الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

AYYASH TETAP DI HATI MUJAHIDIN

05 Januari 2013

Walaupun 17 tahun as-syahid Yahya Ayyash telah menghadap Ilahi, namun as-syahid yang dikenali jurutera pertama pembuat bom bagi sayap tentera Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) tetap di hati para mujahidin.

Pada satu ketika dahulu, as-syahid yang merupakan komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (Brigade Al-Qassam) di Tebing Barat kerap diburu pihak berkuasa Palestin dan rejim zionis kerana sentuhannya benar-benar menjadi ancaman terhadap zionis. Manakan tidak, kebanyakan operasi letupan yang di susun atur olehnya ataupun yang disertainya telah menjahanamkan ramai tentera zionis dan warga-warga zionis.


Antara operasi letupan:

- 19 Oktober 1994, seorang pejuang Brigade Al-Qassam, as-syahid Saleh Nazal memasang peledak pada tubuh dan meletupkan dirinya dalam sebuah bas di bandar Tel-Aviv (تل الربيع), lantas mengakibatkan 22 orang warga zionis terbunuh dan tidak kurang 40 yang lain cedera.

- 22 Januari 1995, dua pejuang Palestin dari JIHAD ISLAMI meletupkan diri mereka berdekatan Nataniya, lantas menyebabkan seramai 23 tentera penjajah maut dan 40 lagi cedera. Operasi ini disifatkan yang paling dahsyat. Sumber tentera zionis dalam siasatannya mengesahkan peledak yang diletupkan oleh dua pejuang Palestin mempunyai kesan pembuatnya adalah as-syahid Yahya Ayyash.

- 21 Ogos 1995, operasi 'amaliat istisyhadiah' yang dilakukan ke atas sebuah bas di Ramat Eshkol, bandar Al-Quds telah menyebabkan 5 zionis terbunuh dan yang cedera pula melebihi 100 orang. Penyerang ini adalah salah seorang anak murid kepada as-syahid Yahya Ayyash.

Kata-kata as-syahid yang selalu diingati:

- "Mustahil saya akan tinggalkan Palestin, saya telah menazarkan diri kepada Allah dan agama ini, hanya menang atau syahid."

- "Mesti diteruskan perang menentang zionis sehinggalah dapat dihambat keluar dari keseluruhan tanah Palestin."

- "Yahudi boleh membuang tubuhku dari Palestin tetapi aku mahu terlebih dahulu menanam sesuatu dalam diri masyarakat yang mana Yahudi tidak boleh menanggalkannya."

- "Janganlah risau, bukan saya seorang sahaja pembuat letupan, ada lagi sebilangan besar yang akan menjadi sedemikian, maka mereka ini akan menghancurkan tempat tidur Yahudi dan sekutunya..dengan izin Allah."

- "Mereka (pihak berkuasa Palestin) berusaha bersungguh-sungguh untuk menangkapku, hendak membunuhku, dan bagiku mereka tidak berbeza dari Yahudi cuma kami tidak memerangi mereka kerana menganggap mereka adalah di kalangan masyarakat kami, mereka memerangi kami hanyalah mewakili Yahudi."

Apa kata musuh kepada as-syahid?

As-syahid Yahya Ayyash
- Yitzhak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel pernah berkata, "aku amat risau jika yang duduk bersebelahan dengan kita dalam Knesset (parlimen) adalah Ayyash," kata Yitzhak lagi, "tidak syak Ayyash memiliki kemampuan luar biasa yang tidak dimiliki orang lain, jika dia terus hidup, dia menjadi malapetaka (bahaya) yang jelas kepada kestabilan keamanan Israel."

- Moshe Shahak, bekas Menteri Dalam Negeri Israel, "aku tidak mampu nak beri sifat apa kepada Yahya Ayyash melainkan ianya adalah luar biasa, seluruh badan-badan keamanan dalam negara Israel tidak mampu menghalang operasinya, bila dia telah tiada (syahid), barulah negara ini dapat bernafas dengan baik."

- Media massa zionis pada waktu itu menyifatkan as-syahid Yahya Ayyash dengan berbagai-bagai gelaran, antaranya, 'serigala', 'lelaki berwajah seribu', dan 'si pintar'.

As-syahid pindah ke Semenanjung Gaza

Setelah diburu hebat dan ancaman yang dilaluinya di Tebing Barat, as-syahid membuat keputusan pindah ke Semenanjung Gaza untuk menyamar terlebih dahulu dan yang keduanya, merekrut pejuang-pejuang Brigade Al-Qassam mencipta peledak letupan. 

Semasa di Gaza, as-syahid menyembunyikan diri di salah sebuah rumah anggota HAMAS. Bagaimanapun, perisikan zionis dapat juga menghantar telefon bimbit yang dipasang peletup melalui perantaraan seorang ejen zionis yang dikenali Kamal Hamad. Menurut perincian, Kamal Hamad merupakan saudara kepada pemilik bangunan rumah yang didiami oleh Ayyash. Ketikamana jurutera Al-Qassam itu mahu menjawab panggilan telefon dari ayahnya pada pagi Jumaat, 05/01/1996, lalu kedengaran letupan yang kuat dalam rumah tersebut mengakhiri kisah 'lelaki seribu wajah' yang telah menggerunkan musuh. Dialah as-syahid Yahya Ayyash.

Pun begitu, pada waktu pemergiaannya, kerajaan penjajah tetap tidak tenang dan mengumumkan langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri berlaku operasi balas dendam. Sebagaimana yang diceritakan, keseluruhan peringkat masyarakat Palestin keluar ke jalan berarak sebagai penghormatan kepada as-syahid.

Dianggarkan 250 ribu penduduk Palestin di Gaza keluar berarak mengiringi jenazah as-syahid yang mengambil masa selama 4 jam dan sepanjang 4 kilometer.

Dari sudut lain, menurut sumber Palestin mengesahkan bahawa 25 keluarga Palestin memberikan nama 'Yahya Ayyash' kepada anak cucu mereka yang dilahirkan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin selepas hari kejadian. 

Betul, as-syahid Ayyash telah tiada. Namun, anak-anak muridnya tetap ada dan menyambung misi-misinya.

Sumber:
Media Penerangan Briged Al-Qassam

Read more...

KEMASKINI: Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru

14 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Tentangan dan serangan masih tidak henti apabila serangan terbaru dari pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin di timur bandar Deir Al-Balah Gaza Tengah pada petang tadi hari ini. Demikian itu mengakibatkan dua orang penduduk Palestin syahid dan dua lagi cedera.

Mangsa serangan pesawat zionis petang tadi

Menukil dari sumber perubatan dan saksi kejadian petang tadi, kata mereka, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan penduduk di timur bandar Deir Al-Balah sehingga mengakibatkan dua orang syahid, Izzuddin Naseer Abu Nusair, 24 dan Ahmad Abdul Mu'ti Fatayer serta dua lagi cedera.


Dua anggota ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang syahid
Berhubung mangsa syahid, sayap tentera LIJAN AL-MUQAWAMAH iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN memaklumkan bahawa kedua-dua mereka adalah anggotanya.

Kata ALWIYAH dalam kenyataan media hari ini, "si musuh zionis telah membuat lagi jenayah hari ini dengan menjadikan dua pejuang ALWIYAH sebagai sasaran, selagimana jenayah ini berterusan ianya membuka lagi pekung (musuh) serta menambahkan lagi tekad dan berpegang dengan pertempuran mengikut jalan yang diredhaiNya."

Seperti yang dijelaskan, as-syahid Abu Nusair, 23 adalah komander unit pertahanan di Deir Al-Balah, begitu juga as-syahid Fatayer dari unit yang sama.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir Al-Balah.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah mengesahkan bahawa krew perubatan telah membawa mangsa yang syahid ke hospital tersebut, manakala dua yang cedera dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Dr. Asyraf menjelaskan peningkatan bilangan yang syahid ekoran serangan zionis sejak malam lepas telah bertambah kepada 5 mangsa yang syahid dan 4 cedera parah.

Sejak hari mula tentangan dan serangan di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober hingga waktu ini, penduduk Palestin yang syahid seramai 6 mangsa dan yang cedera pula seramai 18 orang.

Kaitan lain:

Berhubung serangan ini, jurucakap tentera rejim zionis (IDF officials) melalui web berita 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menyatakan pesawat tempur mengebom sekumpulan penduduk Palestin di Gaza Tengah. Dakwa lagi, kumpulan terbabit yang menjadi sasaran adalah mereka yang melancarkan serangan roket ke arah Majlis Penempatan Eshkol (Eshkol Regional Council) dan gugur di sebuah kawasan tanah lapang. Sumber 14/10/2012, web berita; Safa, Paltimes, dan Ynet serta halaman facebook; Gaza Sekarang dan Terkini Dari Gaza

Read more...

Lagi seorang syahid, kritikal dibom zionis

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Pesawat tempur (sumber lain menyebut pesawat pengintip tanpa juruterbang) milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sebuah motosikal pada awal pagi ini di kawasan Al-Fukhara, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lantas mengakibatkan seorang pejuang syahid dan seorang lagi kritikal. Demikian itu, selepas beberapa jam serangan yang sama menyebabkan dua orang syahid di timur Jabaliya.

Pautan berita:

as-syahid Yaseer Al-Attal
Kata sumber perubatan, mangsa serangan yang syahid di Khan Younis ialah Yaseer Muhammad Ibrahim Al-Attal, 23, sementara seorang lagi yang dikenali 'ن س' mengalami kecederaan yang kritikal.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang menjadi sasaran pesawat zionis kira-kira dua jam yang lalu [jam 05:40 pagi] adalah aktivis الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة. 

Menukil pengakuan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), jurucakap tentera rejim zionis (IDF) menyebut pada pagi Ahad, pesawat tempur telah mengganyang individu yang dikatakan jaringan pengganas yang melancarkan serangan roket ke tanah jajahan. 

Jelas lagi kenyataan dari tentera zionis, 'serangan terbabit tepat mengenai sasaran, sememangnya tentera Israel tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan yang mengancam warga Israel atau keamanan Israel, HAMAS mesti dipertanggungjawabkan akibat kegiatan serangan roket'. Sumber 14/10/2012, web berita Safa, halaman facebook Gaza Sekarang dan web berita Ynet

Read more...

2 syahid dibom pesawat zionis

13 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Serangan udara yang dimuntahkan oleh pesawat rejim zionis milik Angkatan Tentera Israel (IAF) ke atas sebuah motosikal di pertengahan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza malam ini mengakibatkan dua orang Palestin yang menungganginya syahid, menurut penjelasan dari saksi kejadian.




Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata sewaktu dihubungi agensi berita SAFA, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam sebuah motosikal mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan seorang lagi sederhana. Bagaimanapun, saksi yang berada di hospital Kamal Udhwan mengesahkan kepada SAFA bahawa seorang telah syahid dan seorang lagi kritikal. 

Ali Al-Saidani
Menukil dari agensi PALTIMES, mangsa yang kritikal adalah Hisham Ali Al-Saidani, 43 telah dipindahkan ke hospital As-Shifa', namun mangsa telah syahid sebelum sempat usaha menyelamat dijalankan. Mangsa pertama yang syahid adalah salah seorang pengiring kepada Hisyam, Fayez Abu Jazzar.

Tambah Dr. Asyraf lagi, seorang kanak-kanak umur 10 tahun turut mengalami kecederaan yang disifatkan antara ringan dan sederhanan sewaktu melintasi lokasi berkenaan sebaik sahaja kejadian berlaku. 

Kaitan berita:

Zionis mengaku serang

Berhubung serangan, jurucakap tentera rejim zionis, Avichay Adraee melalui rangkaian sosial atau micro-blogging iaitu TWITTER pada dua jam yang lalu menyebut IAF telah menyerang individu perosak (dakwaan Avichay), anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa.

Dakwa Avichay, mangsa serangan pesawat pengintip zionis merupakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket pada malam semalam ke arah bandar Netivot.

Pautan media massa zionis:

Demikian itu, jentera perang rejim zionis serta kereta perisai dilihat berkumpul di Al-Sureij. Tambahan lagi, jentera-jentera perang zionis turut kelihatan berhampiran pos kawalan tentera zionis di Sufa yang terletak di sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Satu jam yang lepas, pejuang Palestin telah berjaya melancarkan dua serangan roket ke arah tanah-tanah jajahan. Pada waktu ini, pesawat-pesawat pengintip kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jelas lagi dari sumber hebrew, tentera zionis meminta kepada warga-warga zionis di penempatan-penempatan yang setentang dengan Semenanjung Gaza agar berwaspada dan sentiasa berada berdekatan dengan tempat perlindungan. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes, web berita Ynet dan sumber rasmi tentera zionis

Read more...

3 sasaran serangan zionis

SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Pesawat-pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan beberapa serangan ke atas tiga sasaran di Semenanjung Gaza awal pagi Sabtu (hari ini).


*Israel: penjajah/zionis

Menurut pemberita Palestin, serangan pertama, pesawat zionis menyasarkan sebuah kawasan terbuka berhampiran Masjid Al-Sofa, jalan masuk ke Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah.

SAFA: Antara mangsa serangan udara zionis pada 07 Oktober
Dalam serangan kedua, sebuah kawasan lapang berhampiran stesen janakuasa elektrik di El-Nusairat pula menjadi sasaran. Serangan ini mengakibatkan letupan yang amat kuat sehingga menimbulkan kerosakan harta benda di kawasan berkenaan.

Tidak memadai dengan serangan ini, pesawat tempur rejim zionis mengalih lagi serangan ke atas sebuah tanah lapang di utara bandar Gaza.

Berhubung serangan-serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza, tiada sebarang kecederaan di kalangan awam.

Zionis akui serangan

Jurucakap tentera rejim zionis (IDF Spokesperson's Unit) dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dan sebentar tadi tersiar dalam versi english telah mengakui melancarkan tiga serangan ke atas lokasi-lokasi pembinasa di Semenanjung Gaza, berikutan itu, serangan-serangan ini bagi membalas serangan roket yang berterusan ditujukan ke atas bandar-bandar dan daerah Israel, menurut laporan YNET.


Klip rakaman roket yang gugur di penempatan tanah jajahan

Pautan:

Pada malam semalam, satu serangan roket yang gugur di penempatan Netivot, selatan tanah jajahan 1948 telah mengakibatkan seorang warga zionis cedera ringan dan berlaku kerosakan ke atas sebuah rumah sebaik sahaja roket jatuh di laman belakang rumah itu.
YNET: Rocket removed from house's backyard (Photo: Moshe Knafo)
Pautan :

Serangan roket berterusan

Berhubung serangan roket yang berterusan tanpa henti ke lokasi-lokasi zionis, ianya berpunca dari serangan zionis di Semenanjung Gaza.

Pautan:

Sejak serangan udara yang mengakibatkan 10 penduduk Palestin cedera pada 7 Oktober, kemudiaan diikuti pada 8 Oktober, 5 lagi cedera serta seorang dari mangsa yang cedera kritikal telah syahid, pejuang-pejuang Palestin tekad menyerang balas dengan melancarkan serangan roket yang tidak kurang 40 serangan roket dilancarkan ke tanah jajahan 1948.

Klip: atas, operasi serangan roket gabungan antara dua sayap tentera Palestin
dan bawah, kenyataan jurucakap AL-QASSAM, Abu Ubaidah berhubung operasi.

Operasi serangan roket bermula apabila KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dan SARAYA AL-QUDS (sayap tentera gerakan Jihad Islami Palestin) melancarkan operasi gabungan dengan melepaskan serangan roket berangkai, hal ini telah disahkan oleh jurucakap kedua-dua sayap tentera ini, Abu Ubaidah (AL-QASSAM) dan Abu Ahmad (SARAYA).

Kemudian disusuli lagi beberapa operasi serangan roket dari sayap-sayap tentera Palestin yang lain sehingga hari ke seterusnya.

Selanjutnya, sila ikuti:
Halaman sosial facebook MAP
Halaman sosial facebook MAP(fan page)

Akibat dari tentangan sengit, tentera rejim zionis turut memberi ancaman akan melakukan serangan besar-besaran seumpama 'Operation Cast Lead' atau 'الرصاص المصبوب' yang berlaku  di akhir tahun 2008 - awal 2009. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, Paltimes, web berita Ynet, 12/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Ynet

Read more...

10 cedera diserang pesawat pengintip di Rafah

07 Oktober 2012

Laporan jam 05:27 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:27 petang, waktu Kaherah (MESIR)

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang pada petang Ahad hari ini di bandar Rafah mengakibatkan sebilangan penduduk Palestin cedera dan kritikal. 

Logo IAF
Demikian itu, laporan dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut, serangan terbabit menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi dua pemuda berhampiran pusingan Al-Jawazat di Hayyu Al-Brazil, bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kecederaan, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Asyraf Al-Qudrah berkata, serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip mengakibatkan 10 orang penduduk Palestin cedera dan dua orang dari jumlah berkenaan mengalami kecederaan yang kritikal.

Sebagaimana yang dijangkakan, menurut SAFA, salah seorang yang kritikal telah syahid ekoran keadaannya begitu sulit. Salah seorang yang kritikal telah dibawa ke hospital Eropah Gaza, sementara seorang lagi yang mengalami melecur ditubuhnya pada tahap dua yang cenderung ke tahap ketiga telah dibawa ke hospital Al-Shifa' di bandar Gaza. Bagaimanapun, sumber perubatan seperti yang dilaporkan PALTIMES telah menafikan berita mengenai kematian (syahid).

Selain itu, 8 orang yang cedera dari kalangan pejalan kaki terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Kelapan-lapan mereka dirawat di hospital Abu Yusof An-Najjar, menurut penyampai berita dari agensi berita PALTIMES yang berada di hospital berkenaan.




Sebahagian dari mangsa yang cedera dalam serangan pesawat pengintip
Jelas lagi, serangan itu turut menjejaskan lima buah rumah yang berhampiran lokasi kejadian. Masing-masing rumah milik keluarga Al-Qatrus, Abu Jazar, dan Abu Iyadah.

Zionis mengaku serang

Akaun TWITTER IAF
Mengenai kejadian, tentera rejim zionis melalui akaun TWITTER menyatakan pesawat tentera udara Israel (IAF) telah melakukan satu serangan ke atas sebuah motosikal di Rafah.

Avichay Adraee
Tambahan lagi, jurucakap tentera zionis, Avichay Adraee juga melalui akaun TWITTER mengulas kejadian bahawa serangan ini menyasarkan dua anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa, Tla'ath Halil Muhammad Jerbi, 23 dan Abdullah Mohamed Hassan Maqawi, 24.

Avichay mengingatkan sebarang serangan balas, "tentera kami tidak akan bertanggungjawab sebarang serangan yang menyasarkan warga Israel,  HAMASlah yang mesti bertanggungjawab dari setiap operasi kerosakan yang berpunca dari Gaza."

Berita Israel:

Web rasmi tentera Israel mendakwa, kedua-dua sasaran dalam serangan ini perancang kepada operasi serangan yang menentang kepentingan Israel dari Sinai, Mesir. Sumber 07/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan media massa zionis

Read more...

Serang pengkalan 'AL-QASSAM' di Gaza Tengah

03 September 2012


Laporan jam 01:08 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:08 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) telah menyerang sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Gaza Tengah awal pagi ini, Isnin, 02/09/2012, demikian laporan dari web berita PALTIMES dan SAFA.

Penyampai berita dari kedua-dua agensi ini melaporkan bahawa pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan dua serangan peluru misil ke atas pengkalan tersebut yang terletak berdekatan stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah, lantas mengakibatkan letupan yang kuat sehingga menimbulkan panik di kalangan rakyat awam. 

Serangan ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Namun, sebelum ini, pengkalan terbabit telah beberapa kali dibom pesawat zionis.

Sejak awal jam pertama pagi Isnin, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA berkata, pergerakan tidak sebagaimana biasa, jentera-jentera perang zionis termasuk jentolak dilihat berada berhampiran jalan masuk Abu ridah sebelah timur Khuza'ah di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jip-jip tentera zionis turut tiba di lokasi berkenaan dan kelihatan infantri (tentera pejalan kaki) melakukan operasi intipan dan mengesan sebarang pergerakan di kawasan ini.

Roket gugur di Eshkol

Menukil dari web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET) Israel versi hebrew melaporkan, satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol (penempatan haram), selatan tanah jajahan 1948 yang menghala dari arah timur Semenanjung Gaza pada malam tadi, 02/09/2012.

Sumber dari YNET menjelaskan, serangan roket tidak mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda, pada waktu yang sama hanya siren kecemasan (peringatan) berbunyi di penempatan tersebut. Sumber 03/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Read more...

Dua cedera zionis serang Gaza

01 September 2012


Laporan jam 12:29 pagi, waktu BaitulMaqdis

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) telah menyerang dua buah pengkalan pejuang Palestin di kawasan المقوسي yang terletak di sebelah utara bandar Gaza awal pagi Sabtu, 01/09/2012. Sebuah dari pengkalan terbabit milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dan sebuah lagi milik pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN (sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH).

Kata penyampai berita agensi SAFA, pesawat tempur zionis melepaskan dua peluru misil ke atas dua pengkalan berkenaan, lantas mengakibatkan dentuman letupan yang amat kuat di bandar Gaza.

Menurut agensi berita PALTIMES, sebaik sahaja berlaku kejadian, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi sasaran serta meneliti kawasan berkenaan, lalu menemui dua orang penduduk yang cedera akibat dari serangan zionis.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudraf mengesahkan dua orang penduduk mengalami kecederaan sederhana di bahagian kepala dan dada. Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan sumber perubatan, dua orang mangsa terbabit, Imad Shahadah Zaqut, 45 dan Ahmad Haitham Zamlat, 24 mengalami kecederaan setelahmana terkena serpihan pengeboman zionis yang menyasarkan pengkalan pejuang Palestin berdekatan rumah mereka. Rumah-rumah mereka turut terjejas teruk.

Gaza diserang selepas ancaman Dichter

Avi Dichter
Sebelum serangan ini berlaku, Menteri Pertahanan Dalam Negeri (Home Front Defense Minister) zionis, Avi Dichter berkata pada waktu tengahari Jumaat, 31/08/2012, 'Israel terpaksa mengambil tindakan keras susulan serangan roket yang tidak henti-henti dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel (tanah jajahan 1948)'.

Menukil dari web berita WALLA Israel edisi hebrew semasa Dichter mengunjungi sebuah rumah warga haram di Sderot yang terkena serangan roket pada pagi Jumaat semalam, kata Dichter, "Israel terpaksa mengubah strategi yang lebih keras menentang pelancar-pelancar roket dari Gaza," tambahan pula, "kami tidak boleh membalas serangan roket dari Gaza dengan hanya sekali serangan kemudian membalas lagi pada waktu lain sepertimana serangan-serangan roket yang berlaku, namun Israel akan menetapkan strategi yang sempurna sehinggalah mereka tidak mampu lagi melancarkan serangan roket."

Semasa Avi Dichter memberikan kenyataan ini, menurut PALTIMES, sebuah kumpulan salafi yang diberi nama 'MAJLIS SYURA MUJAHIDIN PELINDUNG BAITULMAQDIS' mengumumkan pihaknya melancarkan dua serangan roket ke penempatan haram di Sderot.

Sumber-sumber media Israel pada pagi semalam melaporkan bahawa sebuah rumah warga zionis di Sderot terkena serangan roket yang mengakibatkan bucu rumah terbabit mengalami kerosakan, di samping itu, seorang wanita zionis mengalami histeria. Manakala satu lagi serangan roket gugur di kawasan lapang bersebelahan rumah tersebut. Sumber 01/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Read more...

Pesawat zionis hentam 10 misil ke atas dua sasaran

28 Ogos 2012

Laporan jam 12:28 pagi, waktu BaitulMaqdis

SEMENANJUNG GAZA - Menjelang pertengahan malam Isnin (27/08/2012), pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) melancarkan beberapa serangan udara ke atas lokasi-lokasi yang berlainan di Semenanjung Gaza. 

As-Safina, bekas pejabat Perisikan Palestin
(sebelum HAMAS mentadbir Semenanjung Gaza) yang
telah beberapa kali dibom oleh pesawat zionis. 
Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan 7 serangan peluru misil ke atas sebuah kawasan tanah lapang berhampiran lokasi As-Safina yang terletak dari arah barat laut bandar Gaza. Serangan ini mengakibatkan dentuman letupan yang amat kuat dan menggegarkan.

Kemudian, pesawat tempur zionis melancarkan pula 3 serangan peluru misil ke atas lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Muharrarah Netsarim (kawasan yang telah dibebaskan dari cengkaman zionis), selatan bandar Gaza.

Mangsa yang cedera
Kesan serangan zionis yang dilakukan secara mengejut, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Al-Qudrah menyatakan seorang wanita mengalami luka ringan ekoran cermin tingkap rumahnya pecah setelah lokasi BADAR dibom oleh pesawat zionis. Mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut. Tambahan dari web berita AL-JAZEERAH, dua orang yang cedera dalam serangan ini termasuk seorang wanita yang disebutkan. 

Demikian itu, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi-lokasi yang dibom bagi mengawal api yang marak di salah sebuah lokasi yang dibom.

Pengeboman mengejut ke atas dua lokasi tersebut telah menimbulkan ketakutan dan panik di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Berhubung situasi yang sama, saksi kejadian berkata, dua buah kereta kebal telah menceroboh secara terbatas di jalan masuk Kissufim ke timur Semenanjung Gaza serta menjalankan operasi mengesan di kawasan berkenaan.

Sebagaimana yang dijelaskan, kelibat jentera perang zionis turut dilihat tidak sebagaimana biasa di kawasan-kawasan timur Hayyu As-Shujaieyah, timur Semenanjung Gaza.

Zionis mengakui serangan

Dari sudut lain, jurucakap tentera rejim zionis mengesahkan bahawa pada pertengahan malam tadi, pesawat tempur Angkatan Tentera Udaranya telah melancarkan serangan udara ke atas dua buah sasaran yang dikatakan menjadi tempat proses pembuatan dan simpanan senjata di Semenanjung Gaza. Tambahan lagi, pesawat tempur berjaya menembak tepat ke atas dua sasaran berkenaan.

Jurucakap tentera zionis menegaskan, 'negara Israel tidak boleh bertolak-ansur terhadap sebarang usaha yang memberikan mudharat kepadanya malah akan terus-menerus menentang mana-mana pihak yang bertindak ganas melawannya, kata jurucakap terbabit'.

Akhir kenyataan jurucakap tentera zionis, "HAMAS adalah sebuah organisasi pengganas dan perkara ini mesti diatasi segera."

Sebelum serangan, beberapa pemimpin zionis telah mengugut akan melancarkan serangan di Gaza selepas serangan-serangan roket gugur di kawasan penempatan haram zionis. Sumber 28/08/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Haniyeh nyatakan setuju kepada Qandil kawal sempadan

08 Ogos 2012

Arkib foto: Dr. Hesham Qandil, 50 
KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Dr. Hesham Qandil mengesahkan bahawa waktu ini amat terdesak dan mesti menanti untuk mengetahui hasil siasatan serangan Rafah dan apa yang ditafsirkan supaya Mesir dapat memutuskan tindakan yang sewajarnya. Tegas beliau, apa yang penting sekarang adalah mengekang pergerakan di sempadan dan bertindak memusnahkan sarang-sarang persembunyian kumpulan-kumpulan bersenjata.

Kata Dr. Hesham dalam sidang media sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan menteri-menteri kabinet, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin telah menghubunginya sebelum waktu berbuka puasa petang Selasa dan menyatakan bersetuju dengan keputusan Mesir untuk mengawal garisan-garisan sempadan. Jelas Haniyeh, darah Mesir haram disentuh (serangan tersebut) dan bukan dengan cara membebaskan Palestin membunuh orang-orang Mesir.
Sinai berdepan dengan ancaman keamanan dan krisis pembangunan
Dr. Hesham menjelaskan bahawa modus operandi khas berhubung agenda menubuhkan badan pembangunan Sinai akan dikeluarkan waktu terdekat agar dapat membantu menyelesaikan permasalahan Sinai dan jalan untuk menghadapinya.

Menukil laporan berita dari web agensi SAFA, Ismail Haniyeh juga menghubungi Presiden Mesir semalam dengan mengucapkan takziah ekoran tentera-tentera Mesir yang syahid dalam serangan kumpulan tidak dikenali pada waktu berbuka puasa, 05/08/2012 di Rafah Mesir, utara Sinai.

Baca lagi:

Arkib foto: Ismail Haniyeh
Dalam perbualan telefon, PM Palestin menegaskan bahawa hubungan kerjasama dua pihak tetap berterusan bagi memintas usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan ketegangan antara Gaza dengan Mesir.

Beliau bertegas lagi, Gaza sama sekali tidak terlibat dalam jenayah kejam dan beliau mencadangkan agar jawatankuasa keamanan bersekutu dibentuk agar hubungan kerjasama dapat dikekalkan sepanjang masa. Sumber 08/08/2012, web berita Paltimes dan 07/08/2012, web berita Safa

Read more...

Jurucakap HAMAS selar kenyataan FATAH terhadap Gaza

GAZA - Gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية) menyelar kenyataan gerakan FATAH (حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang berusaha membabitkan Semenanjung Gaza dan HAMAS dalam kejadian jenayah kumpulan bersenjata yang meragut 16 nyawa tentera Mesir di Rafah Mesir, menurut laporan dari agensi berita PALTIMES.

Kaitan berita:

Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhum dalam kenyataan beliau pada hari Selasa, 07/08/2012 menerusi jaringan sosial facebook, berkata, kenyataan berulang kali yang dikeluarkan oleh jurucakap FATAH, Ahmad Assaf dan Jamal Nazal berhubung pembunuhan tentera Mesir yang mengaitkan Gaza dan HAMAS merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menjejaskan perpaduan Palestin, malah kenyataan ini tidak ada satu nilai akhlak dan asas prinsip politik yang mana tidak perlu dijawab.

Ahmad Assaf, jurucakap FATAH dalam kenyataan beliau sewaktu temubual siaran televisyen telah mengemukakan riwayat yang diceritakan pihak zionis dan mendakwa keterlibatan Semenanjung Gaza dalam kejadian bunuh tentera Mesir di Rafah Mesir.

Kata Ahmad, "apa yang berlaku di Sinai adalah kesinambungan biasa yang berlaku di Gaza," lalu, Ahmad memberi galakkan supaya pihak Mesir menutup terowong-terowong bawah tanah yang bersempadan dengan tanah Gaza.

Dari sudut lain, anggota Majlis Revolusi FATAH, Jamal Nazal selaku jurucakap gerakan FATAH di Eropah turut memberi galakkan agar pihak Mesir menggunakan cara baru dalam mengendalikan Semenanjung Gaza. Dakwa Jamal, gerakan HAMAS amat berkeinginan tanah-tanah Sinai. Demikian itu, kenyataan-kenyataan ini jelas mempromosikan dakyah-dakyah yang dimainkan oleh rejim zionis.

Sobhi Saleh
Berhubung situasi yang sama di Mesir, menukil dari web berita RASSD pada 08/08/2012, seorang peguam yang merupakan pemimpin Parti Hurriyah Wal-Adalah, Sobhi Saleh mengungkapkan bantahan penuh terhadap dakwaan yang dibuat ke atas Perisikan Mesir, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza.

Semasa dihubungi RASSD, Saleh berkata, orang yang membuat dakwaan ini merasai dirinya lebih tinggi dari pemerintah negara dan perisikan, sebenarnya orang seperti ini tidak mengerti maksud ungkapan perisikan, presiden dan agensi negara. Berikutan itu, dakwaan ini tidak ada langsung nilai dan pada asasnya tidak perlu diperdengarkan.

Seperti disebutkan, Ramadhan Al-Aqsar, Setiausaha Agung kepada salah sebuah parti saki-baki pemerintah lalu iaitu Parti Rakyat yang masih dalam penubuhan telah mengemukakan dakwaan kepada pendakwa raya, hakim Abdul Majid Mahmud bagi menentang Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin di Gaza, dan Murad Mawafi, Ketua Badan Perisikan Mesir dengan tuduhan menyebabkan ketidakstabilan keamanan di Sinai, membenarkan anasir-anasir penjenayah dan pengganas melakukan kekacauan dan melakukan pembunuhan dalam tanah Mesir.

Read more...

Az-Zayyat tidak menolak Israel terjebak dalam serangan ganas di Sinai

07 Ogos 2012

Arkib foto: Safwat Az-Zayyat
KAHERAH, 07 Ogos - Sebilangan media elektronik Palestin dan Mesir memaparkan pandangan dari seorang pesara tentera Mesir semalam berhubung kejadian serangan dari kumpulan yang tidak dikenali meragut nyawa 16 orang tentera Mesir dan 7 lagi cedera parah semasa waktu berbuka puasa pada 05/08/2012. 

Baca di sini:


Brigadier Jeneral Safwat Az-Zayyat yang dikenali sebagai penganalisis strategi ketenteraan memberikan pandangannya bahawa beliau tidak menolak kaitan Israel (penjajah/zionis) terjebak dalam operasi serangan ganas ke atas tentera Mesir dari unit pengawal sempadan Mesir. Jelas beliau, operasi ini bertujuan menggoncang situasi dalaman Mesir dan menggugat kestabilan hubungan antara Mesir dan Gaza khususnya hubungan Mesir dan Gaza kembali kukuh selepas lawatan delegasi gerakan HAMAS dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh ke Mesir.

Kata Az-Zayyat kepada media PUSAT INFO PALESTIN, "saya berkeyakinan ketegangan di sempadan akan berterusan dan boleh jadi ianya pembuka jalan kepada perang baru ke atas Semenanjung Gaza dengan matlamat melindungi keamanan negara hebrew (tanah jajahan) dan sempadan-sempadannya, lebih jelas ini adalah usaha bagi menyemai kebencian orang-orang Mesir kepada rakyat Palestin agar tidak ada sebarang perasaan simpati Mesir terhadap Semenanjung Gaza."

Beliau menegaskan kemungkinan besar zionis terlibat dalam operasi ini, kata Az-Zayyat, "setiap petunjuk yang ada seolah-olah mengesahkan keterlibatan zionis".

Az-Zayyat menimbulkan tanda tanya, "apa maksud beberapa jam sebelum kejadian tentera Mesir diserang, Israel telah mengosongkan pekerja-pekerja dari terminal Karem Abu Salem?". Tambahan dari laporan PALTIMES semalam, Az-Zayyat mempersoalkan tindakan Israel mengarahkan pelancong-pelancong dari kalangan warga zionis agar segera beredar keluar dari Sinai pada 2 Ogos yang lepas.
'Badan Pencegahan Keganasan menggesa kesemua Israel yang berada di Sinai 
agar beredar dari kawasan berkenaan dan pulang segera ke Israel (tanah jajahan)'.
Akaun twitter Ofir Gendelman
Paling jelas, seperti yang ditulis jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel kepada media Arab (The official account of the Israeli Prime Minister's spokesperson to the Arab media), Ofir Gendelman dalam jaringan twitternya.

Komander selatan arah kosongkan 'checkpoint' tentera

Bukti jelas keterlibatan zionis sebagaimana yang disiarkan televisyen rasmi Israel dalam media elektronik pada waktu Asar hari Selasa, 07/08/2012 telah mendedahkan beberapa jam sebelum kejadian, Komander tentera zionis zon selatan (IDF Southern Command), Tal Russo pergi ke garisan sempadan tanah jajahan dengan Mesir dan mengarahkan 'checkpoint' (sekatan) tentera dikosongkan.


Selepas kejadian: Tel Russo, tengah sewaktu menerangkan
kepada PM zionis, Benjamin Netanyahu.
Jelas media tersebut, berdasarkan maklumat yang diperolehi Israel, operasi serangan yang bakal terjadi itu berdekatan dengan sempadan Mesir, lantas mendorong Komander zon selatan ke lokasi berkenaan. Demikian itu, untuk menenangkan tentera-tentera zionis serta meninjau lokasi tenteranya malah mengarahkan agar sekatan tentera dikosongkan kerana serangan yang bakal berlaku dimaklumkan sengit dan dahsyat.

Sebaik sahaja terbenam matahari, pasukan tentera zionis telah dimaklumkan serangan di sempadan Mesir dan mengesahkan kesahihan maklumat seperti yang diumumkan sejak petang Jumaat lepas.


Bangkai kereta perisai Mesir
Tentera zionis dikatakan merasai pelik ekoran kewujudan sebuah kereta perisai dan diikuti sebuah kenderaan kecil sedang menuju ke sempadan. Bagaimanapun, jelas sumber televisyen Israel, pasukan tentera Israel tidak boleh melanggar kawasan sempadan biarpun telah bersedia dan kereta perisai terbabit bergerak laju ke dalam kawasan sempadan tanah jajahan, lalu pasukan pengawal sempadan zionis membiarkan pasukan tentera udara yang mengendalikan kereta perisai sehingga berubah menjadi bebola api.

Menurut PALTIMES, salah seorang tentera Mesir yang menjadi mangsa dalam serangan Sinai terbunuh akibat pengeboman dari pesawat zionis ke atas kereta perisai yang dibawa lari kumpulan tidak dikenali. 

Beberapa jam yang lalu, Pihak berkuasa Mesir telah pun menerima jenazah seorang tentera Mesir berkenaan dan beberapa anggota kumpulan yang tidak dikenali.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS