الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label serangan zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serangan zionis. Papar semua catatan

KEMASKINI: Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru

14 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Tentangan dan serangan masih tidak henti apabila serangan terbaru dari pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin di timur bandar Deir Al-Balah Gaza Tengah pada petang tadi hari ini. Demikian itu mengakibatkan dua orang penduduk Palestin syahid dan dua lagi cedera.

Mangsa serangan pesawat zionis petang tadi

Menukil dari sumber perubatan dan saksi kejadian petang tadi, kata mereka, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan penduduk di timur bandar Deir Al-Balah sehingga mengakibatkan dua orang syahid, Izzuddin Naseer Abu Nusair, 24 dan Ahmad Abdul Mu'ti Fatayer serta dua lagi cedera.


Dua anggota ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang syahid
Berhubung mangsa syahid, sayap tentera LIJAN AL-MUQAWAMAH iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN memaklumkan bahawa kedua-dua mereka adalah anggotanya.

Kata ALWIYAH dalam kenyataan media hari ini, "si musuh zionis telah membuat lagi jenayah hari ini dengan menjadikan dua pejuang ALWIYAH sebagai sasaran, selagimana jenayah ini berterusan ianya membuka lagi pekung (musuh) serta menambahkan lagi tekad dan berpegang dengan pertempuran mengikut jalan yang diredhaiNya."

Seperti yang dijelaskan, as-syahid Abu Nusair, 23 adalah komander unit pertahanan di Deir Al-Balah, begitu juga as-syahid Fatayer dari unit yang sama.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir Al-Balah.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah mengesahkan bahawa krew perubatan telah membawa mangsa yang syahid ke hospital tersebut, manakala dua yang cedera dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Dr. Asyraf menjelaskan peningkatan bilangan yang syahid ekoran serangan zionis sejak malam lepas telah bertambah kepada 5 mangsa yang syahid dan 4 cedera parah.

Sejak hari mula tentangan dan serangan di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober hingga waktu ini, penduduk Palestin yang syahid seramai 6 mangsa dan yang cedera pula seramai 18 orang.

Kaitan lain:

Berhubung serangan ini, jurucakap tentera rejim zionis (IDF officials) melalui web berita 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menyatakan pesawat tempur mengebom sekumpulan penduduk Palestin di Gaza Tengah. Dakwa lagi, kumpulan terbabit yang menjadi sasaran adalah mereka yang melancarkan serangan roket ke arah Majlis Penempatan Eshkol (Eshkol Regional Council) dan gugur di sebuah kawasan tanah lapang. Sumber 14/10/2012, web berita; Safa, Paltimes, dan Ynet serta halaman facebook; Gaza Sekarang dan Terkini Dari Gaza

Read more...

Lagi seorang syahid, kritikal dibom zionis

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Pesawat tempur (sumber lain menyebut pesawat pengintip tanpa juruterbang) milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sebuah motosikal pada awal pagi ini di kawasan Al-Fukhara, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lantas mengakibatkan seorang pejuang syahid dan seorang lagi kritikal. Demikian itu, selepas beberapa jam serangan yang sama menyebabkan dua orang syahid di timur Jabaliya.

Pautan berita:

as-syahid Yaseer Al-Attal
Kata sumber perubatan, mangsa serangan yang syahid di Khan Younis ialah Yaseer Muhammad Ibrahim Al-Attal, 23, sementara seorang lagi yang dikenali 'ن س' mengalami kecederaan yang kritikal.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang menjadi sasaran pesawat zionis kira-kira dua jam yang lalu [jam 05:40 pagi] adalah aktivis الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة. 

Menukil pengakuan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), jurucakap tentera rejim zionis (IDF) menyebut pada pagi Ahad, pesawat tempur telah mengganyang individu yang dikatakan jaringan pengganas yang melancarkan serangan roket ke tanah jajahan. 

Jelas lagi kenyataan dari tentera zionis, 'serangan terbabit tepat mengenai sasaran, sememangnya tentera Israel tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan yang mengancam warga Israel atau keamanan Israel, HAMAS mesti dipertanggungjawabkan akibat kegiatan serangan roket'. Sumber 14/10/2012, web berita Safa, halaman facebook Gaza Sekarang dan web berita Ynet

Read more...

2 syahid dibom pesawat zionis

13 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Serangan udara yang dimuntahkan oleh pesawat rejim zionis milik Angkatan Tentera Israel (IAF) ke atas sebuah motosikal di pertengahan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza malam ini mengakibatkan dua orang Palestin yang menungganginya syahid, menurut penjelasan dari saksi kejadian.




Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata sewaktu dihubungi agensi berita SAFA, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam sebuah motosikal mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan seorang lagi sederhana. Bagaimanapun, saksi yang berada di hospital Kamal Udhwan mengesahkan kepada SAFA bahawa seorang telah syahid dan seorang lagi kritikal. 

Ali Al-Saidani
Menukil dari agensi PALTIMES, mangsa yang kritikal adalah Hisham Ali Al-Saidani, 43 telah dipindahkan ke hospital As-Shifa', namun mangsa telah syahid sebelum sempat usaha menyelamat dijalankan. Mangsa pertama yang syahid adalah salah seorang pengiring kepada Hisyam, Fayez Abu Jazzar.

Tambah Dr. Asyraf lagi, seorang kanak-kanak umur 10 tahun turut mengalami kecederaan yang disifatkan antara ringan dan sederhanan sewaktu melintasi lokasi berkenaan sebaik sahaja kejadian berlaku. 

Kaitan berita:

Zionis mengaku serang

Berhubung serangan, jurucakap tentera rejim zionis, Avichay Adraee melalui rangkaian sosial atau micro-blogging iaitu TWITTER pada dua jam yang lalu menyebut IAF telah menyerang individu perosak (dakwaan Avichay), anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa.

Dakwa Avichay, mangsa serangan pesawat pengintip zionis merupakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket pada malam semalam ke arah bandar Netivot.

Pautan media massa zionis:

Demikian itu, jentera perang rejim zionis serta kereta perisai dilihat berkumpul di Al-Sureij. Tambahan lagi, jentera-jentera perang zionis turut kelihatan berhampiran pos kawalan tentera zionis di Sufa yang terletak di sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Satu jam yang lepas, pejuang Palestin telah berjaya melancarkan dua serangan roket ke arah tanah-tanah jajahan. Pada waktu ini, pesawat-pesawat pengintip kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jelas lagi dari sumber hebrew, tentera zionis meminta kepada warga-warga zionis di penempatan-penempatan yang setentang dengan Semenanjung Gaza agar berwaspada dan sentiasa berada berdekatan dengan tempat perlindungan. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes, web berita Ynet dan sumber rasmi tentera zionis

Read more...

10 cedera diserang pesawat pengintip di Rafah

07 Oktober 2012

Laporan jam 05:27 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:27 petang, waktu Kaherah (MESIR)

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang pada petang Ahad hari ini di bandar Rafah mengakibatkan sebilangan penduduk Palestin cedera dan kritikal. 

Logo IAF
Demikian itu, laporan dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut, serangan terbabit menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi dua pemuda berhampiran pusingan Al-Jawazat di Hayyu Al-Brazil, bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kecederaan, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Asyraf Al-Qudrah berkata, serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip mengakibatkan 10 orang penduduk Palestin cedera dan dua orang dari jumlah berkenaan mengalami kecederaan yang kritikal.

Sebagaimana yang dijangkakan, menurut SAFA, salah seorang yang kritikal telah syahid ekoran keadaannya begitu sulit. Salah seorang yang kritikal telah dibawa ke hospital Eropah Gaza, sementara seorang lagi yang mengalami melecur ditubuhnya pada tahap dua yang cenderung ke tahap ketiga telah dibawa ke hospital Al-Shifa' di bandar Gaza. Bagaimanapun, sumber perubatan seperti yang dilaporkan PALTIMES telah menafikan berita mengenai kematian (syahid).

Selain itu, 8 orang yang cedera dari kalangan pejalan kaki terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Kelapan-lapan mereka dirawat di hospital Abu Yusof An-Najjar, menurut penyampai berita dari agensi berita PALTIMES yang berada di hospital berkenaan.




Sebahagian dari mangsa yang cedera dalam serangan pesawat pengintip
Jelas lagi, serangan itu turut menjejaskan lima buah rumah yang berhampiran lokasi kejadian. Masing-masing rumah milik keluarga Al-Qatrus, Abu Jazar, dan Abu Iyadah.

Zionis mengaku serang

Akaun TWITTER IAF
Mengenai kejadian, tentera rejim zionis melalui akaun TWITTER menyatakan pesawat tentera udara Israel (IAF) telah melakukan satu serangan ke atas sebuah motosikal di Rafah.

Avichay Adraee
Tambahan lagi, jurucakap tentera zionis, Avichay Adraee juga melalui akaun TWITTER mengulas kejadian bahawa serangan ini menyasarkan dua anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa, Tla'ath Halil Muhammad Jerbi, 23 dan Abdullah Mohamed Hassan Maqawi, 24.

Avichay mengingatkan sebarang serangan balas, "tentera kami tidak akan bertanggungjawab sebarang serangan yang menyasarkan warga Israel,  HAMASlah yang mesti bertanggungjawab dari setiap operasi kerosakan yang berpunca dari Gaza."

Berita Israel:

Web rasmi tentera Israel mendakwa, kedua-dua sasaran dalam serangan ini perancang kepada operasi serangan yang menentang kepentingan Israel dari Sinai, Mesir. Sumber 07/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan media massa zionis

Read more...

Pesawat zionis hentam 10 misil ke atas dua sasaran

28 Ogos 2012

Laporan jam 12:28 pagi, waktu BaitulMaqdis

SEMENANJUNG GAZA - Menjelang pertengahan malam Isnin (27/08/2012), pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) melancarkan beberapa serangan udara ke atas lokasi-lokasi yang berlainan di Semenanjung Gaza. 

As-Safina, bekas pejabat Perisikan Palestin
(sebelum HAMAS mentadbir Semenanjung Gaza) yang
telah beberapa kali dibom oleh pesawat zionis. 
Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan 7 serangan peluru misil ke atas sebuah kawasan tanah lapang berhampiran lokasi As-Safina yang terletak dari arah barat laut bandar Gaza. Serangan ini mengakibatkan dentuman letupan yang amat kuat dan menggegarkan.

Kemudian, pesawat tempur zionis melancarkan pula 3 serangan peluru misil ke atas lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Muharrarah Netsarim (kawasan yang telah dibebaskan dari cengkaman zionis), selatan bandar Gaza.

Mangsa yang cedera
Kesan serangan zionis yang dilakukan secara mengejut, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Al-Qudrah menyatakan seorang wanita mengalami luka ringan ekoran cermin tingkap rumahnya pecah setelah lokasi BADAR dibom oleh pesawat zionis. Mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut. Tambahan dari web berita AL-JAZEERAH, dua orang yang cedera dalam serangan ini termasuk seorang wanita yang disebutkan. 

Demikian itu, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi-lokasi yang dibom bagi mengawal api yang marak di salah sebuah lokasi yang dibom.

Pengeboman mengejut ke atas dua lokasi tersebut telah menimbulkan ketakutan dan panik di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Berhubung situasi yang sama, saksi kejadian berkata, dua buah kereta kebal telah menceroboh secara terbatas di jalan masuk Kissufim ke timur Semenanjung Gaza serta menjalankan operasi mengesan di kawasan berkenaan.

Sebagaimana yang dijelaskan, kelibat jentera perang zionis turut dilihat tidak sebagaimana biasa di kawasan-kawasan timur Hayyu As-Shujaieyah, timur Semenanjung Gaza.

Zionis mengakui serangan

Dari sudut lain, jurucakap tentera rejim zionis mengesahkan bahawa pada pertengahan malam tadi, pesawat tempur Angkatan Tentera Udaranya telah melancarkan serangan udara ke atas dua buah sasaran yang dikatakan menjadi tempat proses pembuatan dan simpanan senjata di Semenanjung Gaza. Tambahan lagi, pesawat tempur berjaya menembak tepat ke atas dua sasaran berkenaan.

Jurucakap tentera zionis menegaskan, 'negara Israel tidak boleh bertolak-ansur terhadap sebarang usaha yang memberikan mudharat kepadanya malah akan terus-menerus menentang mana-mana pihak yang bertindak ganas melawannya, kata jurucakap terbabit'.

Akhir kenyataan jurucakap tentera zionis, "HAMAS adalah sebuah organisasi pengganas dan perkara ini mesti diatasi segera."

Sebelum serangan, beberapa pemimpin zionis telah mengugut akan melancarkan serangan di Gaza selepas serangan-serangan roket gugur di kawasan penempatan haram zionis. Sumber 28/08/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Catatan tentangan sengit di Semenanjung Gaza pada 29/10/2011

30 Oktober 2011

01:07 ptg, SAFA: 5 syahid dalam letupan di lokasi sayap tentera JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS di sebelah barat Rafah. Sebab belum lagi diketahui.

01:39 ptg, SAFA: 4 yang syahid telah tiba ke hospital Abu Yusuf An-Najjar.

01:44 ptg, SAFA: Sumber terdekat JIHAD ISLAMI berkata, pimpinan besar ketenteraan SARAYA AL-QUDS antara yang syahid.

01:47 ptg, SAFA: Sumber dari SARAYA AL-QUDS, kejadian terbabit adalah disebabkan pengeboman dari rejim zionis ke atas sebuah lokasi latihan ketenteraan SARAYA AL-QUDS mengakibatkan bilangan besar syahid dan cedera.

05:11 ptg, Radio Israel: 3 peluru roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza menusuk ke pertengahan bandar Ashdod.

05:23 ptg, SAFA: JIHAD ISLAMI, 'tetap balas ke atas tentangan bagi melindungi masyarakat kami.'

05:36 malam, SAFA: SARAYA AL-QUDS mengebom Ashdod, Yubna, dan Lakish dengan 5 roket jenis 'grad'.

05:52 malam, SAFA: KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA mengumumkan pejuangnya melancarkan 3 serangan roket ke penempatan-penempatan Israel.

05:58 malam, SAFA: AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH umumkan pihaknya melepaskan satu serangan roket jenis 107 ke atas lokasi tentera zionis 'Kerem Shalom'.

06:01 malam, SAFA: Berlaku kecederaan dan kerosakan harta benda di beberapa lokasi sasaran di tanah jajahan 1948 akibat pengeboman dari pejuang Palestin.

06:49 malam, SAFA: Hujan lebat menuruni di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

06:55 malam, SAFA: Letupan kuat menggegarkan Gaza Tengah.

07:14 malam, SAFA: Sumber dari web berita Israel 'MAAREV', 'serangan roket mengenai sebuah apartment di tingkat 9, bandar Ashdod mengakibatkan beberapa orang warga zionis cedera, dan beberapa buah kereta awam terbakar'.

07:46 malam, PALDF: Sejak dari petang tadi, tidak lebih dari 20 serangan roket jenis grad, Qassam dan peluru mortar hawn dilepaskan ke tanah jajahan(Israel).

07:52 malam, SAFA: Rejim zionis/penjajah melarang mewujudkan perkumpulan yang melebihi 500 orang di kawasan-kawasan yang mempunyai jarak kurang dari 40 kilometer dari Semenanjung Gaza.

08:05 malam, GAZA: Pejuang Palestin melepaskan serangan roket terbaru ke tanah jajahan. Manakala, sekumpulan pendudukan Palestin menjadi sasaran serangan peluru roket jarak jauh zionis ke Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

08:27 malam, SAFA: Radio Israel - Sistem penangkis roket 'Iron Dome' telah dapat menangkis satu serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke Beer Sheba, selatan tanah jajahan(Israel).

08:34 malam, GAZA: Rejim zionis mengebom sebelah barat, 200 meter dari sempadan Rafah Gaza-Mesir yang mengakibatkan gegaran kuat. Serangan ini menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin.

Menurut sumber di GAZA, salah satu dari serangan roket gugur sebuah stesen gas di selatan tanah jajahan(Israel). Serangan ini mengakibatkan belasan warga zionis cedera.

08:35 malam, SAFA: Berita mengenai 2 penduduk Palestin syahid dan dua lagi cedera dalam pengeboman zionis di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

08:36 malam, GAZA: Raed Al-Futtuh - Kami telah dimaklumkan bahawa terminal Karem Abu Salem ditutup pada esok hari disebabkan serangan roket.

09:23 malam, SAFA: Kedengaran letupan kuat menggegarkan barat bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

09:26 malam, SAFA: Radio Israel - Netanyahu telah mengeluarkan taklimat memberi izin menyerang balas sebarang pengeboman dari serangan roket Gaza.

09:30 malam, SAFA: Israel mengemukakan memo bantahan terhadap roket Palestin kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa dan Setiausaha Agung PBB< Ban Ki Moon.

09:52 malam, SAFA: 3 serangan berasingan dari jentera perang rejim zionis menyasarkan beberapa buah rumah tanpa penghuni di Gaza Tengah dan Khan Younis. Berikutan itu, seorang penduduk Palestin cedera.

10:48 malam, SAFA: Pesawat-pesawat pengintip zionis tanpa pemandu berterbangan di ruang udara Gaza.

10:51 malam, BRIGED AL-QUDS: "kami telah mengebom kawasan-kawasan penempatan zionis dengan 12 roket jenis grad, 4 roket jenis Quds, dan 4 roket jenis 107".

10:52 malam, Radio Israel: Jumlah warga zionis yang cedera ekoran serangan roket pejuang Palestin meningkat ke enam orang yang cedera.

10:54 malam, SAFA: Menteri Dalam Negeri Israel janji berikan balasan keras terhadap mana-mana serangan roket.

11:46 malam, YNET: Seorang warga zionis di Ashekolan telah maut ekoran kecederaan yang dialaminya.

11:56 malam, SAFA: Krew bomba dan penyelamat menemui dua jasad penduduk yang syahid dalam pengeboman malam tadi di sebelah barat bandar Gaza. Sekaligus, jumlah ini menjadikan 9 penduduk Palestin syahid dalam serangan zionis sejak tengah hari tadi hingga malam ini.

Read more...

AL-QASSAM: Kami bincang bentuk balasan jenayah di Rafah

29 Oktober 2011

Abu Ubaidah(gambar), jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS menyatakan bahawa rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya berhubung jenayah keji yang dilakukannya di Rafah, sambil menegaskan musuh telah menanggung apa yang bakal tersusun sebagai balas dari melakukan jenayah biadab seumpama ini.

Abu Ubaidah berkata dalam kenyataan khas kepada media penerangan AL-QASSAM, "Sayap-sayap tentera(pejuang) Palestin dan di barisan hadapannya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM tidak sekali-kali mengabaikan lelehan darah para syuhadanya malah darah rakyat-rakyat Palestin dan pejuang-pejuang yang mempertahankannya."

Beliau menjelaskan lagi, penjenayahan ini datang merampas kegembiraan besar rakyat Palestin sempena pembebasan para tahanan, dan ia juga cuba merentap perayaan besar yang disambut girang oleh Palestin disebabkan perjanjian 'tebus-bebas'(perjanjian penukaran tahanan-tawanan). Namun, melalui penjenayahan ini musuh berusaha menyembunyikan rasa kekecewaan dan kekalahan yang dialaminya dari setiap peringkat setelahmana perjanjian yang mulia ini(perjanjian penukaran tahanan-tawanan) tercapai.

Jelas Abu Ubaidah, KATAIB AL-QASSAM akan mengadakan perbincangan, bahkan memang telahpun mula berbincang dengan sayap-sayap tentera Palestin mengenai bentuk dan cara balasan ke atas jenayah keji yang dilakukan oleh rejim zionis di Rafah.

Tambahan lagi dari salah seorang pemimpin HAMAS, Dr.Salah Bardawil menekankan bahawa penjajah tidak boleh melepaskan diri dari perjanjian 'tebus-bebas'.

Lantaran itu, beliau menegaskan tentangan sengit yang terkini di Semenanjung Gaza tidak dan takkan sesekali menjadi punca membatalkan penyempurnaan perjanjian penukaran tahanan-tawanan.

Kenyataan media Dr.Salah Bardawil pada petang tadi turut berkata bahawa musuh membalas dendam terhadap maruahnya yang telah hilang dalam perjanjian penukaran tahanan-tawanan dengan menggiatkan serangan. Sebaliknya, jika penjajah mengelak dari penyempurnaan perjanjian penukaran ini juga pasti akan menimbulkan kesan negatif ke atas hubungannya dengan Mesir. Sumber 29/10/2011, media penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

Pejuang terselamat dari serangan pesawat zionis

21 Ogos 2011

Laporan jam 10:41 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:41 malam, waktu Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis malam ini di Gaza menumpukan dua serangan ke atas sasaran yang berbeza di lain tempat, sebelah barat laut bandar Gaza. Berhubung serangan, tiada laporan mengenai luka parah.

Pemberita agensi berita Safa berkata, serangan pertama pesawat zionis menyasarkan dua pejuang Palestin yang sedang bersiap melancarkan roket, sekaligus mengakibatkan tempat pelancar musnah dan pejuang terselamat dari serangan.

Tambahan lagi, serangan kedua menyasarkan sebuah kereta penumpang yang berhenti berdekatan Masjid Al-Akhdhar sebelah Universiti Amerika di utara Gaza. Serangan ke atas kereta berkenaan sejurus selepas beberapa pejuang Palestin turun dari kereta. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka tetapi kereta berkenaan hancur musnah. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

15 syahid, lebih 45 cedera jadi mangsa serangan zionis yang berterusan

19 Ogos 2011

Laporan jam 08:48 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:48 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 11:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Bilangan penduduk Gaza yang syahid dalam serangan berterusan zionis meningkat ke angka 15 sejak dari hari Khamis setelahmana 7 syahid pada hari Jumaat. Manakala, sehingga kini bilangan penduduk yang cedera melebihi 40 orang dan kesemuanya telah dirawat di hospital.

Serangan terkini zionis mengakibatkan seorang doktor yang bekerja di hospital As-Shifa'(Gambar: Doktor Munzir Qureiqa') di bandar Gaza telah syahid ekoran menjadi mangsa serangan pesawat zionis menjelang pertengahan malam ini di jalan Al-Maghrabi, pertengahan bandar Gaza. Turut syahid bersama beliau adalah saudaranya, salah seorang dari komander kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI, Mu'taz Qureiqa' dan anak kepada doktor Munzi, Islam berusia 5 tahun. Jelas lagi, jasad tiba ke hospital dalam keadaan rentung.

Menurut pemberita Safa, pengeboman zionis menyasarkan sebuah motosikal yang melewati di jalan Al-Maghrabi, lalu mengakibatkan motosikal tersebut musnah sama sekali dan jasad yang syahid bergelimpangan di jalan.

4 lagi syahid

Serangan zionis malam ini di Gaza, sebuah motosikal yang dinaiki dua penduduk turut menjadi sasaran serangan dari pesawat zionis. Sedemikian itu, mengakibatkan dua pejuang syahid. Salah seorang darinya dari pejuang SARAYA AL-QUDS, Imad Abu 'Abidah, 21 dan Anuar Aslim, 21 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Pada waktu asar petang Jumaat, serangan udara zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Hayyu Zaitun sebelah tenggara bandar Gaza, lantas mengakibatkan dua pejuang, Muhammad Inayah, 25 syahid. Sementara, seorang lagi pejuang, Somid Abdul Mu'ti 'Abid, 28 juga syahid setelahmana motosikal yang dinaikinya menjadi sasaran zionis menjelang waktu berbuka puasa di utara Gaza.

Dalam kenyataan tentera, kumpulan bersenjata ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa as-syahid 'Abid adalah anggotanya yang merupakan komander unit pertahanan di utara Gaza, dan as-syahid Inayah adalah seorang anggota dari unit pertahanan di bandar Gaza.

Sasaran serangan zionis malam ini

Rejim zionis melancarkan lagi serangan-serangan ke atas tempat yang berlainan di Gaza malam ini. Sekumpulan penduduk yang berhampiran Jabal Sarah di sebelah timur Shujaieyah menjadi sasaran serangan, dan sebuah kumpulan lagi yang menjadi mangsa serangan zionis berada berhampiran sekolah Tunis di Hayyu Zaitun. Tambahan lagi, sebuah kumpulan pejuang yang berada di kawasan Az-Zinah di sebelah timur Khan Yunis turut menjadi sasarangan zionis.

Pesawat rejim zionis mengebom lagi sebuah pusat servis dan pelincir milik Khalil Abu Dzarifah di daerah Abbasan bari di wilayah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, tiada laporan mengenai kecederaan.

Serangan zionis menyasarkan pula sebuah gudang simpanan milik Perbandaran Khuza'ah, timur Khan Yunis sehingga hancur musnah, sementara satu satu serangan roket gugur di sebelah rumah keluar An-Najjar mengakibatkan sebahagian dari binaan rumah terjejas. Manakala, serangan zionis ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan As-Shaukah, timur bandar Rafah mengakibatkan seorang penduduk cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital An-Najjar untuk rawatan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS