12:15 pagi, Menurut GAZA, SAFA & MEDIA PERANG: Gencatan senjata yang terbaru antara BRIGED AL-QUDS(mewakili sayap-sayap tentera Palestin) dengan Israel bermula selepas jam 10:00 malam tadi(30/10/2011). Bagaimanapun, menjelang pertengahan malam tadi, pesawat rejim zionis mengebom sebuah rumah tanpa penghuni dan dua pejuang terselamat. Pada waktu ini, pesawat pengintip zionis tanpa pemandu kerap meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza. Keadaan boleh disifatkan penuh berwaspada dan berjaga-jaga. Tambahan dari berita AL-JAZEERAH pada malam tadi, jurucakap JIHAD ISLAMI menyebut bahawa pihaknya tidak henti memantau sebarang tindakan Israel.
05:44 pagi, SAFA: Abu Salmiah berkata, penemuan dua jasad yang syahid di kawasan Al-Fukhara, Khan Younis.
06:09 pagi, SAFA: Kedua-dua yang syahid, Abu Abdou dan Ali Al-Akkad. Kedua-duanya adalah pejuang dari BRIGED AL-ANSAR(KATAIB AL-ANSAR), sayap tentera kepada gerakan AL-AHRAR.
06:23 pagi, SAFA: BRIGED AL-ANSAR, 'Sepakat mengenai gencatan tak boleh menghalang dari membalas gugurnya darah syuhadak kami'.
02:45 petang, SAFA: Netanyahu menegaskan semula bahawa tidak ada persepakatan bagi menghentikan serangan di sekitar Semenanjung Gaza.
03:10 petang, YNET: Satu serangan roket gugur di Ashekolan, tiada kecederaan dilaporkan.
04:04 petang, SAFA: Menteri Luar Israel gesa lancarkan perang besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza dan jatuhkan pemerintahan HAMAS.
04:12 petang, SAFA: BRIGED ABU ALI MUSTAFA(KATAIB ABU ALI MUSTAFA) mengumumkan pihaknya yang mengebom Ashkelon dengan roket 'grad'.
06:28 malam, SAFA: Menukil dari YNET, satu serangan dari peluru mortar 'hawn' gugur di kawasan She'er Henegev, sebelah barat Naqab. Tiada kecederaan.
07:02 malam, SAFA: Menukil dari HAARETZ, sistem penangkis roket jarak dekat(Iron Dome) telah menangkis 3 serangan roket. Dua lagi serangan roket gugur di kawasan lapang di Beer Sheeba dan Sderot(tanah jajahan).
07:19 malam, SAFA: BRIGED ABU ALI MUSTAFA mengumumkan pejuangnya mengebom Beer Sheeba(tanah jajahan) dengan satu serangan roket jenis 'grad'.
10:21 malam, SAFA: Ketua Turus Angkatan Tentera penjajah telah meluluskan siri serangan balas ke atas serangan-serangan roket dari Semenanjung Gaza.
11:27 malam, SAFA: Menukil dari YNET: Satu serangan roket gugur berhampiran Ashkelon, tiada kecederaan dilaporkan.
Read more...