Erdogan: Usaha damai sudah lama tercapai sekiranya Majlis Keselamatan mengenakan hukuman ke atas Israel
28 September 2011
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengungkapkan bahawa sekiranya PBB(UN) mengenakan hukuman ke atas Israel(rejim zionis), sudah pasti, perdamaian sudah lama tercapai di Timur Tengah.
Gambar(RT Arabic): Perdana Menteri Turki semasa memberi ucapan dalam Persidangan Agung PBB pada 23/09/2011 yang lalu di New York.
Menukil dari majalah 'TIME' Amerika dalam edisi yang diterbitkan pada hari Selasa, 27/09/2011, Erdogan berkata dalam wawancara, "Sehinggalah hari ini, Majlis Keselamatan Antarabangsa telah mengemukan 89 agenda draf resolusi yang membincangkan ketetapan khusus terhadap Israel, namun satu pun tidak diluluskan..sungguh ajaib, kenapa satupun hukuman tidak boleh dikenakan ke atas Tel-Aviv?."
Beliau turut mempersoalkan, "ketikamana bercakap mengenai Iran, dengan penuh percaya kamu mahu kenakan hukuman, begitu juga, perkara yang sama terjadi kepada Sudan. Kenapa sedemikian itu tidak berlaku sewaktu perkara(hukuman) yang ada hubungkait dengan Israel?."
Perdana Menteri Turki mengandaikan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Israel akan menyelesaikan konflik Arab-Israel sejak dahulu lagi.
Beliau turut menganggap Majlis Keselamatan Antarabangsa tidak dapat mengambil sebarang ketetapan yang berkaitan dengan Israel kerana Kuartet Timur Tengah tidak serius agar tercapainya perdamaian di rantau Timur Tengah.
Kata beliau lagi, "amat dikesali, saya tidak nampak titik kejujuran dalam kerja Kuartet Timur Tengah, jika mereka mahu selesaikan masalah ini, sewajarnya telah lama mereka memutuskan sebarang tindakan terhadap Israel." Sumber 27/09/2011, web berita RT Arabic