الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label utara Gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utara Gaza. Papar semua catatan

Pejuang AL-QUDS kritikal diserang pesawat zionis

10 Februari 2012

Laporan jam 10:46 malam, waktu Palestin
Jam 10:46 malam, waktu Mesir

GAZA - Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengalami kecederaan dalam satu serangan zionis yang menyasarkan sebuah lokasi SARAYA AL-QUDS malam tadi(Jumaat, 10/02/2012) di utara Semenanjung Gaza.

Sumber khas yang menjelaskan kepada MEDIA PERANG berkata, seorang pejuang SARAYA AL-QUDS tercedera akibat serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang ke atas lokasi Al-Hittin milik SARAYA AL-QUDS yang terletak berhampiran hospital بلسم, utara Bayt Lahiya di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Menukil dari agensi berita SAFA, serangan tersebut mengakibatkan dua mangsa yang cedera dan kedua-duanya telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan untuk rawatan.

Berhubung kecederaan, sumber perubatan menyifatkan pejuang terbabit mengalami kecederaan yang bahaya. Sumber 10/02/2012, web rasmi MEDIA PERANG dan web berita Safa.ps

Read more...

Zionis hala serangan di utara Gaza

02 Februari 2012

Laporan jam 08:27 pagi, waktu Palestin
Jam 08:27 pagi, waktu Mesir

GAZA - Angkatan tentera udara rejim zionis(IAF) melancarkan serangan udara ke atas sasarannya di Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan berkata, pesawat tempur zionis melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan peluru misil menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang berada di sebelah timur Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Tambah lagi sumber yang sama, serangan dari pesawat tempur zionis turut diikuti satu tembakan peluru meriam kereta kebal zionis ke arah lokasi yang sama. Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada makluman mengenai sebarang kecederaan. Menurut SAFA, sekitar jam 10:30 malam(waktu Palestin/Mesir) semalam, 01/02/2012, kereta kebal zionis melepaskan tembakan meriam ke Bayt Hanoun.

Berhubung serangan ini, siaran radio zionis versi hebrew menghebahkan bahawa taklimat ringkas telah dikeluarkan kepada warga zionis yang mendiami penempatan-penempatan setentang dengan Semenanjung Gaza agar sentiasa berada berdekatan kawasan-kawasan yang selamat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran sebarang keadaan cemas.

Radio zionis mendakwa lagi, sewaktu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengadakan lawatan ke penempatan zionis yang setentang dengan Semenanjung Gaza, Palestin telah melepaskan 8 serangan roket, namun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan. Jelas lagi, serangan-serangan roket ini gugur di kawasan-kawasan yang tidak diberikan perlindungan sepenuhnya.

Demikian itu, SAFA turut menukilkan berita mengenai serangan roket dari web berita Israel versi hebrew "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) yang menyebut 7 serangan roket gugur di beberapa kawasan lapang di sebelah barat Naqab.

Pihak berkuasa zionis mengumumkan langkah berjaga-jaga selepas serangan roket kerana dibimbangi berlaku serangan roket yang baru.

YNET menukil dari sumber keselamatan zionis berkata, penilaian yang diungkapkan bahawa penyerang-penyerang roket dari Gaza mengambil peluang dari faktor cuaca, angin kencang semasa melancarkan serangan roket. Sumber 02/02/2012, web berita Paltimes.net dan 01/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Kawasan lapang jadi tumpuan serangan zionis

24 Januari 2012

Laporan jam 12:58 pagi, waktu Palestin
Jam 12:58 pagi, waktu Mesir

GAZA - Serangan-serangan dari pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini(24/01/2012, Selasa) tertumpu di beberapa kawasan lapang yang berlainan di Semenanjung Gaza.

Penyampai berita SAFA melaporkan, pesawat tempur zionis jenis F-16 melepaskan tiga serangan peluru misil ke atas beberapa kawasan lapang di سكنة فدعوس dan As-Sudaniah yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Manakala di sebelah selatan Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis mengebom sebuah kawasan lapang yang merupakan bekas tapak penempatan haram zionis(zionis undur keluar dari Gaza tahun 2005) dari arah barat Khan Younis dengan dua peluru dan diikuti serangan ketiga ke atas kawasan tanah lapang di Bani Suheila.

Berhubung serangan-serangan ini yang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, penyampai berita SAFA menjelaskan bahawa letupan-letupan yang kuat ini dapat didengari dari berlainan tempat di Semenanjung Gaza, malahan sebelum seranga, kelihatan pergerakan jentera-jentera perang zionis di sebelah timur daerah Abbasan, Khan Younis sambil menembak bom-bom cahaya. Pada waktu yang sama, pesawat-pesawat tempur zionis kerap meninjau di ruang udara. Sumber 24/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang terselamat dari serangan pesawat zionis

21 Ogos 2011

Laporan jam 10:41 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:41 malam, waktu Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis malam ini di Gaza menumpukan dua serangan ke atas sasaran yang berbeza di lain tempat, sebelah barat laut bandar Gaza. Berhubung serangan, tiada laporan mengenai luka parah.

Pemberita agensi berita Safa berkata, serangan pertama pesawat zionis menyasarkan dua pejuang Palestin yang sedang bersiap melancarkan roket, sekaligus mengakibatkan tempat pelancar musnah dan pejuang terselamat dari serangan.

Tambahan lagi, serangan kedua menyasarkan sebuah kereta penumpang yang berhenti berdekatan Masjid Al-Akhdhar sebelah Universiti Amerika di utara Gaza. Serangan ke atas kereta berkenaan sejurus selepas beberapa pejuang Palestin turun dari kereta. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka tetapi kereta berkenaan hancur musnah. Sumber 21/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Cedera dalam serangan terbaru zionis

20 Ogos 2011

Laporan jam 10:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang pemuda mengalami cedera ringan dalam serangan terbaru yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa pemandu berhampiran stesen petrol Hamudah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut sumber, krew penyelamat telah membawa mangsa yang cedera ke poliklinik Al-Audah untuk rawatan lanjut.

Serangan pesawat zionis ketikamana pejuang-pejuang terus-menerus melepaskan serangan roket ke lokasi-lokasi daerah dan penempatan zionis yang berhampiran dengan Semenanjung Gaza, sementara itu, pesawat pengintip kelihatan kerap berterbangan di ruang udara Semenanjung Gaza.

Sebentar selepas kejadian, zionis mengebom pula dengan kawasan perkuburan syuhada' di utara Gaza dengan beberapa peluru meriam. Jelas sumber, tiada laporan mengenai luka parah. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pesawat zionis mengebom sebuah rumah

10 Julai 2011

Laporan jam 01:21 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12:21 pagi, Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis telah mengebom sebuah rumah tidak berpenghuni awal pagi ini di Hayyu Zaitun yang terletak di sebelah timur bandar Gaza. Rumah yang dibom berhampiran sebuah kilang simen milik keluarga Husnain.

Menurut pemberita agensi berita 'Safa', seiring letupan kuat yang menggegarkan serta dapat didengari di seluruh bandar Gaza, pesawat-pesawat tempur zionis dilihat kerap berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Tambah Safa, tiada sebarang kecederaan dalam pengeboman itu. Bagaimanapun, kilang simen yang berhampiran rumah terbabit terjejas teruk, di samping menimbulkan suasana panik terhadap penduduk.

Tembakan zionis mencederakan remaja Palestin

Sebelum itu, Safa melaporkan pada jam 10:04 malam(09/07/2011) waktu Mesir, seorang remaja perempuan Palestin mengalami kecederaan malam tadi berikutan terkena tembakan tentera rejim zionis yang berkumpul di garisan sempadan, daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza).

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, remaja perempuan yang dikenali (م.ز) berumur dalam lingkungan awal 20an telah cedera akibat terkena dua das tembakan di bahagian anggota badannya. Mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' Gaza untuk rawatan lanjut.

Jelas beliau, pasukan penyelamat dan Bulan Sabit Merah telah berusaha keras tiba ke lokasi kejadian bagi mendapatkan mangsa yang cedera ekoran waktu lewat tengah malam malah keadaan keselamatan tidak terjamin. Tambahan pula lokasi tersebut berhampiran kawasan sempadan.

Walaupun sedemikian, dalam sesetengah keadaan, Adham berkata, pasukan penyelamat terpaksa meredah dan terdedah kepada bahaya dengan berjalan kaki sejauh beratus-ratus meter bagi menjalankan khidmat bantuan kepada penduduk-penduduk.

Abu Salmiah turut meminta kepada Badan-badan Hak Asasi Manusia dan pertubuhan antarabangsa agar mengenakan tekanan kepada rejim zionis supaya memudahkan pasukan penyelamat menjalankan misi kemanusiaan yang telah dilindungi bawah jaminan antarabangsa. Sumber 10/07/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Iring jenazah Salamah

24 Disember 2010

Laporan asal jam 12.40 petang, Palestin
Laporan asal jam 08.16 pagi, Palestin
Laporan asal jam 08.18 pagi, Palestin


GAZA - Penduduk Palestin di Bet Lahiya, utara Gaza mengiringi jenazah Salamah Abu Hashish, 22 syahid(gambar sebelah) setelah beberapa jam mengalami luka parah akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Gaza petang semalam.

Berhubung kejadian tersebut, jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata, tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah Salamah ketikamana mangsa sedang mengembala kambing.

Berikutan itu, tiga lagi dari penduduk Palestin yang bekerja mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan turut mengalami kecederaan akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Gaza.

Menurut sumber perubatan, pemergian(syahid) Salamah telah meningkatkan jumlah mangsa yang syahid seramai 13 orang akibat serangan rejim zionis yang berterusan dalam bulan disember. Manakala, lebih 30 lagi mengalami kecederaan dan luka parah.

Lagi kena tembak pagi tadi

Kejadian yang sama berlaku pagi tadi, seorang petani cedera akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Bet Lahiya. Sumber perubatan menyifatkan kecederaan yang dialaminya pertengahan.

Menurut Abu Salmiah, petani Palestin yang menjadi mangsa tembakan zionis cedera di bahagian kaki, dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemberita 'Safa' melaporkan pos-pos kawalan tentera zionis yang terletak di sekitar perlintasan Karem Abu Salem, selatan Gaza telah melepaskan tembakan ke arah tanah-tanah pertanian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan terbabit.

Dalam waktu yang sama, web berita Israel 'Yediot Ahronout' versi hebrew melaporkan berlakunya serangan roket.

Jelas Yediot Ahronout bahawa satu serangan peluru mortar gugur di penempatan zionis 'Ushkul' yang terletak bertentangan dengan tanah Gaza dari arah selatan. Namun, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Zionis tembak nelayan

Lagi serangan ke atas penduduk Gaza pagi tadi dilaporkan bahawa bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan machine-gun ke arah sampan dan bot nelayan di perairan laut Gaza.

Pengerusi Persatuan Nelayan di Khan Yunus, Fuad Al-Amudi ketika dihubungi berkata, bot-bot zionis menghujani tembakan ke atas bot-bot nelayan Gaza bertujuan memaksa keluar dari had yang tidak dibenarkan menangkap ikan.

Jelas lagi, tindakan rejim zionis secara berterusan ini menyebabkan aktiviti penangkapan ikan terganggu malah memaksa beratus-ratus dari nelayan Gaza mencari pekerjaan yang lain sebagai sumber rezeki. Sumber 24/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Satu keluarga terselamat dari artileri zionis

08 Disember 2010

GAZA - Sebuah keluarga yang dilaporkan pasti menemui maut terselamat setelah satu serangan artileri zionis gugur ke atas rumah mereka di Hayyu Shuja'iyah, timur Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Seorang anggota polis memegang serpihan peluru artileri zionis yang gugur di rumah keluarganya di Hayyu Shuja'iyah.

Menurut pemilik rumah itu, Mas'ud As-Sarsawi berkata kepada pemberita 'Safa' bahawa serangan artileri zionis mengakibatkan kerosakan harta benda. Jelasnya, sebahagian rumahnya mengalami kerosakan, namun ahli keluarganya selamat.

As-Sarsawi menjelaskan lagi, peluru dari artileri zionis yang menyerang rumahnya dari arah utara telah merosakkan dua buah bilik di rumahnya. Berikutan itu, beberapa dari anggota keluarganya yang berada dalam rumah terselamat ketikamana pengeboman itu berlaku ke atas rumahnya.

3 Palestin cedera

Sementara itu, 3 penduduk Palestin yang mengutip kepingan besi telah tercedera akibat terkena serpihan serangan artileri zionis yang ditembak ke arah mereka. Berikutan itu, pasukan bantuan telah membawa kesemua mangsa ke hospital Shifa'.

Abu Salmiah, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza menyifatkan kecederaan yang dialami mangsa serangan artileri sebagai luka ringan(gambar di atas). Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Tembak nelayan Gaza

21 Ogos 2010

GAZA - Seorang nelayan Palestin cedera pada waktu tengahari tadi akibat ditembak tentera laut penjajah di utara Gaza.

Pengerusi Bantuan Cemas, Dr. Muawiyah Husnain berkata kepada agensi berita safa bahawa bot-bot laju penjajah melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Gaza di kawasan Sudaniah, utara Gaza, lantas menyebabkan seorang dari nelayan luka parah.

Sumber menjelaskan luka tersebut pertengahan. Ketika laporan diterbitkan pada waktu tengahari tadi, pasukan bantuan sedang memberikan rawatan kepada nelayan yang berkenaan. Sumber 21/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS