الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Likud ikrar teruskan bina penempatan Yahudi

24 Jun 2010

Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel telah bersepakat pada hari ini bagi meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Gambar(Al-Jazeerah): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel selaku Presiden Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel. Parti berhaluan kanan ini agak lebih 'keras' berbanding Parti Kadima(haluan kiri) yang mengetuai Kerajaan Israel pada sesi lepas. Pada sesi lepas, Ehud Olmert dari parti Kadima menjadi Perdana Menteri, namun menjelang pilihanraya Israel yang lalu, Olmert didakwa terlibat dalam 'rasuah' sekaligus mencemar personalitinya. Jawatan Olmert sebagai pengerusi parti Kadima diganti dengan Tsipi Livni, bekas Menteri Luar Israel. Hasil keputusan pilihanraya yang lalu, parti Kadima menang tipis namun Netanyahu telah membentuk 'campuran kuasa' dengan parti-parti lain. Lantas kuasa Kerajaan jatuh di tangan Netanyahu. Akhirnya, Presiden Israel, Shimon Peres menyerahkan mandat kepada Netanyahu untuk membentuk kerajaan yang ada sekarang ini.

Dalam kenyataan rasmi, parti Likud yang diketuai Benjamin Netanyahuitu berkata, jawatankuasa-jawatankuasa kepimpinannya telah sepakat sebulat suara meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat setelah tempoh pembekuan pembinaan itu berakhir pada 26 September 2010.

Dalam pungutan suara tersebut, Netanyahu tidak berada dalam pertemuan parti Likud.

Kenyataan rasmi itu menunjukkan ahli jawatankuasa pusat parti Likud menyokong pembinaan penempatan-penempatan Yahudi di seluruh tempat yang dinamakan "Israel Raya", tidak terkecuali kawasan-kawasan di Tebing Barat, Al-Quds, Naqab(Negev) dan Galilee.

Persepakatan itu dicapai meskipun Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengecam keras tindakan Majlis Perbandaran Al-Quds yang mendahului dengan merancang meroboh beberapa buah rumah Palestin di Timur Al-Quds.

Malahan, persepakatan itu juga menjelang pertemuan yang dinantikan pada bulan Julai akan datang antara Benjamin Netanyahu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Obama juga memperlihatkan pentadbirannya yang mengecam pembinaan penempatan Yahudi kerana diiktibarkan salah satu penghalang kepada usaha perdamaian.

Sebagaimana disebutkan, Netanyahu telah mengakui pada November tahun lepas bagi membekukan pembinaan penempatan Yahudi selama 10 bulan. Pembekuan itu ekoran tekanan dari Amerika Syarikat(US) yang mahu memudahkan usaha rundingan dijalankan semula dengan Pihak Berkuasa Palestin. Sumber 24/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

Read more...

SARAYA AL-QUDS serang tentera Israel

UTARA GAZA - Kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengumumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab menyerang tentera penjajah di utara Semenanjung Gaza.

SARAYA AL-QUDS dalam kenyataannya yang disampaikan kepada agensi berita berkata, pihaknya berupaya menyerang sebuah kereta kebal Israel berdekatan Kuliah Pertanian di utara bandar kecil Bet Hanoun dengan pelancar roket RPG malah juga menyerang kawasan laluan tentera di timur bandar kecil Bet Hanoun dengan pelancar roket jenis 'hawn'. Sumber 24/06/2010(07.12 malam, Palestin/Mesir), web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI MUSTAFA hadang pencerobohan Israel di utara Gaza

Sumber peta, google map. Kotak berwarna biru adalah kedudukan sempadan Erez yang menghubungi tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948 dengan tanah Semenanjung Gaza. Manakala, erez pula adalah nama sebuah tempat Israel yang berada di kedudukan nombor 30 berwarna biru dan garisan lintang berwarna merah menunjukkan arah pencerobohan tentera Israel ke utara Gaza.

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera Barisan Pertahanan Masyarakat bagi pembebasan Palestin telah menghadang sebuah unit tentera Israel yang menceroboh ke bandar kecil, Bet Hanoun di utara Semenanjung Gaza.

Kenyataan rasmi kumpulang pejuang yang disampaikan kepada agensi berita berkata, 'pejuang-pejuangnya telah berjaya menghadang sebuah unit tentera Israel yang menceroboh di kawasan Erez, utara Bet Hanoun, Gaza serta mengebom tentera Israel dengan pelancar roket jenis 'hawn' 100mm.'

Kenyataan tersebut menjelaskan, "operasi menghadang pencerobohan ini adalah balasan terhadap jenayah dan penentangan penjajah serta mempertahankan tanah air kami, juga rakyat kami." Dinyatakan lagi, pihaknya sentiasa berusaha menghadang pencerobohan penjajah. Sumber 24/06/2010(04.14 petang, Palestin/Mesir), web berita safa.ps

Read more...

Israel tidak kemuka apapun rancangan bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza - UNRWA

Jurucakap rasmi United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East(UNRWA) di Gaza, Adnan Abu Hasanah menuduh Israel berbohong dengan pengumuman melonggarkan sekatan ke atas Gaza.

"Pengumuman Israel itu tidak dapat menyelesaikan apa yang diperlukan oleh UNRWA, maka Israel hanya bercakap pada permulaan, namun tidak menyentuh tentang rancangan melonggarkan sekatan", ujar beliau.

Jelas Adnan lagi sambil mempersoalkan tindakan Israel, 'hingga sekarang Israel hanya bercakap kosong, tidak ada penjelasan dan mekanisme sehinggakan pihak UNRWA tidak tahu bahan-bahan (barang-barang) yang dibenarkan masuk ke Gaza, juga termasuk bahan-bahan binaan dibenarkan atau tidak ke Gaza.'

Beliau menyatakan, semenjak serangan ke atas freedom flotilla, sebanyak 20 trak pengangkut hanya dibenarkan masuk ke Gaza dengan membawa barang yang sama tanpa ada penambahan.

Adnan Abu Hasanah berkata sedemikian kepada agensi berita Shourouk setelah selesai persidangan bertindak di Kaherah semalam yang diketuai Mesir.

Persidangan itu diadakan oleh Panel Penasihat kepada UNRWA di bawah PBB(UN) dihadiri wakil-wakil Negara penyumbang dari Amerika Syarikat(US), Kesatuan Eropah(EU) dan China. Negara-negara ini mewakili Negara besar yang memberikan bantuan kepada Palestin dan juga dihadiri beberapa buah Negara penyumbang yang lain: Arab dan barat.

UNRWA turut membangkitkan mengenai masalah kewangan yang dihadapinya dan rancangan masa hadapan. Hal tersebut diperbincangkan secara meluas antara Negara-negara penyumbang dan Negara yang menerima pelarian Palestin, antaranya Jordan, Syria dan Lubnan. Ketiga-tiga buah Negara Arab ini memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelarian-pelarian Palestin di kem-kem pelarian tanpa diberikan bantuan kewangan.

Adnan Abu Hasanah turut mendedahkan bahawa Negara-negara Arab tidak menyelesaikan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Liga Arab dalam persidangannya. Jumlah nisbah sokongan kewangan Negara-negara Arab kepada pelarian Palestin sebanyak 7.5%, namun peruntukan Arab yang diberikan hanya 1.5%.

Beliau menambah, sumbangan peruntukan dari beberapa buah Negara barat turut berkurangan pada masa lalu berikutan krisis ekonomi global. Berikutan itu, permintaan dari UNRWA terus bertambah disebabkan kerosakan dan kehancuran dalam perang tahun lalu malah timbul permasalahan di Mukhayyam(kem-kem pelarian) Nahr-Al Barid di Lubnan. Sumber 24/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Read more...

Peres minta Austria tekan HAMAS

AL-QUDS, - Presiden Israel, Shimon Peres
menggesa Kerajaan Austria mengenakan tekanan ke atas gerakan HAMAS agar dapat mengubah dasar politiknya.

Gambar(ynetnews.com): Faymann di sebelah kiri Shimon Peres.

Gesaan tersebut ketika Peres mengadakan pertemuan dengan Canselor Kerajaan Austria, Werner Faymann di Wisma Kerajaan Israel di Al-Quds pagi Khamis(tadi).

Presiden Israel berkata kepada tetamu undangan dari Austria bahawa, 'gerakan konvoi armada kapal ke Gaza hanyalah untuk mencetuskan provokasi yang dilakukan oleh Iran dengan kerjasama HIZBULLAH dan HAMAS, menurut dakwaan Peres.'

Sementara itu, Canselor Faymann berharap agar bebaskan Gaza dari sekatan serta memperbaiki keadaan kehidupan kepada penduduk Palestin di Gaza. Jelas Faymann, hal tersebut tidak menyentuh keamana Israel.

Gambar peta(wikipedia): Republik Austria berwarna merah.

Sehingga kini, Negara zionis berhadapan dengan kecaman yang meluas dari seluruh dunia setelah melakukan serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Sejak kejadian itu, banyak desakan-desakan yang menuntut supaya bebaskan keseluruhan sekatan ke atas Gaza. Sumber 24/06/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

> Peres to Austrian chancellor: Terror groups overtook Gaza flotillas (ynetnews.com)

Read more...

Bet Hanoun diceroboh

GAZA - Beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan skala terhad di bandar kecil Bet Hanoun yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

Sumber keamanan menjelaskan kepada agensi berita bahawa, beberapa buah kereta kebal mengiringi jentolak dalam pencerobohan di utara Gaza pada pagi tadi. Dinyatakan, Israel menceroboh masuk sejauh 500 meter dari garisan sempadan dan melakukan operasi meratakan tanah dan mengesan. Sumber 24/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Sekatan, Turki-Palestin, Nasib tahanan, janji Obama

Sekatan dilonggarkan ke atas Gaza?

Turki - Palestin mengimbau sejarah. Sejarahnya pasti berulang !!

Nasib tahanan Palestin di dalam penjara Israel. Siapa yang akan bebaskan mereka? Kerap juga pihak antarabangsa merayu dan menangis meminta supaya seorang tentera Israel dalam tawanan pejuang Palestin di bebaskan, tetapi mereka tak sanggup mendesak supaya ribuan penduduk Palestin yang tidak kira usia dan jantina dalam penjara Israel dibebaskan..sungguh aneh.

Jika janji Obama yang ditabur tahun lepas belum ditunaikan, jangan harap janji Bush pada tahun 2003 dan 2008 untuk dirikan Negara Palestin akan tercapai. Mungkin akan tercapai tapi bukan dengan janji-janji mereka(US).

Sumber karikatur Palestine48(Pls48)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS