lebih buruk

Berikutan kejadian, seorang anggota Jawatankuasa Pertahan Tanah-tanah Silwan, Fakhri Abu Diab berkata, "penduduk Palestin di Hayyu Syeikh Jarrah meminta tentera rejim menangkap warga haram yang melontar batu," namun jawapan yang diberikan, kata tentera rejim, "Yahudi sedang merayakan Hari Pesakh, jadi tidak ada siapa yang mengizinkan untuk menangkap mereka."

Abu Diab mengungkapkan, dalih maaf seumpama ini lebih buruk dari kejahatan yang dilakukan ekoran sikap jahat ini ketika mereka merayakan 'Pesakh Yahudi', malah menzahirkan dendam kesumat mereka terhadap semua penduduk Arab Palestin.

Tambah Abu Diab lagi, "boleh jadi tindakan jahat ini tindak balas dari kejadian yang membunuh seorang warga Yahudi pagi tadi berhampiran kawasan pusara Yusuf di Nablus."

Kejadian lain yang berlaku pada waktu asar, warga-warga haram Yahudi yang bersenjatakan senapang automatik di jalan utama Hayyu Wadi Al-Jouz melepaskan tembakan peluru hidup secara rambang ke arah rumah-rumah Palestin. Kawasan terbabit hanya terletak berpuluh-puluh meter dari tembok BaitulMaqdis. Sumber 24/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Pendatang haram kuasai tanah Palestin

01 Oktober 2010

NABLUS - Pendatang-pendatang haram Israel telah menguasai sebuah kawasan tanah Palestin yang luas di beberapa buah kampung di selatan Nablus, Tebing Barat pada pagi Jumaat(hari ini).

Sumber peta, google map. Kawasan tanah yang luas melibatkan 3 buah kampung Palestin yang berada di kedudukan no. 5, 26 dan 101.

Saksi kejadian berkata, "warga Israel dari penempatan Yizhar telah mengawal sebuah kawasan tanah yang luas dari kampung 'Asira Al-Qibliya, Burin, dan 'Urif..mereka dah mula meratakan tanah untuk memulakan kerja bina."

Jelas saksi itu lagi, pendatang-pendatang haram Israel menghalang tuan tanah dari kalangan penduduk Palestin mengadakan sebarang tindakan bantahan. Sumber 01/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Luka lawan dengan pendatang haram Israel

20 September 2010

NABLUS - Pertempuran yang tercetus pagi tadi antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel disebabkan kecurian buah zaitun Palestin di penjuru selatan kampung Buren, Nablus, Tebing Barat.

Sumber peta, google map.

Menurut saksi kepada agensi berita 'Safa', "beberapa orang pendatang haram Israel dari penempatan haram Brakha telah mencuri pohon-pohon zaitun yang berbuah, ditanam penjuru selatan kampung."

Jelas saksi, penduduk kampung bertindak menghadang serta menegah pendatang haram dari terus melakukan perkara huduh itu, lalu mencetuskan pertempuran bersenjatakan batu antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel.

Tambah saksi lagi, tentera rejim zionis terus campur tangan dan melindungi pendatang haram dengan melepaskan tembakan bom gas ke arah penduduk Palestin yang berlawan dengan pendatang haram. Seorang mangsa tembakan bom gas, Basheer Qoddus mengalami luka ringan.

Setiap tahun, apabila cukup tempoh waktu ranum, ladang-ladang zaitun kerap diceroboh pendatang haram Israel yang bertujuan mencuri pohon-pohon dan buah zaitun. Berikutan kejadian tersebut, seorang dari pendeta Yahudi(rabai) mengeluarkan fatwanya bahawa pohon zaitun pada adatnya tanpa ukuran tanah adalah milik Yahudi dan Palestin hanyalah penuainya.

Seperti yang disebutkan, seramai 20 ribu pendatang haram Israel dari 39 buah penempatan dan lubuk haram Israel menduduki secara haram di kawasan-kawasan dan desa di Wilayah Nablus, Tebing Barat. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pesta jalanan gugat ketenteraman Palestin

04 September 2010

KHALIL - Satu kejadian yang dilaporkan pagi tadi, warga Israel menyerang serta memukul penduduk Palestin di zon selatan bandar Khalil. Dalam kejadian tersebut, warga Israel menyerang kenderaan Palestin malah menutup jalan persimpangan Al-Fahs yang menghubungkan Khalil dengan kampung-kampung serta daerah di bahagian selatan.

Sumber keamanan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' menyebut bahawa warga Israel keluar ke jalan bagai berpesta yang mengganggu ketenteraman. Selain itu, mereka bertindak menutup jalan-jalan utama dengan kenderaan mereka serta membuat gangguan kepada penduduk Palestin dan memukul penduduk Palestin.

Gambar(arkib safa): Gelagat warga Israel yang mengganggu penduduk Palestin.

Sementara itu, sumber menjelaskan kaitan serangan 'banjir api', tentera rejim zionis melancarkan operasi geledah rumah Palestin setiap malam di kawasan-kawasan perumahan Khalil. Tentera rejim zionis juga mengadakan pos-pos kawalan di jalan-jalan masuk ke bandar Khalil serta bandar kecil, As-Samu' dan Bani Na'im, malah turut meningkatkan bilangan tentera rejim serta meronda dengan kerap di jalan-jalan yang mengelilingi bandar Khalil. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS